Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: 2017

Friday, September 8, 2017

Student Life Is Back

Assalamuaikum and hye uolls
Permulaan bulan 9 yang baik. Tak sangka weyh. Nak tau sebab apa ? Sebab nak jadi student Uitm. Cuti 5bulan dah habis. Esok petang balik ke Segamat. Tak sangka nyaaa. Kena tidur rumah atokmak dulu dekat Felda Chemplak Barat, Labis before balik uitm di hatiku..


Nonie nak share dekat sini cuti 5 bulan, macam² benda yang Nonie dah buat. Jadi bibik buat kerja rumah, jadi sukarelawan konvokesyen UITM Segamat, foodhunter, berjalan², BerMaryKay and semua lah. Tak sangka cuti Nonie tinggal beberapa hari lagi. Back to student life. Positive vibes only. Teruskan capai impian dalam pelajaran and kerjaya. Apapun, Nonie tetap terus bantu anda untuk mencantikkan muka anda.


Student life is back. Remember, my target mesti capai dengan sebaik-baiknya. Kena pencapaian yang terbaik untuk diriku, keluarga aku. Kisah silam yang mengajarku untuk terus bangkit. Bila teringat bila nak menangis. Nonie harap naik sem baru ini akan berjalan dengan lancar. Nonie taktau nak luahkan apa dekat sini. Yang penting, doakan yang baik. Husnuzon.





Setakat ini saja Nonie share. Insha Allah, ada masa ada idea nak menaip panjang kita bertemu lagi. 












Teruskan membaca post saya

Monday, August 28, 2017

FF Gathering Raya

Assalamuaikum and hye uolls
Tiba2 ada idea nak menaip post yang lepas. Pada 23 July 2017 hari Ahad bersamaan syawal yang nak dekat habis. Detik permulaan yang pertama bersama FitrisFamily Balqis. Kebetulan hari tuh kawan akak sedara ada wedding. Aku ambik kesempatan yang ada untuk membayar gathering cepat2 dekat Kak Sya. Serious, rasa happy bila dapat bayar and bermula menghitung hari nak berjumpa mereka semua. Excited sangat tau.


Nonie datang KL pada hari 23 tuh jugak. Pagi2 tau bertolak ke sana. Sharp pukul 8.15 pagi. 4 jam perjalanan ke KL tau. Masa dalam perjalanan tuh, buat story IG tag dekat angah. Dalam perjalanan tuh, sangat excited tapi berdebar-debar tangan sejuk betul.. Hahaha. Taksangka Nonie Aznida jadimacam tuh sekali. Sampai dalam pukul 12.12 tengah hari macam tulah. Sampai sana, nak call sebab taktau tempat nya kan. Terdetik nak call phone kak Hana masa tulah 1st time dengar kakhanalepastuh kak hana pass phone dekat kak dayah. Baru lah dapat jumpa tempat tuhh.



Bila dah sampai restoran tuh, 1st aku jumpa Kak yen tak silap aku lah sebab diaorang ambik air dekat luar. Macam tulah. Lepas tuh jumpa kak Muni, jumpa kak Bas, jumpa kak dayah and lain-lain. Disitu lah perkenalan kitaorang jumpa face to face. Selama nie bercakap dekat ws je. Macam dah lama kenal padahal tak pernah jumpa face to face. Datang2 terus makan. Maklumlah orang datang dari jauh kan. Wakil Johor satu satunya datang nak jumpa kakak2 kesayangan semua.



1st game, kita main whisper challenge. Selalu kita tengok artis buat challenge. Masa tuh diri sendiri dah challenge. Well done Nonie Aznida. Yang lain semua lambat nak teka apa orang bagi word. Nonie sangat kejap. Sebenarnya, Nonie ada sejarah sakit telinga tapi Nonie dapat dengar apa orang cakap. whisper challenge nie caranya buka lagu kuat2 dekat headphone or earphone and then teka lah. Bila tengok video2 diorang teka sangat lawak.. Kenangan tau. Itulah yang Nonie ingat.



Lepas solat Zohor, buat sesi taaruf. Selalunya kitaorang introduction dekat group ws or personal ws. Masa tuh, kita keluarkan suara yang tak pernah dengar selama ini.


"Selama ini, ku mencari-cari

empunya suara yang kita tak pernah dengar
Siapakah orang itu"


Eh, buat lagu pulak kita. Hahaha. Sambung story ini. Lepas dah sesi perkenalan, menunggu video call dari angah. Kesian angah tak tidur sebab semata-mata nak tengok kitaorang. Okay, cite seterusnya.
2nd game, tak ingat game apa. Nonie tak main pun. Nonie just relax and ada berapa orang pun tak main pun. Jadi geng pemerhati je. Hahaha. Memang nak ketawa bila ingat balik. Rindu sangat.
Okay, kita pendekkan story. Last game, apa barang yang ada dekat diri sendiri pastuh sambungkan tengok group mana yang paling panjang. Itulah menang.


Before nak balik, kita selfie dulu. One by one. Save as my memory. Rupanya ada jugak yang aku lupa selfie. Memang rasa ruginya masa tuh. Hahaha. Nak buat ucapkan terima kasih kepada kak dayah, alang, ateh and kak sya sebab diaorang berjaya buat satu event yang penuh bermakna. Penat diaorang cari tempat, tarikh and semua sebab nak semua berkumpul. Mereka nie memang terbaik lah.


