Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: Masalah Sakit Lutut

Monday, February 2, 2015

Masalah Sakit Lutut


Assalamuaikum and hye uolls
Hari ini mahu share pasal masalah sakit lutut. Nonie jadi rajin post pasal kesihatan kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini. Sebab ada keluarga terdekat yang mempunyai masalah ini. Nama saintifik ialah Ortopedik. Jarang dengar sebab Nonie bukan ambik aliran Sains Tulen. Ortopedik itu berkaitan dengan tulang kita.

Nonie ambil petikan daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Masalah ini mengalami kehausan lapisan sendi lutut .  Ianya dikenali sebagai Osteoarthritis. Keadaaan ini biasanya terjadi akibat peningkatan umur.  Ia juga boleh berlaku  pada usia yang lebih muda sekiranya pernah mengalami kecederaan lutut. Selain dari osteoarthritis, tanda-tanda yang sama juga boleh dialami oleh pesakit arthritis gaut (gouty arthritis) dan rheumatoid arthritis.  Imej sinaran x ( x-ray) di kedua-dua belah lutut dan juga ujian darah boleh membantu  untuk membuat diagnosa .
Rawatan bagi penyakit osteoarthritis melibatkan:
  1. Kurangkan berat badan seboleh mungkin ke tahap jisim yang ideal. 
  2. Lakukan aktiviti yang sederhana terutama senaman yang tidak melibatkan angkat benda berat seperti hydro exercises (senaman di dalam air),  berbasikal statik, regangan otot kuadrisep pada paha (quadriceps strengthening) dan sebagainya mengikut kemampuan diri.
  3. Teknik perlindungan sendi seperti kurangkan naik turun tangga, elakkan berjalan kaki pada jarak jauh, elakkan duduk di tempat yang  terlalu rendah yang boleh menyebabkan kesakitan semasa bangun, hindari melakukan kerja seperti mengangkat benda berat .
  4. Rawatan termasuk  menyapu  minyak atau  ‘ointment’ mungkin boleh mengurangkan kesakitan
  5. Ubat-ubatan  penahan sakit/anti-radang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan di antaranya paracetamol, mefenamic acid dan ubat-ubatan dari kumpulan anti radang bukan steroid (NSAIDs) atas nasihat doktor.
  6. Ubat lain yang boleh digunakan untuk mengawal kemerosotan sendi seperti   Glucosamine sulphate, Chondroitin, diacerein sebagai alternatif lain
  7. Teknik suntikan ke dalam sendi lutut menggunakan pelincir (lubricant) atau steroid sebagai alternatif dapat mengurangkan kesakitan dalam setengah-setengah kes.
  8. Alat prosthesis seperti tongkat boleh mengurangkan tekanan pada lutut.
  9. Rawatan tradisional seperti akupuntur  boleh mengurangkan kesakitan dalam sesetengah kes.
  10. Pembedahan dijalankan untuk kes-kes yang teruk oleh pakar ortopedik
Nasihat saya, berbincanglah dengan pakar  untuk mendapatkan kaedah rawatan terbaik .

Nonie takdapat menolong keluarga terdekat ini sebab tidak mencukupi untuk menolongnya. Kalau sakit dah hampir 10tahun, sekarang baru parah. Memang pergi ke pakar yang berhampiran. Kalau kita mendesak jadi taknak, amat sukar untuk memujuknya. Kalau beli ubat yang berbotol-botol, tapi tidak berkesan mesti dapatkan rawatan dengan pakar. Mesti pakar tahu apa punca dan kesannya. Baru lah kita mengambil langkah yang mudah.
Sakit lutut.

Ingatlah insan yang tersayang. Kesihatan itu adalah penting untuk kita meneruskan hidup. Jagalah kesihatan kita baik2 supaya menjalani aktiviti seperti sediakala.

Setakat ini sahaja yang boleh post. Nonie memerlukan comment2 yang membina untuk menyembukan masalah ini.












Teruskan membaca post saya

No comments: