Selalunya kat kampung mmg bosan giler!! Asyik tgk tv je..Pukul 9 mlm tadi,Nonie ingat nk tgk cite Nur Kasih The Movie tp sibuk bukak internet..Maklumlah tak boleh tinggal walau sehari kecuali ada terlibat ngn aktiviti sekolah..Kekadang Nonie bkak kt handset gak.
Tuesday, August 30, 2011
Raya!! Raya!! =)
Selalunya kat kampung mmg bosan giler!! Asyik tgk tv je..Pukul 9 mlm tadi,Nonie ingat nk tgk cite Nur Kasih The Movie tp sibuk bukak internet..Maklumlah tak boleh tinggal walau sehari kecuali ada terlibat ngn aktiviti sekolah..Kekadang Nonie bkak kt handset gak.
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri(Happy Eid Aidilfitri)
Assalamuaikum n hyee my followers...
Syawal akan menjelang tiba..Excited sgt!! Nonie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..Setiap tahun Nonie balik kampung.Kampung Nonie dekat Felda Chemplak Barat,Labis,Segamat..Tapi kt sane tak ada internet.So,Nonie rase bored sgt and terpaksa tinggalkan my sweet bloggie..Oh no!! Tak suka2 =(
OhWellWhatEverNeverMind:Hari nie Nonie nk kemas baju cause esk Nonie balik kampung..Balik kampung!! Woo,Balik kampung!! (nyanyi sekejap..huhu ^_^)
Monday, August 22, 2011
Happy Birthday,Shaheera!!
Hari nie,Hari jadi kawan Nonie kt Singapore.Dia tinggal kt Ang Mo Kio,Singapore..Siape bday dia pada hari nie??(angkt tangan!! haha).Name dia Shaheera but Nonie selalu panggil dia Sha..Kitaorg knal 1 group nama nya SpiananS..Sebelum puasa,kitaorg ada gaduh..nk tau?? Pasal ape lagi bola sepak la..Saje je kiteorg main gado2 kata..hehe =)
(sorry la Sha..Nonie stole ur pic.Never mind kn??)
P/s:Nonie nk minta maaf kt Sha kali ke sejuta(iye la tu..merepek je -_-) sebab curi gambar Sha semata-mata nk tulis entry nie..xpe kn??
Friday, August 19, 2011
~Orang Yang Mencintai Kamu~
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut, kamu akan menyesal melakukannya! ]
Sunday, August 14, 2011
Menyambut Kedatangan Perdana Menteri di FELDA Gugusan Adela
Hari nie(14.8.2011) ade berita gembira buat Nonie iaitu PM datang tempat Nonie iaitu di Masjid FELDA Gugusan Adela..X sangka nye PM boleh datang sini..Bukan senang nk jumpa PM kan?? First time PM yg ke 5,Dato' Seri Najib dtg ke Felda Gugusan Adela,Kota Tinggi,Johor..Bila dengar PM dtg je mmg excited sgt..Maklumlah first time..
Kt bawah,Nonie ade letak pic Menyambut Kedatangan PM..Sebelum PM dtg,Nonie posing first..hehe(I know u all do like this.Right??) :)
My friend,Shamimi...
Syazani n Aina..semangat nie
My friend n I...
Tugas Nonie ialah memegang bunga manggar..
PM dh sampai.. Kompang!!
Kenapa PM x nk pndang kiri??
Nonie ngah ambik pic nie..
hehe ;)
Dato Hisshamuddin pon ade.. :)
Jalur Gemilang..
Kereta PM..
Thursday, August 11, 2011
D'Masiv-Jangan Menyerah
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Back to: Reff 1
Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
Bridge:
Jangan menyerah (6x)
Back to: Reff 1 & Reff 2
Coda:
Dan tak kenal putus asa (2x)
Wednesday, August 10, 2011
Tutorial: Letak Ayat Di Bawah Post
1.Log in < Dashboard < Design
2. Tick Expand Widget Template
3. Korunk Tekan Ctrl + F dan cari kod ini
4. Kalo sudah jumpa , korunk copy kod kat bawah ni , and paste di bawah kod
5. Preview dulu oke :)
Tuesday, August 9, 2011
Teman Tapi Mesra
Dah nama pun teman tapi mesra, jangan pulak nak amek serius dengan semua tingkah laku si dia. Kadang-kadang sifat caring si dia tu boleh membuatkan kita jatuh cinta. Tapi selagi si dia tidak melakukan langkah seterusnya, jangan meletakkan apa-apa harapan. so, ta perlu larh risau yew kalau aku na berkawan dengan sesiapa =)
Dah standard zaman sekarang, pantang nampak rapat mesti nak gosip. Pernah jew terjadi. Jangan pulak sebab gosip tu, ia akan merosakkan persahabatan kite. believe that!
Teman tapi mesra kan? Bukannya pasangan kekasih. Si dia dan kita sendiri ada hak untuk berkawan dan keluar dengan sesiapa pun. Tidak boleh sama sekali untuk rasa cemburu kepada si dia, kerana dia bukan kekasih kita, tetapi teman setia. ingat tuh..=D
Walaupun sudah berteman, jangan pulak lupa untuk mencari pasangan lain. Jangan biar orang menyangka itu buah hati kita. Cukup sekadar teman tapi mesra.
Kalau kita memutuskan untuk tidak mahu berpasangan, haruslah seronok hidup single. Sebabnya takut kita mengharap yang amat sangat pada teman kita itu. Sebabnya dia sentiasa di sisi kita di kala susah atau senang, yang sedia mendengar cerita kita. Jangan pula terjatuh dalam jerat yang kita sendiri bina, takut merana. tips penting neyh!
Point paling penting. Jangan terlalu berharap. Ceh, padahal semua point pun cakap benda yang sama. Bukan apa, nanti kita jugak yang merana. Walau kita berusaha sekuat mane pun, kalau bukan jodoh, tak akan dapat. Macam tu jugak sebaliknya, kalau jodoh tak perlu dikejar, ia datang sendiri. Tetapi perlu mencari. ♥ (perigi ta patut cari timba) bhahahaha
Janji bererti memberikan harapan. Oleh itu, hindarilah dari berjanji kalau kita tahu itu tak mungkin terjadi. aku janji apew ekw dengan dia? janji tana tinggal dia. so, harap aku dapat patuhi janji tu. =)
Buat seperti biasa. Nama pun teman rapat, bukan kekasih. tapi orang selalu kata"kawan kew kalau mesra macam tuh?" agaknya aku niey sweet sangat kowt. sebab tu mesra. hihi
Apabila perasaan kita sudah tidak "normal" lagi, berterus-terang lah pada si dia dan bertanyakan perasaannya. Jika ternyata si dia biasa-biasa sahaja, mungkin itu menunjukkan teman tapi mesra mesti diakhiri. Kalau keduanya masih boleh mengawal keadaan, tidak salah untuk meneruskannya. Sama halnya kalau kita atau dia sudah beristeri atau bersuami, tak perlu lagi ada teman rapat. Kita juga tak mahu kalau pasangan kita punya teman seperti itu kan? hok niey paling penting. control diri tuh penting. kan kan? jangan orang tuh dah kahwin pun kita still na berkepit. =)
Sunday, August 7, 2011
Segmen Wanie:Doodle Free Raya
First time Nonie join Segmen nie dibuat oleh Wanie..
Syarat yg dia bagi sangat mudah..Nk join?? Senang je..
Click banner dia je..
c) Aksesori kat tangan doodle-biar bersesuaian dengan tema raya ye
(kalau taknak aksesori pun boleh)
4) Tinggalkan link entry yang dah siap dekat bahagian komen
Lirik Lagu Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Wednesday, August 3, 2011
10 Jawapan Daripada Khairul Fahmi
1. Keputusan Nekad Putus Tunang
“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
P/S:Kesian lak Nonie dengar cite KFCM a.k.a Apek..Nonie harap dia terus maju dlm dunia bola sepak kebangsaan..Tuhan berikan ujian ini pada kita kerana DIA mengetahui tahap kesabaran...
Tuesday, August 2, 2011
Mega Giveaway by Yana & Cik Putih
Nonie join Mega Giveaway by Yana & Cik Putih..Tiba2 Nonie nk sgt join GA nie sbb present die bg mmg best giler!! Bukan senang nk dapat present yg mmg best giler nie..Rugi sape x join GA nie..
Nk join??Kena patuhi syarat2 nie
- Follow Cik Yana DAN Cik Putih (picit je nama dia).
- Buat satu entry bertajuk "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
- Copy banner di atas & paste di dalam entry tersebut. Linkkan gambar tersebut kepada entry ni.
- Tag 3 rakan anda dan pastikan diorang tahu pasal GA ni.
- WAJIB tinggalkan link entry contest ANDA kat ruangan komen ENTRY SAYA YANG INI :)
- Contest ini akan berakhir pada 8 Ogos. ( Jika tarikh bertukar akan diumumkan )
- Kalau rajin like la fan page aku & cik yana sekali , tu pon kalau rajin la.tak paksa okeh.
- Copy senarai sponsor kat bawah dan letak dalam entry korang tu.
- Scarf Sweethoney
- Wirda Azurainie.
- Droplet House *semua peserta tlg LIKE di ALBUM ni*
- Lens Mania
- Ayu-Raudhah Shawlstore
- Nora Nabella
- Applepinkbow
- Syafeika Edora
- pixel mania
- Wan Hazel
- Momo Chan Collection
- NHL Colloection
- Kei Seinchi
- Sya Razali
- Aimi Craft
- Habibi Hamid
- Shawl Az
- Imann Abdul
- Aan Boutique
- KZ Nabihah Boutique
- Ciktiqz Adamaya
- Tri Fa
- Kittyshawls
Monday, August 1, 2011
1st Giveaway Hari Raya by Wati Coklat
1st Day in Ramadhan Fasting
Hari nie,hari pertama kita berpuasa di bulan yg mulia iaitu bulan Ramadhan..Nonie ingin mengucapkan Salam Ramadhan n bila waktu berbuka,selamat berbuka ya..Hari nie Nonie jd ustazah kjap untuk menerangkn pengertian puasa..Puasa ialah menahan mkn,minum n prkara yg boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertakn dgn niat..
Itulah pengertian puasa yg Nonie terangkn di atas..1st Puasa Nonie dh terbayang makanan ape yg dijual kt bazaar n mak Nonie masak ape...Dh x sabar rsenya(Hippie!!).Klau pergi bazaar,nafsu kena jaga..X jga nafsu mmg danger..Tkut membazir..
Mlm nnti kaum Adam dun forget pergi terawih..Remember that!!
Now,Mak Nonie dh masak??Mak masak ape agaknya..huhu ^^
Dapatkan Artikal Ini Dari Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.