Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: SpinianS
Showing posts with label SpinianS. Show all posts
Showing posts with label SpinianS. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Happy Birthday Abg Aie :)


Hye my friends..
7.6.2012 bersamaan hari Khamis merupakan Birthday Abg Aie. Kenal kan ? Tahun lepas Nonie tulis birthday dia at blog nie la. Dah 29 Tahun rupa nye.. 

For Aie Spin:Happy birthday abg aie..moga panjang umur,ceria slalu n dimurahkan rezeki..Cepat2 naik pelamin..huhu.May Allah bless u :)

Tahun lepas tak wish dia banyak kali. Kalau tak, memang penat agak nye..

Nie abg hansem semakin happy :)


Sebelah dia, Awek dia Kak Eyza . Dia pernah keluar at cerita Gemersik Kalbu.
Korang perasan tak muka dia keluar at cite tuh ?






Teruskan membaca post saya

Tuesday, April 17, 2012

2 Tahun Arwah Achik Spin Meninggalkan Peminat nya


Tetap di ingatan Arwah Achik Spin
17.4.2010-17.4.2012


Album Kenangan yang terakhir..

Hye kawan-kawan yang awesome!
Today Nonie update this entry because it is important day for SpinianS. Dh 2 tahun arwah Achik meninggalkan kita. Semoga arwah ditempatkan orang yg beriman. Terasa masa cepat berlalu.
Kita yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan ini. Life must go on. Al fatihah.

Nie pesanan sahabat arwah yg terdekat ( Aie Spin )
Hari ni genap dua tahun berlalu tapi kehilangan arwah achik masih dirasai.Kalau anda sayangkan arwah achik,kalau betul anda peminat arwah achik sila sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah sebanyak mungkin supaya roh arwah tenang di alam sana dan dicucuri rahmat...Al-Fatihah.


Teruskan membaca post saya

Tuesday, November 22, 2011

Happy Birthday to Kak Nana

Salam guys n hyee readers...
Nonie tak perasan pulak hari nie birthday Siti Nordiana.. Kenal tak ? Siape kt sini peminat Siti Nordiana sila angkat tangan ? #siapa yg angkat tngan 2 bagus.. Peminat setia. Hehe :D
Nonie minat kak Nana sejak kecik lagi same Nonie minat ngn kumpulan Spin.. Kak Nana n Spin sentiasa dekat di hatiku..ceh ~~ :D

Kak Nana berasal di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.. Beliau mempunyai seorang anak bernama Mohd Rayyan Nakhaie.. Dulu smpai sekarang Nonie suka lagu kak Nana n lakonan nye.. Sekarang kak Nana dengan imej bertudung..

Happy Birthday, Kak Nana :)
May Allah bless u

Teruskan membaca post saya

Wednesday, September 21, 2011

Bertudung bukan kerana fesyen



SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.

Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.

Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.

Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan.

Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.

Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan.

Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.

"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.


SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.

"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.

Rezeki

Memandangkan kini dia sudah tampil dengan imej yang baharu, Nana menjelaskan tidak bermakna selepas ini dia akan terus berhenti daripada bidang nyanyian. Ujarnya, karier seni masih lagi tetap diteruskan seperti biasa.

"Saya akui pasti ada tanggapan yang mengatakan tawaran untuk saya membuat persembahan akan berkurangan apabila bertudung. Walaupun ada kebenarannya, namun saya sendiri tidak kisah kalau ia benar-benar berlaku.

"Kalau dah rezeki saya tidak lagi di bidang nyanyian, mungkin rezeki saya di bidang yang lain pula. Lagipun bertudung bukanlah satu masalah yang besar kerana peminat sekarang pun sudah terbuka dan mereka tetap boleh terima penyanyi yang bertudung," ujarnya.


NANA sudah mula memakai tudung sejak Ramadan lalu.


Pada masa yang sama, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa syarikat rakamannya iaitu FMC Music Sdn. Bhd. turut menerima dengan terbuka perubahannya dan kini mereka sedang mencari lagu baru yang sesuai untuk imej barunya itu.

Ditanya mengenai projek terbarunya ketika ini, Nana berkata, dia akan terbabit untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri dalam siri jelajah yang dibuat oleh syarikat Fablous Global Sdn. Bhd.

"Alhamdulillah, meskipun sekarang saya sudah tampil dengan imej bertudung tetapi rezeki untuk menyanyi masih lagi ada. Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak Fablous Global kerana sudi mengundang saya untuk sama-sama menjayakan siri jelajah mereka yang akan bermula pada bulan Oktober ini," ujarnya.

Selain Nana, antara artis-artis yang turut menjayakan siri jelajah syarikat jualan langsung yang diterajui oleh Datuk Sarimah Ahmad ialah Pian Cecupak, Mama Rina, Din Belon dan Boy Iman.

Untuk maklumat lanjuk sila layari http://www.kosmo.com.my


Teruskan membaca post saya

Monday, August 22, 2011

Happy Birthday,Shaheera!!

Hyee my awesome followers...
Hari nie,Hari jadi kawan Nonie kt Singapore.Dia tinggal kt Ang Mo Kio,Singapore..Siape bday dia pada hari nie??(angkt tangan!! haha).Name dia Shaheera but Nonie selalu panggil dia Sha..Kitaorg knal 1 group nama nya SpiananS..Sebelum puasa,kitaorg ada gaduh..nk tau?? Pasal ape lagi bola sepak la..Saje je kiteorg main gado2 kata..hehe =)

Comel tak dia nie?? ngee :D
(sorry la Sha..Nonie stole ur pic.Never mind kn??)

Itu jelah Nonie tulis entry nie pd hari nie..Tunggu entry yg seterusnya pulak(eh,mimpi ape Nonie ckp mcm 2..huhu)

P/s:Nonie nk minta maaf kt Sha kali ke sejuta(iye la tu..merepek je -_-) sebab curi gambar Sha semata-mata nk tulis entry nie..xpe kn??


Teruskan membaca post saya

Friday, July 1, 2011

^Birthday Arwah Achik Spin^ =')

Hye kawan-kawan yg awesome....
Hari nie(Jumaat-1.7.2011) birthday arwah Achik Spin..Semoga rohnya di cucuri rahmat n di tempatkan dgn org2 yg beriman..Name sebenar arwah ialah Abdillah Murad Md Shari yg dikenali sbg Achik Spin...Arwah dilahirkan pd 1 Julai 1982...Hari nie gak ialah hari yg mengingatkan kita pd arwah Achik...
Kini tinggal kenangan....

For Kak Tasha(Rose Zaitul Suriani Maarof): Semoga kak Tasha tabah menghadapi dgn tabah..Nonie doakan Semoga rohnya di cucuri rahmat n ditempatkn di kalangan org2 yg beriman...Amin.

Al-fathah to arwah Achik Spin..
I always luv u.. =)

That's all for now...



Teruskan membaca post saya

Monday, June 27, 2011

Kasih belum mati....

SUDAH hampir setengah tahun pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kerana serangan jantung. Tetapi kenangan ketika mereka hidup bersama akan terus dikenang bekas isterinya, Siti Nordiana (Nana), 27, sampai bila-bila.

Apatah lagi setiap kali Nana melihat wajah anak tunggal mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia tiga tahun tiga bulan, kenangan bersama Faizal terus mekar kerana wajah si kecil mirip bapanya. Walaupun sebelum pemergian Allahyarham, mereka sudah bercerai, kasih sayang Nana padanya tidak pernah padam. Apapun yang terjadi sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka, tidak sedikit pun melunturkan kasihnya pada lelaki itu. Selepas bercerai, peritnya Nana bergelar janda muda. Bukan kehendaknya, sudah jodoh mereka setakat itu. Pertemuan dengan Wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, Rabu lalu, Nana menzahirkan perasaannya yang terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki bagi membesarkan anaknya.


SAYA sangat mencintai arwah dan rasa cinta itu akan terus menyala sampai bila-bila walaupun kini dia sudah tiada. Faizal cinta pertama saya. Mulanya kami bercerai 'hidup' dan kemudian kami bercerai 'mati' namun kasih sayang padanya tidak pernah padam. Dek kerana itulah payahnya hati ini untuk menerima lelaki lain sebagai penggantinya.

