Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata

Monday, February 2, 2015

Masalah Sakit Lutut


Assalamuaikum and hye uolls
Hari ini mahu share pasal masalah sakit lutut. Nonie jadi rajin post pasal kesihatan kepada sesiapa yang menghadapi masalah ini. Sebab ada keluarga terdekat yang mempunyai masalah ini. Nama saintifik ialah Ortopedik. Jarang dengar sebab Nonie bukan ambik aliran Sains Tulen. Ortopedik itu berkaitan dengan tulang kita.

Nonie ambil petikan daripada MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Masalah ini mengalami kehausan lapisan sendi lutut .  Ianya dikenali sebagai Osteoarthritis. Keadaaan ini biasanya terjadi akibat peningkatan umur.  Ia juga boleh berlaku  pada usia yang lebih muda sekiranya pernah mengalami kecederaan lutut. Selain dari osteoarthritis, tanda-tanda yang sama juga boleh dialami oleh pesakit arthritis gaut (gouty arthritis) dan rheumatoid arthritis.  Imej sinaran x ( x-ray) di kedua-dua belah lutut dan juga ujian darah boleh membantu  untuk membuat diagnosa .
Rawatan bagi penyakit osteoarthritis melibatkan:
  1. Kurangkan berat badan seboleh mungkin ke tahap jisim yang ideal. 
  2. Lakukan aktiviti yang sederhana terutama senaman yang tidak melibatkan angkat benda berat seperti hydro exercises (senaman di dalam air),  berbasikal statik, regangan otot kuadrisep pada paha (quadriceps strengthening) dan sebagainya mengikut kemampuan diri.
  3. Teknik perlindungan sendi seperti kurangkan naik turun tangga, elakkan berjalan kaki pada jarak jauh, elakkan duduk di tempat yang  terlalu rendah yang boleh menyebabkan kesakitan semasa bangun, hindari melakukan kerja seperti mengangkat benda berat .
  4. Rawatan termasuk  menyapu  minyak atau  ‘ointment’ mungkin boleh mengurangkan kesakitan
  5. Ubat-ubatan  penahan sakit/anti-radang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan di antaranya paracetamol, mefenamic acid dan ubat-ubatan dari kumpulan anti radang bukan steroid (NSAIDs) atas nasihat doktor.
  6. Ubat lain yang boleh digunakan untuk mengawal kemerosotan sendi seperti   Glucosamine sulphate, Chondroitin, diacerein sebagai alternatif lain
  7. Teknik suntikan ke dalam sendi lutut menggunakan pelincir (lubricant) atau steroid sebagai alternatif dapat mengurangkan kesakitan dalam setengah-setengah kes.
  8. Alat prosthesis seperti tongkat boleh mengurangkan tekanan pada lutut.
  9. Rawatan tradisional seperti akupuntur  boleh mengurangkan kesakitan dalam sesetengah kes.
  10. Pembedahan dijalankan untuk kes-kes yang teruk oleh pakar ortopedik
Nasihat saya, berbincanglah dengan pakar  untuk mendapatkan kaedah rawatan terbaik .

Nonie takdapat menolong keluarga terdekat ini sebab tidak mencukupi untuk menolongnya. Kalau sakit dah hampir 10tahun, sekarang baru parah. Memang pergi ke pakar yang berhampiran. Kalau kita mendesak jadi taknak, amat sukar untuk memujuknya. Kalau beli ubat yang berbotol-botol, tapi tidak berkesan mesti dapatkan rawatan dengan pakar. Mesti pakar tahu apa punca dan kesannya. Baru lah kita mengambil langkah yang mudah.
Sakit lutut.

Ingatlah insan yang tersayang. Kesihatan itu adalah penting untuk kita meneruskan hidup. Jagalah kesihatan kita baik2 supaya menjalani aktiviti seperti sediakala.

Setakat ini sahaja yang boleh post. Nonie memerlukan comment2 yang membina untuk menyembukan masalah ini.












Teruskan membaca post saya

Memikirkan Masa Depan

Assalamuaikum and hey uols !
3bulan Nonie kena stay at home. Still buat kerja yang sama. Sekarang, semua makin meningkat. Lumrah semua orang kalau duduk rumah. Kena pergi jauh dan busy memanjang, baru tidak ingat nak makan. Sepatutnya, Nonie kena cari ilham selama 2 bulan ini. My parents sarankan Nonie masuk UiTM. Nonie minat dengan UiTM.

Alhamdulliah, markah kokurikulum amat membantu untuk daftar UPU. Yang penting markah kokurikulum melebihi 5. Orang pro dapat 8 lebih. Rasanya takde yang dapat 9 or perfect 10 !
Sekarang nie, Nonie confius nak pilih course apa.

