Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata

Sunday, July 9, 2017

A Long Semester Break


Assalamuaikum and hye uolls
Akhirnya, Nonie dapat memunculkan blogger sweetaznida selama 6 bulan menyepikan diri dari blogger. Tahniah ye :'D Bila check balik, 2009 sampai 2017 mesti ada update walaupun dapat update sikit. Jadi lah dari tak jadi langsung. Macam dah tak pandai nak update blog sekarang.

Okay, sekarang Nonie tengah semester break dari pertengahan April lepas habis exam sampai bulan Ogos. Awal September, Nonie akan menjadi student life semula.. Hahaha. Nak share aktiviti sikit masa cuti yang sangat panjang.

Akhir bulan April, Nonie pergi bercuti dengan famili dekat Melaka. Semua adik beradik ikut kecuali abang ke 2 tak ikut sebab bini dia tengah sarat mengandung masa tuh. Rasa nak bercuti lagi. Agak2 dekat mane ? Maybe KL and Selangor. Insha Allah.

Bulan May, Nonie join sukarelawan istiadat konvokesyen UITM Johor ke 86. Tugas Nonie ialah pengurusan jubah. Memang best jaga jubah tapi penat masa sebelum konvo semua orang nak ambil jubah. Suka tengok orang dapat ANC. Target Nonie memang nak dapat ANC tapi takde rezeki. Takpe, Nonie cuba masa degree pulak. Insha Allah. Aminnn.

Bulan Jun, 2hari sebelum raya. Nonie join ESRS class. Alhamdulliah. Nonie akan cuba buat yang terbaik. Lepas tuh, kita raya. Raya sakan Nonie tahun ini tapi tak sakan sangat. Macam mana tuh. Hahaha. Akhir bulan lepas, raya ke 5 kita pergi na na na ganu kita. Pergi Terengganu lah. 1st time tau sampai ganu. Visit Terengganu 2017. Nak jejak lagi memang lambat lagi. Pantai Timur memang jarang jejak. Pahang pun dah jarang tapi pernah lah sampai.

Itu jela dapar share sikit. Selebihnya di Instagram saya : nonie_aznida.

Image result for semester break quotes














Teruskan membaca post saya

Friday, January 13, 2017

8 Tahun Blog Sweetaznida

Assalamuaikum and hye uolls
Lepas update entry tadi, tiba-tiba rasa nak throwback post entry yang lama. Dari 2009 sampai 2016. Dah 8tahun rupanya. Sepatutnya blog ini semakin maju and dikenali. Rupanya tidak :') Disebabkan kemalasan nak upgrade balik. Reviews pun tetap sama. Tak berubah sampai 100k.

Baca enrty lama, rasa kelakar pun ada. Maklumlah masa tuh, penaip nya budak kecik yang bernama Nonie Aznida. Ehh, aku lah tuh.. Hahaha. Cerita2 yang lama yang tak patut di update, dengan tulisan sms lagi dengan ejaan yang pelik. Haish. Itulah yang jadi kenangan selama 8 tahun ini. Yang betul2 rasa menyampah, memang terus DELETE. Menyemak dalam blog ini. Rasa upgrade template baru tapi aku macam samar2 nak edit balik.


Image result for blogger quotes tumblr


Akhir kata, dari saya. DO YOU EVEN STILL THINK ABOUT ME ? KNOW ABOUT MY BLOG. I'M STILL A BLOGGER walaupun kejap update kejap tidak. 


Wassalam.






Teruskan membaca post saya

My New Post 2017

Assalamuaikum and hye uolls.
Nonie dah lama tak buka blog Sweetaznida sejak bulan September 2016. Kini, cuba lah update entry baru walaupun takde idea nak menaip panjang2. Jejari runsing kata kan, Tahun lepas, banyak kenangan yang pernah lalui. Antaranya gembira sedih dan pahit manis. Apapun, kena teruskan kehidupan yang lebih baik untuk memajukan diri pada masa akan datang.