Belum pernah saya menyatakan rasa terpendam ini kepada sesiapa pun termasuklah kepada Faizal sendiri. Jika saya berkata begini ketika hayatnya ada, tentu kurang manis kerana dia sudah beristeri baru. Aneh bukan? Kalau saya mencintainya separuh mati, pasti ramai tertanya-tanya kenapa saya minta cerai dan di manakah cara mendapat kekuatan itu untuk berpisah dengannya untuk kembali hidup sendiri? Bukan senang menjadi janda pada usia muda apatah lagi ada anak. Memang saya mencintainya tetapi dia tak sayangkan saya lagi. Itulah katanya pada saya. Luluhnya hati ini. Lalu bagaimana saya dapat meneruskan hidup ini bersamanya andai kata langkah dihayun tidak sama rentaknya lagi? Saya sayangkan dia sedangkan kasihnya sudah tertumpah pada yang lain. Lalu saya rela lepaskannya pergi. Pergilah cari kebahagiaannya sendiri andai cintanya pada saya sudah terpadam. Sedihnya hati tetapi kami tidak lagi mampu berpura-pura bahagia depan orang lain. Apabila kita menyayangi seseorang pasti kita mahu lihat dia gembira dan bahagia. Jadi itulah yang saya buat, izinkan dia pergi memupuk cinta baru. Rumitnya hidup ini. Dia dah kata tak sayangkan saya tetapi cinta saya padanya tidak pernah berubah. Apabila berbicara soal hati, rasa bagai nak mati. Sekarang dia sudah benar-benar tiada di sisi buat selama-lamanya kerana Allah SWT lebih sayangkannya. Dia meninggalkan saya dengan tanda kenangan yang cukup abadi, iaitu anak Rayyan Nakhaie. Wajah Rayyan saling tidak tumpah seperti abahnya. Perangainya dan dia tidur berdengkur macam abahnya juga. Dia juga ada bakat berlakon macam Faizal. Saya tak tahu sejauh mana Rayyan mengerti situasi sekarang. Ada ketika dia macam faham yang abahnya dah tiada, pada masa lain pula dia menunggu kedatangan Faizal untuk membawanya keluar. Dia hantar jenazah abahnya sampai ke liang lahad. Hubungan saya dengan Faizal masih baik walaupun sudah bercerai dan saya juga rapat dengan keluarga mentua. Uniknya hidup ini, ketika suami isteri, kami macam anjing kucing. Apabila dah bercerai, boleh pula baik. Masa masih bersama, dia sibuk berlakon dan jarang di rumah. Segalanya saya buat sendiri, sampailah saya mengandungpun, saya uruskan semuanya. Jurang komunikasi juga membuatkan hubungan kami selalu tegang. Faizal seorang yang tegas dan menjadikan saya individu yang lebih baik. Setiap orang mesti ada kekurangan dan kelebihannya. Apapun, sejak berkahwin dengannya, saya sangat berdikari. Hikmahnya bila kami bercerai, meskipun berat, saya boleh hidup sendiri walaupun terasa pincang. Sekarang kalau ada hal, saya tinggalkan sekejap Rayyan di rumah bekas mentua saya. Bila dia ke rumah neneknya itu, dia akan tunjuk rumah abahnya yang tidak jauh dari situ dan hendak berjumpa dengan arwah. Agaknya dia rindukan arwah. Masa yang lain pula dia akan membacakan al-Fatihah untuk arwah dalam bahasanya yang pelat. Bila dia tengok kasut atau baju Nike, dia ingatkan abahnya kerana itulah jenama kesukaan arwah dulu. Saya ini lembut dan kalau Rayyan nakal, saya mati akal kerana tak sampai hati merotannya. Cara terbaik saya akan telefon Faizal, suruh dia marahkan anaknya. Walaupun sudah tidak berkongsi mimpi sama, kami membesarkan Rayyan bersama. Meskipun Faizal ada isteri baru, dia sangat mengambil berat mengenai Rayyan. Mereka selalu keluar berdua.


