[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut, kamu akan menyesal melakukannya! ]
Friday, August 19, 2011
~Orang Yang Mencintai Kamu~
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut, kamu akan menyesal melakukannya! ]
Friday, June 17, 2011
Beza Suka Dan Cinta
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
50 Tips Cara Memikat Lelaki
- Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Mengetahui bila hari lahirnya.
- Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
- Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Manja!
- Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
- Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
- Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
- Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
- Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
- Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
- Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
- Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
- Jangan bersikap terlalu kuno.
- Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
- Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
- Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
- Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
- Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Friday, April 8, 2011
Beza Suka Dan Cinta ( Cinta tak boleh di paksa ).

1- Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di hadapan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Sunday, January 9, 2011
BEZA CINTA, SAYANG, SUKA DAN MINAT
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
Thursday, December 3, 2009
13 Tanda Bila Kamu Jatuh Cinta
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.