Bina piagam baru, azam baru pada 2017. Nonie minta maaf sekiranya tersilap kata and tingkah laku selama ini. Kali ini kena sentiasa ingat matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya, saya kurang bergaul, bercakap dengan korang. Sejuta maaf dari saya. Saya tetap kasar and feminin girl. Kali ini, nak gembirakan hati seluruh keluarga saya. Mereka mengharapkan Nonie berjaya sebab Nonie adalah seorang anak perempuan. 


Target nak capai ACCA and belajar sampai Phd. Insha Allah.


Setakat ini saja dari saya.
Apapun follow ig saya : nonie_aznida
Wassalam. 




Teruskan membaca post saya

Wednesday, September 28, 2016

Road To Final


Assalamuaikum and hye uolls
Dah lama Nonie tak update blog. Takde aktiviti yang menarik yang ingin dikongsi di sini. Nonie taknak menaip panjang2. Just ingin buat ucapan di sini.


Assalamuaikum. Saya Nor Aznida Binti Md Suhaimi ingin memohon maaf Sekiranya saya ada buat kesilapan secara sengaja or tidak sengaja. Doakan kejayaan saya. Doakan supaya jawab dalam keadaan sihat, daya ingatan yang kuat serta mudah menjawab semua final. Doakan saya juga dapat melaksanakan impian dan cita-cita untuk membanggakan semua orang. Aminn.. May Allah Ease Everything. Insha Allah. Bismillah. Road to Final 

Setakat ini sahaja maaf saya.
Wassalam.














Teruskan membaca post saya

Saturday, May 14, 2016

I'm Coming Back

Assalamuaikum and hye uolls
Senyap jugak blog nie kan. Dah hampir 4bulan lebih menyepikan diri. So far, Alhamdulliah sekarang tengah mereput dekar rumah. Maklumlah tengah cuti semester. Takde benda yang menarik nak kongsi di blog sendiri. Hanya meluahkan perasaan tanpa gambar menarik di sini.

Alhamdulliah lepas semua resah gelisah bila dapat tahu final result for my semester. Result Nonie keluar pada 12 May 2016 pukul 12.54 malam. 54minit menunggu email daripada salam tuh. Hanya pelajar Uitm yang tahu betapa seksanya menunggu. Penantian suatu penyeksaan kan.
First of all, Alhamdulliah. Allah is the best planner. Dapat jugak happy kan my parents. Next semester cuba dapatkan yang terbaik. Thanks to all my lecturers for being patience with me. Bagi tunjuk ajar dan ilmu yang bernas. My friends, thanks sebab bagi sokongan kepada Nonie Aznida atau dipanggil Nida di sana. Memang dapat the best gift. Doakan yang terbaik buat saya. Target nak dapat DL and ANC sampai akhir semester. Insya Allah. May Allah Ease Everything.

Semester ini, Nonie tak buat ucapan panjang2 dekat blog. Taktau lah kenapa. Takpe yang penting kita sama2 mengharungi bitter sweet sour memories.

Perancangan cuti yang tinggal beberapa lagi ini. *Tak kira cuti dah tinggal berapa.
Cuti ini biasalah mereput. Biasalah buat rutin seharian. Nak kerja, parents takbagi tapi it's okay. Dah start buat treatment sebulan sekali. Kena pantang makan. Pantang sekejap pastuh melantak apa aja yang ada di depan mata. HAHAHA

Shopping tetap shopping untuk persediaan masuk tempat asal. *weyh, aku belum sedia lagi.
Takde vacation. Hanya outing day out sahaja.

Setakat ini saja yang mampu share di sini. Tunggu jela ada idea nak share. Kalau tak, memang hampeh. Terbengkalai memang berhabuk lah.

Okay, bye.













Teruskan membaca post saya

Friday, January 15, 2016

Hadiah Lynk.My Dah Sampai


Assalamuaikum and hye uolls
Baru teringat bahawa hadiah review Lynk.My Give Away dah sampai pada 11January dekat rumah Nonie. Tiba2 abang Nonie Whatsapp cakap hadiah dah sampai. Dia orang pertama yang buka hadiah tuh. Mana boleh ! Apa nak buat, Nonie dekat uitm Segamat. Nak balik jauh. Takpelah, Nonie pasrah and redha.

