Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: October 2017

Thursday, October 19, 2017

Lepak Bowling Fitri's Family

Assalamuaikum and hye uolls
Alhamdulliah malam ini diberi kesempatan menjadi jejari runsing sebab dah start share story pasal Lepak Bowling Fitri's Family. Okay, tarik nafas hembus sebab akan melibatkan emosi yang tak stabil bila nak share pasal this post. Okay, Kita dimulakan dengan bismillah.


Bulan September, lepas cuti awal Muharram. Nonie decided to bank in dekat Kak Situt. Sebab date 15th October tuh adalah midsem break. Memang plan habis baik punya. Hahaha. Macam biasa keluar bandar beli tiket lah. Takut habis. Maklumlah tiket bus ke KL sangat limited. Tak macam tiket balik JB. Always ada je. Paling penting, aku tanya kakak2 free ke tak. Nonie pergi 13th tuh, hari Jumaat yang lepas pukul 4.30 petang. Masa betul2 cuti sem. Nonie nak rasa berjalan sorang. Kena jadi orang berani sikit walaupun ramai risau. Maklumlah mana pernah datang KL sorang2. Huhuhu. Nonie nekad tau. Bukan senang tau. Sampai KL, tak silap Nonie dalam pukul 8 lebih. Nasib baik ada ayong sekali. Rasa lega lah at least ada teman. Kitaorang tunggu Kak Dayah sampai muncul. Ambil kitaorang. Kitaorang tidur hotel selama 2 hari. Kenal lah perangai Nonie Aznida bila tidur bersama.. Hahaha


Hari sabtu, 14th. Nonie dapat berjalan2 dekat Nu Sentral. Dapat berjalan naik LRT. Belajar naik LRT. Maklumlah dekat JB, Nonie tau naik bus je. Mana ada naik LRT. Last naik LRT masa Nonie form 2 iaitu 14 tahun dengan famili. Masa tuh abang stay KL lagi.. Huhuhu. Sekarang dia tak stay KL.  Makcik Nonie pun tak stay Selangor walaupun dia ada rumah dekat sana. Sebab pakcik Nonie kerja Pahang. Tunggu dia pencen baru stay sana agaknya. Okay, sambung cita tadi. Ayong tak ikut pergi Nu sentral sebab nak jumpa kawan dia dekat Shah Alam. So, Nonie Aznida dengan kak Dayah dengan sorang lagi kawan kak Dayah pergi jalan2 sana. Berjalan2 dekat situ sampai puas. Dah puas, berjalan kena tunggu ayong kejap. Lepas tuh Sesi mencari barang yang ingin dibeli. Eh, betul kan. Seronok dapat berjimba dengan diaorang. Hahaha. Dalam perjalanan, tiba2 kena marah dengan seorang hamba Allah.. *Guna bahasa yang elok sikit.. Huhuhu. Memang takboleh move on. Lawak pun ada. Aduh, terbawa-bawa sampai dalam blog nie. Ingatkan lupa, rupanya muncul jugak. Haish.. :') Habis story untuk hari sabtu yang lepas.


Kenangan bersama mereka. Nida. Kak Dayah. Ayong



15 October 2017, Sunday.


Tak sabar nak share story pasal Lepak Bowling iaitu hari Ahad yang lepas, 15th. Tak sangka dah 3 hari berlalu. Sebab tuh Nonie kena update cepat2. Sementara tengah cuti sem sekarang ini memang boleh update. Hari ahad lah, last day berada di KL. Taksangka tau berakhir short vacation dari Segamat - KL. Saat yang ditunggu2 nak jumpa semua orang dalam FF. Yang paling best, dapat jumpa kak El admin FFZ. Kak El bukan senang nak jumpa. Orang jauh tau. Masa tuh memang tak sangka dapat jumpa. Selama nie tengok gambar je. Okay, before bowling start, kita berwafie talkie dulu. Ada second time jumpa. Ada first time jumpa. Ramai join lepak bowling. Ada yang main, ada yang datang tengok bagi support. Tengok list name memang ramai. Ada 30 orang. Sangat WOW tau. Yang main dalam 20 lebih. Insan2 nak sangat main bowling terutama Nonie memang nak sangat main selama 2 tahun tak main. Weyh, sangat lama tuh..


Masa tengah main tuh, tiba2 ada surprise birthday Kak El. Memang plan baik punya. "Happy birthday Kak EL. Yang takboleh blah, tiba2 tengok number 33.. Memang celebrate 3tahun terus eh. Baru perasan, kak El sebaya dengan my 3rd brother.. Hahaha.


Happy birthday Kak El bersama Rayyan. 


Macam biasa lah kalau dah lama tak main, memang ke longkang selalu. Lama2 jadi pro sikit. Sikit jela.. Hahaha. Main 2 game. Oh, lupa nak luahkan. Sebenarnya, Nonie ada tulis birthday wishes dekat kad untuk Kak El tapi lupa nak bawak sebab letak dekat beg makeup. Stokin pun terlupa nak bawak masuk beg lagi satu. Tak pasal2 kena keluarkan RM4.. Sangat sadis. Lain kali ingat, nak main bowling siap2 bawak stokin masuk dalam handbag. REMEMBER THAT :')


Sambil main tuh, memang selfie wefie semua lah.. Kenangan tuh. Berbual-bual dengan kak El. Best nya dan berbual-bual dengan orang lain. Sorry lah FFA & FFZ, kalau Nonie Aznida tak sempat nak bual dengan korang. Tapi sangat bersyukur sebab dapat jumpa face to face dengan korang.


My team bowling : Kak Iera, Kak Dayah, Munirah and Ameer. Seronok lah main dengan korang walaupun kita semua banyak ke longkang tapi yang paling hebat ialah Ameer lah.. Bukan biasa2 tau. Hahaha. Habis bowling rasanya pukul 3 lebih. Berkumpul bersama untuk makan minum dekat Food Court Times Square.


My team.


Nonie kena balik sebab beli tiket online pukul 5.30 petang. So, Nonie keluar dari TS tuh pukul 4.20. Tiba2 Nonie ternangis depan diorang. Masa tuh hati tisu betul. Nak tahan akhirnya terkeluar air mata kasih sayang. Masa tuh kak El suapkan kek coklat. Kek coklat tuh sedap sangat. Macam nak habiskan je sebab my feveret tuh. Tapi takboleh sebab rushing nak balik. So, bye2 korang.


Thanks Kak El sebab suapkan chocolate cake 
dengan penih kasih sayang 


Kak Dayah dengan kawan dia, Imi hantar Nonie Aznida sampai TBS. Itulah orang yang terakhir. Thanks kak Dayah dan Imi hantar sampai gate 19. Nonie pun naik bus sampai Segamat sebab semata-mata nak tengok Senior uitm konvo. Tidur rumah kak Atikah dekat Kampung Kuala Paya.




Sorry kalau ada kekurangan dalam share story dalam blog ini. Dah terlebih panjang tau. Selama ini pendek2 je. Kali ini terlebih panjang. Kenangan terindah haruslah kita berkongsi cerita bersama. Nida letak gambar sikit je. Takmampu nak letak semua. Banyak sangat.. Huhu


My Geng belang2.


Lepak Bowling Fitri's Family


Bila my phone rasa nak selfie...



Dengan kak Ana.

Sekian, terima kasih.
*Menaip dalam keadaan bersin + selsema. Siapa suruh langgar pantang makan :'(










Teruskan membaca post saya