Saya masih ingat dan kenangan itu akan terus segar. Beberapa bulan sebelum Faizal meninggal, dia ada ajak saya keluar makan sekali dengan Rayyan dan saya terima pelawaan itu. Tetapi tak sempat kerana dia pergi dulu. Sekarang, saya menjaga Rayyan seorang diri. Waktu Faizal ada, Rayyan belum pandai bercakap. Kini dia petah berkata-kata dan kerenahnya juga semakin banyak. Semua perkara saya kena buat sendiri. Saya terpaksa kerja keras mencari rezeki membesarkan Rayyan. Saya juga masih menanggung keluarga di kampung (Sendayan, Negeri Sembilan). Kalau dalam masa sebulan tak ada show, memang pening. Saya akan berusaha mencari kerja sampingan lain termasuk menjual barangan kesihatan. Orang hendak kata apa, cakaplah. Asalkan ia rezeki halal. Membesarkan Rayyan dengan statusnya sebagai anak yatim juga menuntut kesabaran tinggi. Kalau salah didikan, saya juga yang akan dipersalahkan. Sebelum ini, saya bekerja makan gaji, ikut waktu pejabat dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Setahun saja bertahan.Selama 12 tahun saya menyanyi, bekerja di pejabat tidak serasi dengan jiwa. Sebab itulah saya berhenti dan menyanyi semula. Dugaannya, saya tiada pendapatan tetap tetapi bidang seni sudah jadi darah daging. Walaupun terpaksa beronak duri, saya teruskan juga. Sebagai janda muda, dugaannya besar. Tetapi saya bersyukur dengan adanya Rayyan, saya tahu batas pergaulan. Walaupun cinta saya pada Faizal tetap utuh tetapi sudah sampai masanya saya membina hidup baru. Saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi belum ada benar-benar berkenan di hati. Lelaki yang ingin menyunting selain dapat menerima saya seadanya, dia juga mestilah dapat menerima Rayyan seperti anaknya sendiri. Tetapi dalam zaman sekarang, adakah lagi lelaki yang ikhlas menerima tanggungjawab sebagai bapa segera? Kalau saya berkenan dengan anak teruna pula, mahukah keluarganya menerima janda sebagai menantu mereka? Segalanya berlegar dalam fikiran dan untuk itu, biarlah saya besarkan Rayyan dulu. Kalau ada jodoh, adalah dan moga Allah berikan pasangan hidup yang baik dan beriman. Kahwin kali pertama, rumah tangga saya runtuh dan tak mahulah ia berulang. Perkara itu menghantui saya kerana takkan saya berkahwin untuk bercerai sekali lagi. Saya juga sedih kerana ada menuduh saya perempuan sial kerana dua orang yang rapat dalam hidup saya, Achik Spin dan Faizal meninggal dalam jarak waktu yang agak rapat. Sampai hati mereka menuduh saya begitu dan hairannya masih ada lagi yang percaya mengenai nasib sial ini. Hanya setakat itu umur mereka dan apa saja yang berlaku, Allah SWT yang tentukan. Saya selalu doakan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh. Janganlah membuat tuduhan membuta tuli, ingatlah qada dan qadar Allah SWT.”


Article from My Metro Ahad....


Teruskan membaca post saya

Tuesday, June 7, 2011

^Birthday Aie Spin(my favorit artis)^

hye kawan-kawan yg awesome...
Hari nie(7.6.2011) birthday abg Aie Spin..Name sebenar ialah Wan Zuhairi..Abg nie dari group Spin..fuh dh 28 tahun x sangka dh semakin bertambah..Nonie minat sgt ngn group Spin sejak berumur 5 tahun...Ade sesiape birthday sambut hari nie??

For Aie Spin:Happy birthday abg aie..moga panjang umur,ceria slalu n dimurahkan rezeki..Cepat2 naik pelamin..huhu.May Allah bless u :)
Nonie dh bnyak kali wish birthday abg aie...x pe kn??

nie abg yg hensam...hehe

That's all for now.....

Teruskan membaca post saya

Sunday, April 17, 2011

♥Setahun Pemergian Arwah Achik Spin♥


Hye kawan-kawan yang awesome!
Hari nie Nonie tetap share this story walaupun dalam keadaan demam...Dh 3 hari Nonie demam..Kita tukar topic berkaitan this story...

Hari nie(17.4.2011)genap setahun pemergian arwah Achik Spin...Terasa cepat masa berlalu...Biarkan ia pergi...Kita yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan ini..Life must go on..Al fatihah....


note comes from abg AieSpin~please read :)

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan,peminat-peminat Spin atau lebih dikenali sebagai SPINIANS..Spt yang kita semua telah ketahui 17hb April 2010 merupakan satu tarikh yang akan terus diingati kerana pada tarikh tersebut lah penyanyi kesayangan kita semua iaiti Arwah Abdillah Murad ataupon popular dgn panggilan Achik Spin telah meninggalkan kita dan alam ini buat selama-lamanya.Esok genaplah setahun tarikh itu berlalu pergi dan terasa masa amat begitu pantas berjalan.


Dalam masa setahun selepas pemergian arwah,pelbagai ragam peminat,pelbagai kerenah pelbagai perkara telah berlaku dalam kehidupan saya,SPIN dan juga peminat semua. Dalam masa setahun ini telah terbukti yang peminat-peminat arwah masih menyokong lagu2 dan masih menyanyangi arwah walaupon dia telah pergi jauh.Lagu-lagunya sama ada secara duet atau bersama Spin tetap diingati oleh ribuan peminat.Mungkin takdir sudah tertulis inilah sebahagian drpd rezki arwah kerana pada masa yang sama peminat2 inilah yg sentiasa sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah..Dalam masa setahun ini juga ribuan peminat-peminat Spin telah berkenalan dengan aie dan juga sesama mereka melalui Facebbok aie dan secara x langsung telah berjaya mengeratkan sillaturrahim kita sesama Islam dan di sini juga akhirnya tertubuh satu group yg dipanggil SPINIANS...I still remember time tu wall aie sgt meriah sebab blh katakan everyday org akan comment berkenalan sesama sendiri kat wall tu.Secara peribadi,aie akui kehidupan aie ada sedikit berubah pada masa itu kerana baru aie tahu aie serta SPIN masih dikenali oleh segelintir peminat2 dan tetap disayangi oleh mereka2 ini walaupon ada yg mengutuk kami tidak popular,hati orang aie tau tak semua sukakan kita tapi sekurangnya aie ttp ada org kenal dr mrk2 yg hanya tau mengutuk itu.Tapi sama spt zaman2 kegemilangan Spin,semua tu hanya tinggal kenangan.Yang penting korang terus contact n x putus hubungan.