Thanks Lynk.My atas hadiah tuh. 1st time Nonie dapat hadiah free. Eh, hadiah memang free. Hahaha.
Abang Nonie cakap dia nak ambik hadiah tuh. Mana boleh. Penat Nonie menaip entry tuh tau. Bukan senang nak dapat. Nak beli mesti mahal. Itulah hasil Nonie dapat. Rezeki Nonie. Alhamdulliah






Itu saja yang mampu Nonie share entry ini. Maaf jika ada kesilapan kerana Nonie tidak sempurna menulis entry.















Teruskan membaca post saya

Review : Dilwale

Assalamuaikum and hye uolls
Akhirnya, sempana tahun baru, bulan baru ini nak terfikir nak update blog ini. Selamat tahun baru walaupun dah terlambat and terlepas berapa hari. Okay, tarik nafas dan hembus. Nonie mula menaip entry ini pasal Review : Dilwale. Tahun lepas, Nonie ada update pasal Dilwale, Taksabar Nak Tengok. Rasa nye masa tuh ramai yang taktau kot. Movie tuh ditayangkan pada 18 December 2015. Memang tiptop MeleTOP tau. Filem paling MeleTOP. Trending Worldwide tau.

Pada 8Jan, Hari Jumaat. Hari cuti takde kelas. Mulalah girls day out. Nonie, Aina and tambah lagi sorang Maslinda. Mereka nie semua kawan ku sejak sekolah. Bukan senang nak keluar sama2. Kalau masing2 busy, memang payah lah.

Okay, kita sambung tajuk tadi. Nonie yakin demam Dilwale semakin merebak sampai sekarang. Lagi2 lagu Janam janam kan. Bila dapat tau movie ini bakal keluar, Nonie orang yang paling excited tapi agak lambat dapat tengok secara live di panggung wayang. Nonie peminat hindustan. Sejak kecik, dah diajar tengok Kuch Kuch Hota Hai. Shah Rukh Khan and Kajol memang hati rasa berkobar-kobar nak tengok.

Dilwale kali ini sangat lain. Taksama macam Dilwale Dulhania Le Jayenge yang dikeluarkan pada 1995. Nonie belum lahir lagi masa tuh. Dilwale ini mengisahkan cinta Gangster. Taksangka Kajol jadi watak gangster menjadi. Tambah2 lagi Kajol semakin cantik. Memang flawless and kurus.

Okay, teks dibawah Nonie ambik dekat Murai.com.my

Sebaliknya, ia adalah sebuah filem aksi mengenai hubungan akrab dan kasih sayang di antara abang dan adik bertunjangkan gangsterism yang memiliki babak-babak kereta drift ala The Fast & The Furious, peralatan kereta mewah yang dicuri dan dijual beli, letupan kereta, pertarungan di antara mafia, penyeludupan dadah, rampasan emas tetapi disulami dengan pelbagai elemen emosi, romantik serta komedi. 

Babak percintaan di antara Shah Rukh-Kajol hanya diselitkan kira-kira setengah jam selepas filem ini dimulakan dengan babak kereta drift oleh Varun Dhawan sebagai Veer iaitu adik kesayangan kepada Shah Rukh Khan (Raj / Kali). 

Rohit Shetty memang diketahui gemar menyelitkan babak kereta drift di dalam filemnya serta gemar menggunakan lokasi di Goa dan sekali lagi dia menggunakan elemen dan lokasi yang sama untuk Dilwale. 

Walaupun ada yang mengkritik Rohit Shetty tentang hal ini, namun bagi saya pemilihan Goa yang berlandskapkan pantai, laut serta tebing-tebingnya yang cerun dan curam sangat sesuai sekali untuk mewujudkan babak kereta drift cemas yang mampu membuatkan adrenalin anda tak henti naik turun untuk seketika. 

Cuma saya tertanya-tanya, adakah ukiran patung Jesus yang terletak di tebing dan genting curam itu benar-benar wujud di Goa? Pertanyaan ini wujud kerana saya tidak pernah tahu tentang ukiran patung Jesus sebegitu sama ada menerusi pembaca mahu pun melalui beberapa teman-teman yang pernah menetap di Goa. 

Dan apabila seseorang pengarah dilihat terlalu meniru babak dalam The Fast & The Furious, penonton akan mula mempertikaikan originality filem itu. 

Babak The Fast & The Furious itu diwujudkan kerana Veer seringkali ditugaskan abangnya Raj untuk melakukan test drive untuk kereta-kereta mewah yang sudah dibaikinya. Raj menjalankan bisnes bengkel membaiki kereta-kereta mewah ini di sebuah pekan yang mana lokasinya adalah Panaji, Goa. 

Panaji mahupun beberapa tempat di Goa memang dikenali dengan rumah-rumah serta kedai yang penuh warna-warni, namun rumah dan bengkel Raj yang begitu ketara nampak seperti baru saja dicat benar-benar menganggu penglihatan saya.  

Ketika sedang melakukan test drive bersama sahabatnya, Varun Sharma (Sidhu) dia terserempak dengan Kriti Sanon (Ishita) serta jatuh cinta. Dalam waktu yang sama, dia sanggup menghantar Ishita ke suatu tempat sehingga keretanya rosak kerana perlu sampai ke tempat itu dengan segera. Babak ini saya rasa tidak masuk akal tapi anda kena faham inilah yang tipikal tentang Bollywood. 

Perkenalan Veer dengan Ishita telah menyebabkan Veer terlibat dengan pergaduhan dengan geng penyeludupan dadah dan dalam diam-diam abangnya Raj, terpaksa campur tangan. Veer tidak tahu bahawa kisah silam Raj sebagai gangster yang bernama Kali. 

Ketika ini bermulalah flashback tentang penglibatan gansterism Kali di Bulgaria. Di sanalah dia bertemu Kajol (Meera Malik) dan mereka bercinta. Magis percintaan mereka tetap hebat dan Kajol dalam filem itu nampak begitu cantik sekali dengan outfit yang in serta trendy. Lebih-lebih lagi setelah dia kehilangan berat badan yang ketara. 

Tapi, andai kata flashback itu adalah 15 tahun yang dulu, outfit yang dipakai Kajol memang salah dan tidak kena pada latar masanya dan pada saat ini juga anda dapat melihat babak lagu Gerua yang dilakukan di Iceland. 

Ketika anda mula merasai magis cinta mereka, akhirnya berlaku twist di dalam cerita ini iaitu Kajol juga adalah gangster. Dia mahu membalas dendam terhadap Kali serta ayah Kali kerana merampas emas yang dicuri ayahnya, Veer Malik (Mafia yang sama hebat dengan bapa Kali). 

Banyak babak dalam filem ini yang kelihatan seperti Mission Impossible dan beberapa filem Hollywood lain yang dicedok dan diserap. Sebaik saja flashback berakhir, penonton di bawa ke dunia Raj semula.  

Pasti anda tertanya apakah yang berlaku kepada Kali dan Meera seterusnya? Adakah Meera akan muncul dalam dalam babak Dilwale ini? Bagaimana pula dengan Veer dan Ishita? Anda kena tonton! Tapi, biarlah saya beritahu anda bahawa Ishita sebenarnya adalah adik kepada Meera. Pasti, ia memberi anda harapan bahawa Meera akan kembali bertemu dengan Raj/Kali. 

Secara keseluruhan, Dilwale bagi saya adalah sebuah filem yang mungkin dihasilkan untuk memenuhi citarasa ramai golongan termasuklah peminat baru Shah Rukh. Namun, jalan cerita tidak begitu kukuh serta garapan Rohit Shetty yang berkecamuk tidak begitu solid itu yang menyebabkan filem ini dikritik hebat. 

Namun, atas nama Shah Rukh dan Kajol, saya percaya filem ini tetap akan mencapai kutipan yang hebat kerana peminat hanya mahu melihat Shah Rukh dan Kajol bersatu di layar perak semula. Yang lain-lain, akan jatuh di nombor dua. 

Tentang Dilwale 
Dilwale 
Arahan: Rohit Shetty
Lakon Layar: Yunus Sajawal
Dialog: Farhad & Sajid 
Muzik: Amar Mohile 
Pelakon: Shah Rukh Khan (Raj / Kali), Kriti Sanon (Ishita), Kajol (Meera Malik), Varun Dhawan (Veer), Kabir Bedi (Dev Malik), Boman Irani (King), Sanjay Mishra (Oscar Bhai)Johnny Lever (Money Bhai) Mukesh Tiwari (Shakti), Vinod Khanna (Randheer Bakshi) dan Varun Sharma (Sidhu) 
Produser: Gauri Khan 
Terbitan: Red Chillies Entertainment 

Betul jugak apa Murai buat review ini. Apa2 pun Dilwale ini Nonie bagi 10 bintang







Teruskan membaca post saya

Thursday, December 31, 2015

365 to 365 Pages in 2015

Assalamualaikum and hye uolls
Tiba2 hati Nonie terdetik nak post pasal 2015 di tengah malam ini. Tiba2 idea nak menaip dah sampai. Maklumlah, penghujung 2015 ini banyak kisah suka duka kehidupan. Hanya nak share yang penting2 je, Yang selebihnya, biar Nonie sorang je yang tahu.

Kisah bermula pada 1Januari2015, Nonie tidak lagi memakai uniform sekolah sebab dah habis sekolah. Masa tuh stay at home and menjadi bibik separuh masa di rumah. Itulah routine harian selama 4bulan lebih rasanya. Lama tuh. Memang bina badan dekat rumah. Kalau tengok, gambar percutian Nonie masa awal bulan tuh memang sangat ketara. Taksangka boleh naik. Hahaha. Nonie nak share gambar percutian masa bulan February and March.


Festival Layang-Layang 2015 di Pasir Gudang


Hot Air Balloon 2015 in Putrajaya

Share gambar dekat blog sikit je sebab 2 percutian tuh Nonie tak update and share langsung dekat blogger. Masa tuh tak terfikir nak naik rating blog Nonie macam dulu.

Bulan February, 23February is my birthday. Dah 3tahun tak buat birthday party sejak tahun 2013. Tahun nie aku dapat phone baru iaitu Leagoo Lead 3. Memang lawa tapi sekarang skrin nya tak betul2 ada garis2 macam tv rosak. Hahaha. Nak baru kena tunggu 2tahun lagi.

Lepas itu, Nonie ambik lesen memandu. Dah cite sikit je. Yang penting dah lepas target pada umur 18 nie. Alamak, tercakap umur pulak. Bulan March, Nonie dapat SPM result. Alhamdulliah, amat memberangsangkan walaupun ada sedikit terkilan. Kita kena terima dengan hati yang redha.

Bulan May, Nonie masuk form6 di sekolah lama ku, SMK Adela. Dalam 5minggu rasanya lepas Nonie dapat panggilan masuk uitm pada awal bulan June. Masa dapat panggilan tuh memang suka sebab itu impian Nonie dari dulu lagi. Impian 1 : memang nak belajar di uitm. Sebelum impian 1, nak tau apa yang Nonie inginkan ? Nak pindah and rasa duduk sendiri. Alhamdulliah, dapat jugak. Dapat rasa pengalaman baru and semakin tulah kenal ramai kawan. Entry pasal roomate and classmate uitm sudah Nonie share dekat sini. Malas nak taip lebih2 and cite panjang2.

Bulan July, Nonie dapat anak sedara baru perempuan. Yeah, ade 3 anak sedara perempuan. Nama dia Syirah. Sangat bambam macam zaman Nonie kecik dulu.. Hahaha. Macam biasa lah beraya kampung di Labis bersama makcik pakcik sepupu semua.

Akhir bulan September and Oktober lepas, Nonie menghadapi final exam. Lepas final exam, Nonie baru jumpa sorang budak ini. Dikatakan macam admire and crush dekat dia. Sebenarnya, hati terdetik masa ada event. Dah itu jela. Rindu dengan kak naqiah, kak farah, kak adik and ika. Siapa cakap Nonie tak rindu ? Terlalu rindu tau. Diorang tau perangai Nonie sebenar masa 5bulan lebih tau. 