Kalau boleh, nak mohon semua iaitu Matrikulasi, Politeknik, IPTS, IPTA and last yang tak payah mohon iaitu Form 6. Dulu, Nonie betul2 taknak study Perakaunan sebab pening dengan kerja kursus. Alhamdulliah, cikgu dah buat Nonie semakin sedar tentang pentingnya subjek Perakaunan dan Ekonomi Asas. Terima kasih, cikgu.

Kata2 semangat.

Teringin juga nak mendaftar diri mana2 biasiswa yang bersesuaian. Keluarga Nonie bukan orang berada. Orang yang berkehidupan sederhana. Anak orang Felda. Kadang2 menjadi stres bila kena fikir pasal keluarga kita. Mengharapkan orang menghantar Nonie ke mana2 kursus. Memang tak lah.
Mengharapkan pendapatan Churp2 dan Nuffnang belum capai lagi. RM100 je yang boleh cashout. Keinginan yang tidak terhad untuk sumber yang terhad.

Mengharapkan berlaku sesuatu keajaiban or miracle dalam hidup untuk menggembirakan hati keluarga kita. Insya Allah.

Setakat ini sahaja post ini.









Teruskan membaca post saya

Monday, January 26, 2015

WhatsApp Boleh Guna di PC

Assalamuaikum and hey uolls !
Semalam Nonie baru tahu pasal WhatsApp boleh connect dekat PC. Selalu tengok phone je. Sekali sekala buka WhatsApp web. Skrin laptop sangat besar berbanding skrin phone. Kepada pengguna Android, BlackBerry 10 and Windows Phone, boleh menggunakan WhatsApp web ini.



Katanya buka WhatsApp web dekat Google Chrome sahaja. Mozilla Firefox, Opera, Internet Explorer dan lain2 takboleh rasa nya. Hanya layari WhatsApp web dan scan QR code di phone anda.


Sama seperti ketika menjalankan dari phone, kita boleh melihat status, profile, chat mahupun send gambar from lappy. Pastikan phone anda dapat connect dengan baik semasa menggunakan web WhatsApp ini.


Setakat ini sahaja yang Nonie share di sini.







Teruskan membaca post saya

Tuesday, January 20, 2015

Nothing To Do



Assalamuaikum and hey uolls
2015, tidak mempunyai aktiviti yang ingin dikongsi di blog ini.
Ini yang selalu membuat aktiviti yang sama di rumah
Nothing to do activity with my friends.
Aku rindu semua kawan2. Masing2 dah buat hal masing2.
Zaman yang lepas banyak aktiviti.

Stay depan lappy, tengok churp2 and analytics nuffnang
Open facebook, Twitter and my blogger.
Buka blogger, tidak tahu nak tulis apa
Idea tak sampai
Bulan nie banyak movies yang best tapi tak mampu pergi ke sana
Maybe you treat me to watch a movie
Nonie sangat happy kalau ada orang nak belanja

Setakat ini sahaja post Nonie.
Sekadar yang mampu.











Teruskan membaca post saya

Wednesday, January 14, 2015

Belanja Di Watsons


Assalamuaikum and hey uolls !
Tiba2 Nonie ada satu idea nak menaip tentang Watsons. Sebab Nonie suka dengan jenama Watsons sejak zaman kanak-kanak. Sekarang, Nonie tak bekerja seperti kawan2 Nonie ada jobs masing-masing. Jadi penganggur yang setia di rumah. Sebelum menunggu keputusan yang bakal keluar tidak lama lagi. Rasa 'Seram'. Stay kat rumah, jaga rumah, jaga kucing dan sebagainya.


Watsons mempunyai tagline yang membuat semua orang suka iaitu 'Look Good, Feel Great'. Nonie jadi ahli watsons sejak 2012 kalau tak silap. Kumpul points tak lah banyak sangat. Watsons hanya di Kota. Nak pergi kota, jauh dari rumah Nonie. Tunggu orang ajak keluar, barulah boleh.


Kad watsons yang lama. 

Dah lama kad yang lama itu jadi peneman Nonie sampai kena tukar kad yang baru. Kad yang lama takde touch n go. Kad baru ADA touch n go. Rasa senang and banyak kelebihan yang disediakan oleh Watsons. 

Kad baru Watsons. 

Hari Isnin bersamaan 12 January 2015 : Kad baru menjadi peneman setelah kad lama sudah diambil oleh Watsons Store. Kalau ada Watsons, mesti Nonie beli Mask. Nak beli barang yang lain, tidak cukup kewangan. Yang penting mesti beli Mask. Tak kisahlah mask jenama apa pun. 


Member Pack. 

Harga yang berbaloi dan menarik hanya di Watsons yang berdekatan dengan anda. Hanya melayari Watsons Malaysia. Disitu macam2 ada. Anda tengok sendiri lah. 



           3 step Facial Mask                                                     Moisturising Mask


Setakat sampai di sini sahaja. Nonie hanya post blog yang mampu saja.






