Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata

Monday, October 12, 2015

Rindu Korang


Assalamuaikum and hye uolls
Hari tuh ada update pasal Ucapan Untuk Roomate. Sebab rindu sangat, itu jadi ucapan yang ringkas. Nak luahkan banyak2 tapi jadi pendek sikit. Kalau banyak2 pun, boleh jadi karangan panjang beratus patah perkataan. Biar simple asalkan bermakna. Itu jela yang mampu.

Kali ini menaip entry ini sebab luahan rasa rindu kepada classmate ku. Yela, detik perjumpaan dengan diorang dah 5bulan. Aku mula masuk pada 7 Jun 2015. Aku sepatutnya masuk 2 Jun tapi bila aku check keputusan online nama aku tidak berjaya. Memang aku frust aku masa tuh. Tiba2, lepas diorang nak habis MDS baru dapat call dari Miss Lina. Alhamdulliah, aku happy sangat masa tuh.

Aku sediakan coretan untuk korang :
Assalamuaikum classmate ku sekalian. First of all, thanks terima aku jadi kawan korang. Walaupun aku jenis susah nak terima masa aku mula2 aku. Maklumlah, masa tuh first time aku keluar dari tempat aku. Mula2 aku masuk, tiba2 dapat kerja berkumpulan. Agak shock jugak masa tuh. Aku mula2 masuk aku duduk sebaris dengan Oya and Amira. Diorang nie memang rapat sebab diorang same wing, makan sama2 and semuanya sama. 1st group untuk entrepreneurship (akhirnya betul jugak ejaan aku tanpa garisan merah), aku sekumpulan dengan Shafiq, Hafizan and Fadzlina. Kena buat pasal promote the product. Bulan 6, memang macam2 dugaan yang aku hadapi terutama demam and gastrik datang masa bulan puasa. Aku kenal ude or dikenali dengan Nurhidayah Yusri, aku tak berapa ingat sangat tapi buat kitaorang rapat bila kitaorang sama kolej Zamrud. Apa2 sebelum pergi kelas, mesti aku Whatsapp dulu dengan dia. Memang nak pergi kelas sama2. Thanks ude sebab boleh bersabar dengan perangai aku and sudi jadi kawan aku. Teman aku outing ke One Segamat. Thank you very much. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Kalau aku ada masa, aku nak jumpa kau dekat Joho. Last but not least, kerja berkumpulan buat kali terakhir, macam2 yang berlaku tapi itu semua dah lepas and kita dapat buat dengan jayanya. Macam2 kita dah belajar di uitm ini terutama cara nak buat business plan. Thanks kepada Oya, Amira, Salihin, Daus and Azim kerana sudi terima aku bekerjasama dengan korang. Walaupun aku dah buat korang stress dengan perangai aku. Yang lain2, aku kena sebut nama korang selain nama aku dah sebut di atas : Hanina, Ekin, Farahin, Nadira, Tasha, Rabiah, Atika, Aminah, Alia, Aisah, Husna, Haziqah, Maslinda, Tisya, Ridwan, Fatin, Haiqal, Sharil, Akalili and Manje. Okay, semua sekali 30 orang termasuk aku. Maafkan aku jika ada tersinggung perasaan korang secara sengaja or tidak sengaja.Maaf kalau aku tak banyak spend time dengan korang. Kita pasti bertemu suatu hari nanti, Insya Allah. Banyak memori yang kita lalui terutama berbuka puasa yang terakhir bersama korang sebelum cuti raya. Akan selalu merindui korang. Love you. Sincerely, Nida.

Baru aku perasan kenapa nama Oya and Amira disebut dua kali. Sebab aku mula kenal diorang walaupun masatuh aku tak berapa rapat sangat dengan diorang. Sebab sebelum aku balik, aku jumpa diorang dekat bilik. My classmate JPD0021B korang memang awesome, ohsem. Gambar2 korang akan ku simpan buat kenangan. Selamat bercuti sem kita. Aku mereput dekat rumah je. Kalau ada apa2, aku contact korang.

Inilah Aznida. Photoshoot di DST selepas exam


Sampai disini saja yang mampu ku luahkan. Jika ada silap, aku minta maaf.





Teruskan membaca post saya

Sunday, October 11, 2015

Ucapan Buat Roomate ku (Rindu)

Assalamuaikum and hye uolls
Blog nie memang berhabuk sampai aku taktau nak update apa. Idea nak ubah memang tak sampai dalam diriku. Kini tiba masanya aku update story tentang apa yang ku lalui semasa berada di UITMJ.
Ucapan buat roomate ku khas untuk diorang sebab lebih dekat and lebih memahami perangai saya. Hehe.