Akhir kata, inilah post story pasal 23 July yang paling bermakna dalam hidupku. Memang short je. Sebab terdetik nak post sebab lagi 14hari nak balik uitm. Ambik masa lama selama sebulan lebih. Eh, dah sebulan lama kita. Tak sangka kan. Apapun, maaf salah silap Nonie Aznida dalam share post ini. Nonie Aznida rindu dengan korang. Harap2 next event kita dapat bertemu semula.


"Cinta telah menzahirkan sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji dengan perpisahan
Kini ditakdirkan bertemu semulaaa
Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
Hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja "




Sekian, Terima kasih
*Actually, menaip story nie sambil dengar lagu angah. Always support angah :)




Teruskan membaca post saya

Sunday, July 9, 2017

A Long Semester Break


Assalamuaikum and hye uolls
Akhirnya, Nonie dapat memunculkan blogger sweetaznida selama 6 bulan menyepikan diri dari blogger. Tahniah ye :'D Bila check balik, 2009 sampai 2017 mesti ada update walaupun dapat update sikit. Jadi lah dari tak jadi langsung. Macam dah tak pandai nak update blog sekarang.

Okay, sekarang Nonie tengah semester break dari pertengahan April lepas habis exam sampai bulan Ogos. Awal September, Nonie akan menjadi student life semula.. Hahaha. Nak share aktiviti sikit masa cuti yang sangat panjang.

Akhir bulan April, Nonie pergi bercuti dengan famili dekat Melaka. Semua adik beradik ikut kecuali abang ke 2 tak ikut sebab bini dia tengah sarat mengandung masa tuh. Rasa nak bercuti lagi. Agak2 dekat mane ? Maybe KL and Selangor. Insha Allah.

Bulan May, Nonie join sukarelawan istiadat konvokesyen UITM Johor ke 86. Tugas Nonie ialah pengurusan jubah. Memang best jaga jubah tapi penat masa sebelum konvo semua orang nak ambil jubah. Suka tengok orang dapat ANC. Target Nonie memang nak dapat ANC tapi takde rezeki. Takpe, Nonie cuba masa degree pulak. Insha Allah. Aminnn.

Bulan Jun, 2hari sebelum raya. Nonie join ESRS class. Alhamdulliah. Nonie akan cuba buat yang terbaik. Lepas tuh, kita raya. Raya sakan Nonie tahun ini tapi tak sakan sangat. Macam mana tuh. Hahaha. Akhir bulan lepas, raya ke 5 kita pergi na na na ganu kita. Pergi Terengganu lah. 1st time tau sampai ganu. Visit Terengganu 2017. Nak jejak lagi memang lambat lagi. Pantai Timur memang jarang jejak. Pahang pun dah jarang tapi pernah lah sampai.

Itu jela dapar share sikit. Selebihnya di Instagram saya : nonie_aznida.

Image result for semester break quotes














Teruskan membaca post saya

Friday, January 13, 2017

8 Tahun Blog Sweetaznida

Assalamuaikum and hye uolls
Lepas update entry tadi, tiba-tiba rasa nak throwback post entry yang lama. Dari 2009 sampai 2016. Dah 8tahun rupanya. Sepatutnya blog ini semakin maju and dikenali. Rupanya tidak :') Disebabkan kemalasan nak upgrade balik. Reviews pun tetap sama. Tak berubah sampai 100k.

Baca enrty lama, rasa kelakar pun ada. Maklumlah masa tuh, penaip nya budak kecik yang bernama Nonie Aznida. Ehh, aku lah tuh.. Hahaha. Cerita2 yang lama yang tak patut di update, dengan tulisan sms lagi dengan ejaan yang pelik. Haish. Itulah yang jadi kenangan selama 8 tahun ini. Yang betul2 rasa menyampah, memang terus DELETE. Menyemak dalam blog ini. Rasa upgrade template baru tapi aku macam samar2 nak edit balik.


Image result for blogger quotes tumblr


Akhir kata, dari saya. DO YOU EVEN STILL THINK ABOUT ME ? KNOW ABOUT MY BLOG. I'M STILL A BLOGGER walaupun kejap update kejap tidak. 


Wassalam.






Teruskan membaca post saya

My New Post 2017

Assalamuaikum and hye uolls.
Nonie dah lama tak buka blog Sweetaznida sejak bulan September 2016. Kini, cuba lah update entry baru walaupun takde idea nak menaip panjang2. Jejari runsing kata kan, Tahun lepas, banyak kenangan yang pernah lalui. Antaranya gembira sedih dan pahit manis. Apapun, kena teruskan kehidupan yang lebih baik untuk memajukan diri pada masa akan datang.




Bina piagam baru, azam baru pada 2017. Nonie minta maaf sekiranya tersilap kata and tingkah laku selama ini. Kali ini kena sentiasa ingat matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya, saya kurang bergaul, bercakap dengan korang. Sejuta maaf dari saya. Saya tetap kasar and feminin girl. Kali ini, nak gembirakan hati seluruh keluarga saya. Mereka mengharapkan Nonie berjaya sebab Nonie adalah seorang anak perempuan. 


Target nak capai ACCA and belajar sampai Phd. Insha Allah.


Setakat ini saja dari saya.
Apapun follow ig saya : nonie_aznida
Wassalam. 




Teruskan membaca post saya