Teruskan membaca post saya

Wednesday, January 7, 2015

My Nuffnang


Assalamuaikum and hey uolls !
Sempena tahun baru 2015, aku menghadap lappy untuk mencurahkan idea blogging ini. Tahun ini jugak my nuffnang semakin meningkat. Sebenarnya, Nonie buat nuffnang dah lama. Cuma tak letak ads itu menyebabkan nuffnang itu tidak meningkat. Bila tengok post blog kak Fiza, rasa teringin jugak nak dapat cheque dari nuffnang.


Syarat nya : Mesti rajin update, mesti orang akan selalu melawat blog kita.
Story yang nak dikongsi pun kena menarik

\
Tahniah kepada sesiapa yang dapat tuh. Nonie akan berusaha untuk mendapatkan earnings yang banyak. 






Teruskan membaca post saya

Monday, January 5, 2015

Novel Manisnya Cinta


Assalamuaikum and hey uolls !
Impian beli novel ini sudah tercapai. Yeah ! Hampir setahun tak beli novel sebab takde sumber kewangan yang mencukupi. Sibuk beli buku sekolah. Sekarang tidak bersekolah tapi tak kerja. Apa nak buat kena stay at home jela..

Cover yang lama 

Bila tahu ada filem Manisnya Cinta di Cappadocia ini adaptasi oleh Bernard Chauly dari novel Manisnya Cinta karya Anis Ayuni, terus beli di MPH book store, City Square, JB.  Sebab apa nak beli ? Sebab cover novel tuh ada pelakon2 Manisnya Cinta di Cappadocia. Baru baca sikit belum habis. Kalau dah habis, baru tahu ending nye macam mane. Selalu nye novel cinta, ending nye mesti happy. Ada watak Ifti Liyana yang dilakonkan oleh Fazura. Watak Nazmi mestilah pelakon nye Shaheizy Sam.

New cover. 

Setakat ini sahaja aku menjadi jejari runsing. Asyik typing error je bila taip laju2.



Teruskan membaca post saya

Monday, December 15, 2014

Kembali Update


Assalamuaikum and hye semua
Selama bulan2 tak menaip dalam blogger ini untuk meluahkan aktiviti dan perkembangan.
SPM 2014. Itu lah saya, I'm freedom. Hanya berjalan pada hujung minggu kalau sesiapa nak jadi driver saya. Hari biasa hanya stay at home. Duduk goyang kaki and buat kerja rumah, Masa yang sama, baca majalah lama seperti YeZZ and Remaja.

Apa Aktiviti lepas SPM ?
Semua orang ada perancangan yang sendiri. Perancangan yang paling famous iaitu cari kerja and ambik lesen sama ada lesen motosikal atau kereta. Tapi yang paling diimpikan ialah lesen kereta, Sekarang, status sebagai lepasan SPM. Hanya menunggu result. Nak cerita pasal SPM, rasa takpayah sebab sudah lapuk. Lagipun, Nonie banyak luah di Instagram, Wechat and Twitter, Perkara yang lepas jangan dikenang. Hanya berdoa + Tawakkal yang mampu sekarang. Sekarang, penanda masih menanda kertas kita. Harap2 penanda menjadi lembut hati ketika menanda kertas kita. AMIN.

Apa Impian Lepas SPM ?
Semua orang ada impian yang tersendiri. Impian yang diimpikan itu sangat besar. Lepas saya menjadi pelajar akaun dan ekonomi, sebenarnya impian nak belajar Geografi walaupun masa SPM tak mengambil subjek itu tetapi hati saya ke arah itu. Nak tahu sebab apa saya tak ambik ? Sebab sekolah saya takde subjek itu. Saya tak mampu belajar sendiri tanpa guru. Memang boleh belajar sendiri tetapi tekanan terhadap subjek lain menyebabkan saya takboleh. Walaupun ramai tak suka, tapi saya suka berkaitan dengan bumi kita.

Saya dah mohon Yayasan felda. Kursus yang paling utama ialah kursus Bahasa Inggeris. Pilihan kedua terpaksa saya pilih pengurusan pejabat. Majoriti pilihan utama memilih kursus Bahasa Inggeris sebab saya masih sederhana walaupun kadang2 speaking boleh tahan sikit tapi bila exam saya mendapat credit iaitu C, C+

Saya ingin membuat bisnes online tapi tiada kewangan yang mencukupi. Dengan ilmu yang saya pelajari selama 2 tahun , ingin mencuba bisnes online berkaitan fashion.

Saya masih belum mendaftarkan diri ke kelas memandu. Saya harap hujung bulan Dec tahun ini mesti sudah mendaftar. Masing2 sibuk dengan kerja , saya jenis suka berjalan. Kalau dah ada lesen, memang senang.

Setakat ini saja post saya yang pertama untuk bulan ini.




Teruskan membaca post saya