3bulan Nonie kena stay at home. Still buat kerja yang sama. Sekarang, semua makin meningkat. Lumrah semua orang kalau duduk rumah. Kena pergi jauh dan busy memanjang, baru tidak ingat nak makan. Sepatutnya, Nonie kena cari ilham selama 2 bulan ini. My parents sarankan Nonie masuk UiTM. Nonie minat dengan UiTM.
Alhamdulliah, markah kokurikulum amat membantu untuk daftar UPU. Yang penting markah kokurikulum melebihi 5. Orang pro dapat 8 lebih. Rasanya takde yang dapat 9 or perfect 10 !
Sekarang nie, Nonie confius nak pilih course apa.
Kalau boleh, nak mohon semua iaitu Matrikulasi, Politeknik, IPTS, IPTA and last yang tak payah mohon iaitu Form 6. Dulu, Nonie betul2 taknak study Perakaunan sebab pening dengan kerja kursus. Alhamdulliah, cikgu dah buat Nonie semakin sedar tentang pentingnya subjek Perakaunan dan Ekonomi Asas. Terima kasih, cikgu.
Kata2 semangat.
Teringin juga nak mendaftar diri mana2 biasiswa yang bersesuaian. Keluarga Nonie bukan orang berada. Orang yang berkehidupan sederhana. Anak orang Felda. Kadang2 menjadi stres bila kena fikir pasal keluarga kita. Mengharapkan orang menghantar Nonie ke mana2 kursus. Memang tak lah.
Mengharapkan pendapatan Churp2 dan Nuffnang belum capai lagi. RM100 je yang boleh cashout. Keinginan yang tidak terhad untuk sumber yang terhad.
Mengharapkan berlaku sesuatu keajaiban or miracle dalam hidup untuk menggembirakan hati keluarga kita. Insya Allah.
Setakat ini sahaja post ini.
No comments:
Post a Comment