Masa mula2 sampai sana, bila dapat tau kena duduk kolej Zamrud. Dalam hati cakap, okay dekat je. Sekali dapat kunci 221D. Fuhh, nampak hutan. Kena naik turun tangga pulak tuh. Haha. Dah la masa 7Jun masa tuh cuti sekolah, kena pisah dengan kawan2 adela. Memang masa tuh, tengah sedih. Bawak barang macam nak pindah rumah. Apa nak buat, hati dah suka nak masuk Universiti kan. Haha. Aku datang dengan pakai baju kurung warna coklat. Sampai bilik tuh, memang terpinga-pinga. Maklumlah first time.

Dah nama nya roomate mesti ade dengan kita selama 24jam. Dari pagi sampai malam.

Assalamuaikum and salam semua. First of all, Nonie nak minta maaf jika ada tersinggung perasaan terutama Kak Naqiah, Kak Farah, Kak Adik and Ieka. Thanks sebab terima perangai Nonie selama berada di bilik itu. Maaf jika Nonie ada buat silap secara sengaja or tidak sengaja. Thanks kak Naqiah belanja, masakan and teman masa kita tinggal berdua untuk Nonie. Masa tuh memang ada mimpi kena kacau dekat bilik. Takut sangat masa tuh. Thanks kak Farah sebab bagi Nonie pinjam sudu kecik berbulan2 and bagi makanan. Thanks kak Adik bawak Nonie jalan2, belajar cara nak berjual di bilik ke bilik and bagi Nonie rasa makanan yang kak beli. Thanks ieka sebab teman aku and ajak aku join dengan member2 kau. Maaf ieka jika aku ajar Maths buat kau tak faham dengan cara aku. Nonie doakan akak2 dapat graduate dengan sempurna and doakan kejayaan Nonie and Ieka dengan cemerlang. Benda yang kurang baik hanya kita yang tahu. Cerita yang lama itu biarlah berlalu. Hanya kita berlima yang tahu. Jangan sampai orang lain yang tahu. Korang yang suka sakat, perli and macam2 lagi terutama rahsia Nonie. Akhir kata, maaf Nonie takdapat Nonie buat setiap sorang, satu entry sebab taktau nak cerita yang mana. Blog nie tidak boleh cerita lebih mendalam nanti ramai yang baca. Sekian, ikhlas untuk semua. Love you





Kenangan bersama roomate selepas exam


Akak2 roomate.


Itu saja yang mampu Nonie buat. Jika ada salah dan silap dalam entry ini, Nonie minta maaf jika Nonie menaip sikit je. Banyak yang ingin diluahkan, tapi kenalah tapis2. Takboleh cerita semua. Hehe. Ada masa, kita pasti bertemu. Insya Allah.




Teruskan membaca post saya

Tuesday, July 14, 2015

Pelajar Universiti Di Sini


Assalamuaikum and hye uolls
Sudah berbulan-bulan tak update and share cite2 dekat blog ini. Di sini saya mengambil kesempatan untuk update.

Sudah sebulan aku taktahu perkembangan terkini dan isu-isu semasa sebab saya sudah menjadi pelajar universiti di Uitm. Sebulan aku berpisah dengan kawan2 felda di Kota Tinggi. Maklumlah selalu dengan diorang dengan macam2 cite.

Saya masuk Uitm pada 7 June 2015, hari ahad. Sebelum pergi, macam spekulasi dan persoalan saya buat semua orang tertanya-tanya. Dah kenapa eah ? Kau nak ke mana ? Itu soalannya. Sampai masa, saya buat kenyataan sebenar. Sedih jugak masa buat statement tuh. Panjang tau macam buat press conference dengan media. Macam retis. Haha

Mula2, memang rasa janggal. Maklumlah tak pernah berpisah dengan sesiapa. Lama2 jadi okayy. Alhamdulliah. So good. Classmate pun okayy.

Itu saja yang mampu update di sini.





Teruskan membaca post saya

Tuesday, February 17, 2015

Yana Samsudin Dah Kahwin

Assalamuaiakum and hye uolls
Dah 5 hari, baru aku post pasal Yana Samsudin dah kahwin dengan Fadzil Zahari. Selamat pengantin baru, Yana. Semoga kekal hingga ke Jannah. Nonie tengok kak Yana kahwin live di Youtube je. Macam "The Wedding Of The Year". Majlis resepsi sangat meriah di Dataran Gemilang Yong Peng. Memang kena dengan nama dataran tuh.


Mula2 buat pre-wedding memang sweet and terharu. Bila tengok sorang2, baru dapat feel yang baik.



Image result for yana samsudin kahwin

Image result for yana samsudin kahwin
Wah, Yana pegang gitar. 

Nonie letak gambar nikah diorang. Alhamdulliah, Yana sah jadi isteri orang pada 13 Februari 2015, hari Jumaat.

Image result for yana samsudin nikah



Pada 14 Februari, hari Sabtu. Majlis resepsi diorang. Ramai orang Johor hadir terutama orang Yong Peng.

gambar resepsi yana samsudin dan fadzil zahari
Tinggi nya kek tuh. Mesti sedap. Yummy

gambar resepsi yana samsudin dan fadzil zahari


gambar resepsi yana samsudin dan fadzil zahari




Itulah yang mampu letak. Yang lain, boleh tengok di Instagram Yana Samsudin 


Kesimpulan : Semua cantik2 dari segi fotografi, wedding planner dan sebagainya. Jom kita tengok video yang menyentuh perasaan kita semua. Ada yang menitiskan air mata, Sediakan tisu siap2 di sebelah.














Teruskan membaca post saya

Monday, February 9, 2015

Lifestyle : Berjalan Demi Kesihatan


Assalamuaikum and hye uolls !
Nonie buat entry pasal berjalan demi kesihatan. Semua orang suka berjalan kan. Sebenarnya berjalan pun satu senaman. Dulu, Nonie suka berjalan dekat sekolah. Lagi2 bila nak masuk bilik guru memang number 1 sebab ada air cond. Sekarang, bila tidak bersekolah, rasa kurang sangat. Takpuas pun ada tapi suka tengok tv je. Tidak ada aktiviti sangat. Nonie ambil topik ini di majalah EH ! Best jugak majalah itu. Banyak info2 berguna yang kita tidak tahu. Ingatkan majalah ini pasal Artis je. Rupanya gaya hidup pun ada.

Jom kita tengok website majalah EH !

Sumber : Majalah EH !

Kenapa berjalan kaki baik untuk kesihatan? Jika sukar untuk anda berikan komitmen sepenuhnya kepada rutin senaman atau ke gimnasium, ada cara mudah untuk anda keluarkan peluh adalah dengan memaksimakan langkah iaitu semudah berjalan kaki.

 
Baik untuk otak
Berjalan meningkatkan kadar endorfin dalam otak, ia adalah kimia “gembira” yang boleh membuat anda rasa kurang stres dan hilangkan rasa lesu. Menurut laporan kajian di sebuah universiti, mereka yang kemurungan mendapati diri lebih tenang dan ceria hanya selepas berjalan santai selama 10 minit.

Baik untuk kulit
Seperti semua senaman kardio, berjalan membuatkan jantung aktif dan memperbaiki aliran darah. Jadi apabila aliran darah baik, kulit yang juga organ terbesar pada tubuh menerima darah yang kaya nutrien untuk kesihatan optimum.

Baik untuk jantung
Hanya 30 minit berjalan lebih dari tiga kali seminggu akan menurunkan tekanan darah. Rutin berjalan mampu untuk mengurangkan kebarangkalian penyakit jantung bagi wanita dan sama efektif dengan senaman harian.

Baik untuk tulang
Secara tidak langsung, berjalan menggalakkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Dan aktiviti berjalan turut membantu menguatkan sendi serta mengukuhkan saraf.

Baik untuk imunisasi
Dengan hanya berjalan selama 45 minit lima kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan demam selesema. Sesi berjalan yang menggalakkan aliran darah yang sihat membantu sel darah untuk melawan virus dan bakteria dengan lebih cepat dan berkesan.







Teruskan membaca post saya

Monday, February 2, 2015

Masalah Sakit Lutut


Assalamuaikum and hye uolls
Hari ini mahu share pasal masalah sakit lutut. Nonie jadi rajin post pasal kesihatan kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini. Sebab ada keluarga terdekat yang mempunyai masalah ini. Nama saintifik ialah Ortopedik. Jarang dengar sebab Nonie bukan ambik aliran Sains Tulen. Ortopedik itu berkaitan dengan tulang kita.

Nonie ambil petikan daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Masalah ini mengalami kehausan lapisan sendi lutut .  Ianya dikenali sebagai Osteoarthritis. Keadaaan ini biasanya terjadi akibat peningkatan umur.  Ia juga boleh berlaku  pada usia yang lebih muda sekiranya pernah mengalami kecederaan lutut. Selain dari osteoarthritis, tanda-tanda yang sama juga boleh dialami oleh pesakit arthritis gaut (gouty arthritis) dan rheumatoid arthritis.  Imej sinaran x ( x-ray) di kedua-dua belah lutut dan juga ujian darah boleh membantu  untuk membuat diagnosa .
Rawatan bagi penyakit osteoarthritis melibatkan:
  1. Kurangkan berat badan seboleh mungkin ke tahap jisim yang ideal. 
  2. Lakukan aktiviti yang sederhana terutama senaman yang tidak melibatkan angkat benda berat seperti hydro exercises (senaman di dalam air),  berbasikal statik, regangan otot kuadrisep pada paha (quadriceps strengthening) dan sebagainya mengikut kemampuan diri.
  3. Teknik perlindungan sendi seperti kurangkan naik turun tangga, elakkan berjalan kaki pada jarak jauh, elakkan duduk di tempat yang  terlalu rendah yang boleh menyebabkan kesakitan semasa bangun, hindari melakukan kerja seperti mengangkat benda berat .
  4. Rawatan termasuk  menyapu  minyak atau  ‘ointment’ mungkin boleh mengurangkan kesakitan
  5. Ubat-ubatan  penahan sakit/anti-radang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan di antaranya paracetamol, mefenamic acid dan ubat-ubatan dari kumpulan anti radang bukan steroid (NSAIDs) atas nasihat doktor.
  6. Ubat lain yang boleh digunakan untuk mengawal kemerosotan sendi seperti   Glucosamine sulphate, Chondroitin, diacerein sebagai alternatif lain
  7. Teknik suntikan ke dalam sendi lutut menggunakan pelincir (lubricant) atau steroid sebagai alternatif dapat mengurangkan kesakitan dalam setengah-setengah kes.
  8. Alat prosthesis seperti tongkat boleh mengurangkan tekanan pada lutut.
  9. Rawatan tradisional seperti akupuntur  boleh mengurangkan kesakitan dalam sesetengah kes.
  10. Pembedahan dijalankan untuk kes-kes yang teruk oleh pakar ortopedik
Nasihat saya, berbincanglah dengan pakar  untuk mendapatkan kaedah rawatan terbaik .

Nonie takdapat menolong keluarga terdekat ini sebab tidak mencukupi untuk menolongnya. Kalau sakit dah hampir 10tahun, sekarang baru parah. Memang pergi ke pakar yang berhampiran. Kalau kita mendesak jadi taknak, amat sukar untuk memujuknya. Kalau beli ubat yang berbotol-botol, tapi tidak berkesan mesti dapatkan rawatan dengan pakar. Mesti pakar tahu apa punca dan kesannya. Baru lah kita mengambil langkah yang mudah.
Sakit lutut.

Ingatlah insan yang tersayang. Kesihatan itu adalah penting untuk kita meneruskan hidup. Jagalah kesihatan kita baik2 supaya menjalani aktiviti seperti sediakala.

Setakat ini sahaja yang boleh post. Nonie memerlukan comment2 yang membina untuk menyembukan masalah ini.












Teruskan membaca post saya

Memikirkan Masa Depan

Assalamuaikum and hey uols !
3bulan Nonie kena stay at home. Still buat kerja yang sama. Sekarang, semua makin meningkat. Lumrah semua orang kalau duduk rumah. Kena pergi jauh dan busy memanjang, baru tidak ingat nak makan. Sepatutnya, Nonie kena cari ilham selama 2 bulan ini. My parents sarankan Nonie masuk UiTM. Nonie minat dengan UiTM.

Alhamdulliah, markah kokurikulum amat membantu untuk daftar UPU. Yang penting markah kokurikulum melebihi 5. Orang pro dapat 8 lebih. Rasanya takde yang dapat 9 or perfect 10 !
Sekarang nie, Nonie confius nak pilih course apa.

Kalau boleh, nak mohon semua iaitu Matrikulasi, Politeknik, IPTS, IPTA and last yang tak payah mohon iaitu Form 6. Dulu, Nonie betul2 taknak study Perakaunan sebab pening dengan kerja kursus. Alhamdulliah, cikgu dah buat Nonie semakin sedar tentang pentingnya subjek Perakaunan dan Ekonomi Asas. Terima kasih, cikgu.

Kata2 semangat.

Teringin juga nak mendaftar diri mana2 biasiswa yang bersesuaian. Keluarga Nonie bukan orang berada. Orang yang berkehidupan sederhana. Anak orang Felda. Kadang2 menjadi stres bila kena fikir pasal keluarga kita. Mengharapkan orang menghantar Nonie ke mana2 kursus. Memang tak lah.
Mengharapkan pendapatan Churp2 dan Nuffnang belum capai lagi. RM100 je yang boleh cashout. Keinginan yang tidak terhad untuk sumber yang terhad.

Mengharapkan berlaku sesuatu keajaiban or miracle dalam hidup untuk menggembirakan hati keluarga kita. Insya Allah.

Setakat ini sahaja post ini.









Teruskan membaca post saya

Monday, January 26, 2015

WhatsApp Boleh Guna di PC

Assalamuaikum and hey uolls !
Semalam Nonie baru tahu pasal WhatsApp boleh connect dekat PC. Selalu tengok phone je. Sekali sekala buka WhatsApp web. Skrin laptop sangat besar berbanding skrin phone. Kepada pengguna Android, BlackBerry 10 and Windows Phone, boleh menggunakan WhatsApp web ini.



Katanya buka WhatsApp web dekat Google Chrome sahaja. Mozilla Firefox, Opera, Internet Explorer dan lain2 takboleh rasa nya. Hanya layari WhatsApp web dan scan QR code di phone anda.


Sama seperti ketika menjalankan dari phone, kita boleh melihat status, profile, chat mahupun send gambar from lappy. Pastikan phone anda dapat connect dengan baik semasa menggunakan web WhatsApp ini.


Setakat ini sahaja yang Nonie share di sini.







Teruskan membaca post saya

Tuesday, January 20, 2015

Nothing To Do



Assalamuaikum and hey uolls
2015, tidak mempunyai aktiviti yang ingin dikongsi di blog ini.
Ini yang selalu membuat aktiviti yang sama di rumah
Nothing to do activity with my friends.
Aku rindu semua kawan2. Masing2 dah buat hal masing2.
Zaman yang lepas banyak aktiviti.

Stay depan lappy, tengok churp2 and analytics nuffnang
Open facebook, Twitter and my blogger.
Buka blogger, tidak tahu nak tulis apa
Idea tak sampai
Bulan nie banyak movies yang best tapi tak mampu pergi ke sana
Maybe you treat me to watch a movie
Nonie sangat happy kalau ada orang nak belanja

Setakat ini sahaja post Nonie.
Sekadar yang mampu.











Teruskan membaca post saya

Wednesday, January 14, 2015

Belanja Di Watsons


Assalamuaikum and hey uolls !
Tiba2 Nonie ada satu idea nak menaip tentang Watsons. Sebab Nonie suka dengan jenama Watsons sejak zaman kanak-kanak. Sekarang, Nonie tak bekerja seperti kawan2 Nonie ada jobs masing-masing. Jadi penganggur yang setia di rumah. Sebelum menunggu keputusan yang bakal keluar tidak lama lagi. Rasa 'Seram'. Stay kat rumah, jaga rumah, jaga kucing dan sebagainya.


Watsons mempunyai tagline yang membuat semua orang suka iaitu 'Look Good, Feel Great'. Nonie jadi ahli watsons sejak 2012 kalau tak silap. Kumpul points tak lah banyak sangat. Watsons hanya di Kota. Nak pergi kota, jauh dari rumah Nonie. Tunggu orang ajak keluar, barulah boleh.


Kad watsons yang lama. 

Dah lama kad yang lama itu jadi peneman Nonie sampai kena tukar kad yang baru. Kad yang lama takde touch n go. Kad baru ADA touch n go. Rasa senang and banyak kelebihan yang disediakan oleh Watsons. 

Kad baru Watsons. 

Hari Isnin bersamaan 12 January 2015 : Kad baru menjadi peneman setelah kad lama sudah diambil oleh Watsons Store. Kalau ada Watsons, mesti Nonie beli Mask. Nak beli barang yang lain, tidak cukup kewangan. Yang penting mesti beli Mask. Tak kisahlah mask jenama apa pun. 


Member Pack. 

Harga yang berbaloi dan menarik hanya di Watsons yang berdekatan dengan anda. Hanya melayari Watsons Malaysia. Disitu macam2 ada. Anda tengok sendiri lah. 



           3 step Facial Mask                                                     Moisturising Mask


Setakat sampai di sini sahaja. Nonie hanya post blog yang mampu saja.






Teruskan membaca post saya