Assalamuaikum and hye uolls !
Nonie buat entry pasal berjalan demi kesihatan. Semua orang suka berjalan kan. Sebenarnya berjalan pun satu senaman. Dulu, Nonie suka berjalan dekat sekolah. Lagi2 bila nak masuk bilik guru memang number 1 sebab ada air cond. Sekarang, bila tidak bersekolah, rasa kurang sangat. Takpuas pun ada tapi suka tengok tv je. Tidak ada aktiviti sangat. Nonie ambil topik ini di majalah EH ! Best jugak majalah itu. Banyak info2 berguna yang kita tidak tahu. Ingatkan majalah ini pasal Artis je. Rupanya gaya hidup pun ada.
Jom kita tengok website majalah EH !
Sumber : Majalah EH !
Kenapa berjalan kaki baik untuk kesihatan? Jika sukar untuk anda berikan komitmen sepenuhnya kepada rutin senaman atau ke gimnasium, ada cara mudah untuk anda keluarkan peluh adalah dengan memaksimakan langkah iaitu semudah berjalan kaki.
Baik untuk otak
Berjalan meningkatkan kadar endorfin dalam otak, ia adalah kimia “gembira” yang boleh membuat anda rasa kurang stres dan hilangkan rasa lesu. Menurut laporan kajian di sebuah universiti, mereka yang kemurungan mendapati diri lebih tenang dan ceria hanya selepas berjalan santai selama 10 minit.
Baik untuk kulit
Seperti semua senaman kardio, berjalan membuatkan jantung aktif dan memperbaiki aliran darah. Jadi apabila aliran darah baik, kulit yang juga organ terbesar pada tubuh menerima darah yang kaya nutrien untuk kesihatan optimum.
Baik untuk jantung
Hanya 30 minit berjalan lebih dari tiga kali seminggu akan menurunkan tekanan darah. Rutin berjalan mampu untuk mengurangkan kebarangkalian penyakit jantung bagi wanita dan sama efektif dengan senaman harian.
Baik untuk tulang
Secara tidak langsung, berjalan menggalakkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Dan aktiviti berjalan turut membantu menguatkan sendi serta mengukuhkan saraf.
Baik untuk imunisasi
Dengan hanya berjalan selama 45 minit lima kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan demam selesema. Sesi berjalan yang menggalakkan aliran darah yang sihat membantu sel darah untuk melawan virus dan bakteria dengan lebih cepat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment