Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: December 2014

Monday, December 15, 2014

Kembali Update


Assalamuaikum and hye semua
Selama bulan2 tak menaip dalam blogger ini untuk meluahkan aktiviti dan perkembangan.
SPM 2014. Itu lah saya, I'm freedom. Hanya berjalan pada hujung minggu kalau sesiapa nak jadi driver saya. Hari biasa hanya stay at home. Duduk goyang kaki and buat kerja rumah, Masa yang sama, baca majalah lama seperti YeZZ and Remaja.

Apa Aktiviti lepas SPM ?
Semua orang ada perancangan yang sendiri. Perancangan yang paling famous iaitu cari kerja and ambik lesen sama ada lesen motosikal atau kereta. Tapi yang paling diimpikan ialah lesen kereta, Sekarang, status sebagai lepasan SPM. Hanya menunggu result. Nak cerita pasal SPM, rasa takpayah sebab sudah lapuk. Lagipun, Nonie banyak luah di Instagram, Wechat and Twitter, Perkara yang lepas jangan dikenang. Hanya berdoa + Tawakkal yang mampu sekarang. Sekarang, penanda masih menanda kertas kita. Harap2 penanda menjadi lembut hati ketika menanda kertas kita. AMIN.

Apa Impian Lepas SPM ?
Semua orang ada impian yang tersendiri. Impian yang diimpikan itu sangat besar. Lepas saya menjadi pelajar akaun dan ekonomi, sebenarnya impian nak belajar Geografi walaupun masa SPM tak mengambil subjek itu tetapi hati saya ke arah itu. Nak tahu sebab apa saya tak ambik ? Sebab sekolah saya takde subjek itu. Saya tak mampu belajar sendiri tanpa guru. Memang boleh belajar sendiri tetapi tekanan terhadap subjek lain menyebabkan saya takboleh. Walaupun ramai tak suka, tapi saya suka berkaitan dengan bumi kita.

Saya dah mohon Yayasan felda. Kursus yang paling utama ialah kursus Bahasa Inggeris. Pilihan kedua terpaksa saya pilih pengurusan pejabat. Majoriti pilihan utama memilih kursus Bahasa Inggeris sebab saya masih sederhana walaupun kadang2 speaking boleh tahan sikit tapi bila exam saya mendapat credit iaitu C, C+

Saya ingin membuat bisnes online tapi tiada kewangan yang mencukupi. Dengan ilmu yang saya pelajari selama 2 tahun , ingin mencuba bisnes online berkaitan fashion.

Saya masih belum mendaftarkan diri ke kelas memandu. Saya harap hujung bulan Dec tahun ini mesti sudah mendaftar. Masing2 sibuk dengan kerja , saya jenis suka berjalan. Kalau dah ada lesen, memang senang.

Setakat ini saja post saya yang pertama untuk bulan ini.




Teruskan membaca post saya