Akhir bulan November, Nonie balik semula uitm ambil Diploma in Banking. Yela, macam2 Nonie lalui terutama masa MDS tau. Muka budak nie lah mula sakit taknak makan. Tak selera. Sebab ada jodoh depan mata. Eh, taklah. Sebenarnya, masa tuh baru lepas demam and sakit tekak. Apa2 pun thanks sebab jaga kitorang semua especially Nonie Aznida ye.. Hahaha. 

Bulan December ini, lagi Nonie kenal ramai kawan dari negeri lain. Semakin kita dewasa, semakin kita kenal ramai kawan. Masih tersuka tanpa sengaja dengan dia. Dia tuh siapa ? My crush lah. Sampai membawa mimpi tau. Mula dengan pelbagai assignment yang sangat menaikkan semangat lah sangat.. Hahaha. Sekarang, tengah mid sem holiday. Mestilah ada assignment.. Hahaha.

2015 hampir ke penghujung dan bermula channel yang membuat flashback, throwback, throwbaek dengan pelbagai segmen. Biarlah jadi sejarah dalam kehidupan kita. Tutup buku lama, buka buku baru untuk 2016. Akhir kata, saya ingin memohon maaf jika ada tersilap secara sengaja or tidak sengaja. Kita jumpa di entry baru tahun 2016. Harap2 Nonie Aznida ada nak share and dapat mengeluarkan idea yang bernas untuk update ye. 


Happy New Year uolls 













Teruskan membaca post saya

Friday, December 4, 2015

Review : Filem Chowrasta

Assalamuaikum and hye uolls
Pada 2 Dec, hari Rabu yang lepas, Nonie tengok tayangan perdana filem Chowrasta di Uitm Segamat. Filem ini mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Hebat lah siapa buat filem ini. Salute habis tau.
Yang tidak sangka, Pelakon Chowrasta datang uitm Segamat. Nonie dapat duduk depan. Dapatlah tengok hero tuh lebih dekat. Hahaha. Semua orang melting seyh.

Untunglah siapa dapat selfie dengan hero Chowrasta tuh. Nama siapa eah. Cuba ingat balik. Hah, baru ingat. Nama dia Che Ammar. Betul ke ? Betul rasanya.

Jom kita tengok Sinopsis Chowrasta dulu



Support filem ini yang sekarang ada berada di pawagam bermula pada 3 Disember ini. Nonie taknak cerita dengan lebih detail. Yang penting korang mesti tengok. Pasti filem ini menjadi MeleTOP nanti


Ini buktinya. Nonie dah tengok.


Sampai disini saja Nonie update. Maafkan Nonie sekiranya ada silap menaip disini
Sekian.




















Teruskan membaca post saya

Monday, November 30, 2015

Kini Kembali Menaip Blogger

Assalamuaikum and hye uolls
Rindu nak menaip blogger ini. Maklumlah sekarang ini busy nak fokuskan pelajaran di universiti. Nonie sekarang ambik Diploma Pengajian Perbankan. Alhamdulliah, ramai yang mendoakan Nonie supaya belajar banking. Sebenarnya, hati ini nak ambik Accounting tapi Nonie sedar yang Nonie tak mampu ambik course itu.

Bila teringat balik masa pra diploma yang lepas, rindu dengan classmate, akak2 roomate dulu. Mengenang kenangan silam. Masih terasa lain di hati sebab tiada diorang berada di sisi Nonie. Kita kena biasakan diri dengan benda baru. Barulah kita dapat teruskan hidup untuk mencapai matlamat dan cita-cita yang kita inginkan.

Second intake ini, ramai yang ambik Banking. Hampir semua wing aku ambik course tuh. Walaupun lain kelas, kita boleh share and study sama2.

Tiba2, tengah malam terasa nak update blog. Bak kata akak ipar, Nonie nak jadi keknis yang kedua. Sebab dulu keknis update blog masa dia study di uitm.. Hehe

Itu sajalah yang mampu aku update. Esok ada kelas. Kena tidur cepat and bangun awal.
Sekian.















Teruskan membaca post saya