Dalam masa setahun lepas pemergian arwah achik,selama itulah juga kami kumpulan SPIN terus menyepikan diri dan tidak mempunyai sebarang album baru melainkan album kompilasi Kenangan Abadi Achik Spin..Masing2 terlalu sibuk dengan kerja dan hal peribadi serta terus terang kami tidak jumpa lagi dengan penyanyi yang betul2 layak untuk diletakkan sebagai pelontar suara SPIN.Kami tidak mahu main tangkap muat kerana ia bakal mendatangkan byk kesan pada kami dan tidak mahu menghancurkan harapan peminat semua,Bukan tidak ada orang2 yg offerkan diri nak join SPIN,mcm2 kerenah kami lihat,ada yang ke laut,ada yg sumbang mambang,ada yg beria2 claim diri diaorg suara spt arwah achik walhal bila dgr byk kali pon langsung tak serupa,ada yg sedap tp x bersesuaian dan yang paling kami tidak boleh terima nak join SPIN demi kepentingan diri sendiri just utk menumpang nama band utk naikkan diri sendiri.Tolonglah,arwah achik susah payah naikkan nama band ni dan bukan semudah itu kami nak berikan anda utk join kami.Mungkin agak kasar ayat itu tetapi itulah hakikat sebenar sebab kami tidak mahu membuat kesilapan merosakkan terus nama band ini. Itulah serba sedikit luahan hati dr aie setahun selepas pemergian sahabat saya dan juga penyanyi saya Arwah Achik Spin..


Kpd semua peminat-peminat SPIN,terima kasih banyak2 aie ucapkan atas sokongan anda semua pada arwah sepanjang hayatnya serta masih menyokong SPIN.Jikalau ditakdirkan satu hari nanti kami akan kembali dengan penyanyi baru serta semangat yang baru aie harap sokongan korang semua tak berbelah bahagi dan tidak membandingkan dengan arwah dan juga jikalau ditakdirkan SPIN ini bakal tinggal nama sahaja,terima kasih lagi sekali aie ucapkan kpd korang yg x jemu2 support kami dr awal lagi n hopefully lagu2 yg tinggal tu akan menjadi kenangan yg berharga dlm kehidupan anda.Akhir sekali,sama-samalah kita terus dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan arwah diampunkan segala dosa-dosanya serta roh arwah dicucuri rahmat,tenang,aman damai di alam sana. Al-Fatihah utk Arwah Abdillah Murad@Achik Spin.


-AIE SPIN-





















That's all for now...



Teruskan membaca post saya

Friday, April 23, 2010

^Terkejut Apabila Terdengar Kematian Achik Spin^

Slama sebulan aku x tulis blog.Bnyak cerita yg blum aku ceritakan.Seminggu berturut-turut aku sek cause ade sek ganti ari raya.Ari Ahad pulak aku ade drjah khas klau ade sek ganti.Pada 17 April 2010 kwn aku menyambut hari jadinya ke 13.Nama nya Nurul Adha.dan tarikh itulah artis kegemaranku,Abdillah Murad atau dikenali sebagai Achik Spin kembali ke rahmatullah.Al fatihah buat arwah Abdillah Murad Md. Shari ( Achik Spin) dan takziah buat keluarga arwah.




BIODATA ACHIK SPIN

NAMA SEBENAR:Abdillah Murad Md Shari
TARIKH LAHIR:1 Julai 1982
MENINGGAL DUNIA:17 April 2010
TEMPAT LAHIR: Negeri Sembilan
PROFESION: Penyanyi, pelakon
STATUS: Berkahwin
ISTERI: HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof(29 Tahun)
ANAK:Puteri Rania(meninggal dunia),Putri Nursafiyaa, 2 tahun dan Putri Nursumayya,1 tahun
FILEM: Diari Romeo,Prahara,Helah,Wad 04
Teruskan membaca post saya