Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: Rindu Korang

Monday, October 12, 2015

Rindu Korang


Assalamuaikum and hye uolls
Hari tuh ada update pasal Ucapan Untuk Roomate. Sebab rindu sangat, itu jadi ucapan yang ringkas. Nak luahkan banyak2 tapi jadi pendek sikit. Kalau banyak2 pun, boleh jadi karangan panjang beratus patah perkataan. Biar simple asalkan bermakna. Itu jela yang mampu.

Kali ini menaip entry ini sebab luahan rasa rindu kepada classmate ku. Yela, detik perjumpaan dengan diorang dah 5bulan. Aku mula masuk pada 7 Jun 2015. Aku sepatutnya masuk 2 Jun tapi bila aku check keputusan online nama aku tidak berjaya. Memang aku frust aku masa tuh. Tiba2, lepas diorang nak habis MDS baru dapat call dari Miss Lina. Alhamdulliah, aku happy sangat masa tuh.

Aku sediakan coretan untuk korang :
Assalamuaikum classmate ku sekalian. First of all, thanks terima aku jadi kawan korang. Walaupun aku jenis susah nak terima masa aku mula2 aku. Maklumlah, masa tuh first time aku keluar dari tempat aku. Mula2 aku masuk, tiba2 dapat kerja berkumpulan. Agak shock jugak masa tuh. Aku mula2 masuk aku duduk sebaris dengan Oya and Amira. Diorang nie memang rapat sebab diorang same wing, makan sama2 and semuanya sama. 1st group untuk entrepreneurship (akhirnya betul jugak ejaan aku tanpa garisan merah), aku sekumpulan dengan Shafiq, Hafizan and Fadzlina. Kena buat pasal promote the product. Bulan 6, memang macam2 dugaan yang aku hadapi terutama demam and gastrik datang masa bulan puasa. Aku kenal ude or dikenali dengan Nurhidayah Yusri, aku tak berapa ingat sangat tapi buat kitaorang rapat bila kitaorang sama kolej Zamrud. Apa2 sebelum pergi kelas, mesti aku Whatsapp dulu dengan dia. Memang nak pergi kelas sama2. Thanks ude sebab boleh bersabar dengan perangai aku and sudi jadi kawan aku. Teman aku outing ke One Segamat. Thank you very much. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Kalau aku ada masa, aku nak jumpa kau dekat Joho. Last but not least, kerja berkumpulan buat kali terakhir, macam2 yang berlaku tapi itu semua dah lepas and kita dapat buat dengan jayanya. Macam2 kita dah belajar di uitm ini terutama cara nak buat business plan. Thanks kepada Oya, Amira, Salihin, Daus and Azim kerana sudi terima aku bekerjasama dengan korang. Walaupun aku dah buat korang stress dengan perangai aku. Yang lain2, aku kena sebut nama korang selain nama aku dah sebut di atas : Hanina, Ekin, Farahin, Nadira, Tasha, Rabiah, Atika, Aminah, Alia, Aisah, Husna, Haziqah, Maslinda, Tisya, Ridwan, Fatin, Haiqal, Sharil, Akalili and Manje. Okay, semua sekali 30 orang termasuk aku. Maafkan aku jika ada tersinggung perasaan korang secara sengaja or tidak sengaja.Maaf kalau aku tak banyak spend time dengan korang. Kita pasti bertemu suatu hari nanti, Insya Allah. Banyak memori yang kita lalui terutama berbuka puasa yang terakhir bersama korang sebelum cuti raya. Akan selalu merindui korang. Love you. Sincerely, Nida.

Baru aku perasan kenapa nama Oya and Amira disebut dua kali. Sebab aku mula kenal diorang walaupun masatuh aku tak berapa rapat sangat dengan diorang. Sebab sebelum aku balik, aku jumpa diorang dekat bilik. My classmate JPD0021B korang memang awesome, ohsem. Gambar2 korang akan ku simpan buat kenangan. Selamat bercuti sem kita. Aku mereput dekat rumah je. Kalau ada apa2, aku contact korang.

Inilah Aznida. Photoshoot di DST selepas exam


Sampai disini saja yang mampu ku luahkan. Jika ada silap, aku minta maaf.





Teruskan membaca post saya

No comments: