Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: December 2012

Saturday, December 29, 2012

Cara Menghilangkan Jerawat Dalam 30 Hari (Secara Semulajadi)


Jerawat sememangnya masalah yang kerap berlaku dan sememangnya boleh menimbulkan rasa rimas, malu dan rendah diri bagi yang mengalaminya. Adalah mudah untuk menganggap bahawa masalah jerawat sukar dikawal dan dirawati.


Tahukah anda masalah jerawat biasa boleh diatasi dan dihilangkan secara semulajadi? Kadangkala tubuh badan anda hanya perlukan pengambilan nutrisi seimbang dan penjagaan kulit yang sempurna. Berikut disenaraikan cara mudah menghilangkan jerawat secara semulajadi. Dalam kebanyakan kes, kesan boleh dilihat seawal 4 minggu
Gunakan masker madu pada muka sekali atau dua kali seminggu
Madu mengandungi bahan anti-bakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Malah ianya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada pemilik kulit sensitif
Basuh muka dua kali sehari dengan sabun jerawat
Anda perlu membasuh muka anda dengan sabun berasaskan sulfur yang sesuai untuk rawatan jerawat. Basuh sekali ketika bangun tidur di waktu pagi dan sekali lagi sebelum masuk tidur di waktu malam. Pastikan anda membasuh muka anda dengan berhat-hati dan lembut, jangan sesekali menekan/genyeh atay menggunakan kain yang kasar untuk membasuh muka anda. Basuhan secara kasar sebaliknya boleh menyebabkan jerawat semakin merebak.
Jauhkan rambut anda dari muka
Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ianya tidak menutupi bahagian muka dan sentiasa terikat ke belakang. Ini adalah kerana rambut mengandungi minyak dan boleh membantu menambah kepada masalah jerawat. Selalulah basuh rambut anda setiap hari dan selepas melakukan aktivit lasak seperti bersenam
Ambil multivitamin
Jerawat merupakan penanda bahawa ada sesuatu yang kurang dalam nutrisi badan anda. Ini adalah kerana kulit bergantung kepada nutrisi. Jika kulit tidak mendapat nutrisi secukupnya, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kulit seperti jerawat, ruam, bintik hitam di samping melemahkan kemampuannya untuk menentang bakteria.
Makan lobak/minum jus lobak untuk vitamin A
Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Ia berupaya mengurangkan penghasilan sebum kulit berlebihan yang menjadi salah satu punca jerawat. Vitamin A turut berfungsi merawat dan menyelenggara tisu kulit di samping mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Vitamin A boleh didapati daripada lobak merah
Elakkan dari memakai alat solek
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, elakkan dari memakai alat solek. Ini adalah kerana produk solekan boleh menyumbang ke arah lebih banyak jerawat dan bintik hitam. Jika masih perlu memakai alat solek, cari yang berasaskan air.
Jangan picit jerawat dan bintik hitam
Biarpun geram, jangan picit, garu, gosok ataupun sentuh jerawat dan bintik hitam di muka anda. Tindakan ini boleh menambah penghasilan sebum. Malah dengan memicit jerawat, anda sebenarnya merosakkan membran di bawah kulit anda, menyebabkan berlaku jangkitan dan menyebarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak jerawat akan timbul!
Basuh sarung bantal anda secara kerap
Anda meletakkan muka anda kepada bantal setiap kali anda tidur. Sarung bantal anda akan menyerap minyak dari muka anda. Ditambah dengan daki dan kotoran, minyak ini akan kembali ke muka anda seterusnya menyebabkan jerawat semakin merebak. Basuh sarung bantal anda secara kerap

Teruskan membaca post saya