Suka pakai kasut bertumit tinggi. Tapi, bila pakai, kaki terasa sakit dan rasa tak sedap. Artikel kali ini berkongsi tujuh tip memakai kasut bertumit tinggi dengan selesa, tanpa rasa sakit!

Ketinggian harus padan - Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaja wedges.


Tanggalkan bila ada peluang - Adalah baik untuk merehatkan kaki anda sekali-sekala. Tanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda. Cara ini akan membenarkan kaki anda ‘bernafas’ dan mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.

Elak sarung terlalu lama - Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai high heels lebih daripada empat kali seminggu.

Teknik melangkah - Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai flat shoes - dengan setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda.


Haruslah ada jenama - Biasanya kasut dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa. Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan.

Jualan murah? Hati-hati yer - Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Kasut yang diperbuat dari plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet, dan membengkak.

Tahu kesesuaian material - Kini, terdapat banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki.

Sumber : Majalah Remaja