Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata

Thursday, March 7, 2013

My New Year 2013

Salam and hey uolls..
Pada 4 March 2013, baru nak update etry about My New Year 2013. Sudah lama ku tinggalkan dunia blogger. Teringan nak update tapi penyakit 'M'. Bukan 'M' lah, tapi bo free time. Masuk Upper Secondary, Form 4 memang banyak kerja. SPM candidate 2014. Tak sangka lagi setahun lagi before tamat alam persekolahan ku.

Kenapa Nonie masuk Kelas Akaun ?
Sebenarnya, takde terlintas di fikiran Nonie nak ambik course akaun. I want to be a Geology Officer ( Pegawai Geologi ). Nonie dapat result PMR yang cemerlang. Tak dapat 8A but 2A5B1C. First, can't accept the reality but lama kelamaan sudah terima dengan redha dan hati terbuka. Gred yang belakang tuh dapat subjek Bahasa Inggeris. Taktau la dimana silapku. Gred yang excellent tuh dapat subjek Sejarah dan Geografi. My favourite subject :D Taksuka ungkit balik sebenarnya.

Adakah Nonie terpisah dengan Buddyz 3Bestari ?
Jawapannya : Yes. Sebab berpisah kawan kembar Nonie iaitu Athirah and Afiqah and also my more than friend, Anas. Sebab juga Buddyz 3Best banyak kenangan yg terindah ( the best memories). Dapat tahu Nonie masuk kelas lain, pun takdapat terima jugak. Sampai menangis dalam diam. Sebenarnya name yg kena masuk same kelas dengan aku ialah Zulaikha and Adha. 3orang termasuk aku.  Tapi Alif and Hilman nak masuk kelas aku. Hatiku gembira sekali ^_^

Kenapa Nonie jadi sedih balik ?
Sebab my buddyz pergi sekolah yang diorang dapat. Athirah & Zakiah pergi Kolej Tunku Kurshiah, sekolah kedua terbaik tuh at Negeri Sembilan. Nonie teringin pergi sekolah tuh tapi tak kesampaian. Hakim pergi SMS Muar, Afiqah pergi SMS Sembrong, Fatin pergi MRSM Muar, Anas, Alif, Faiz, Syafiq, Danial Haziq, Irsyad pergi SMTJB. Fiqiri pergi SMS Batu Pahat. Aku jealous dengan mereka sebab dapat pergi. Maybe rezeki aku di sini and ada hikmah nya :)

Sampai disini Nonie share this entry. Banyak lagi but busy sangat. Banyak homework. Bye.
Please be my followers at my blog. Thanks :)

Be more mature than before. I'm still be myself. Next week, 12.3.2013 have a first exam for my course. Pray for my success :)



Teruskan membaca post saya

Monday, March 4, 2013

15 Tips Hilangkan Jerawat

1. Jika anda inginkan kulit muka yang cantik, jangan sentuhnya!
Bunyinya kedengaran mudah, tetapi tahukah anda kajian mendapati manusia menyentuh mukanya sendiri berkali-kali dalam sehari dan majoriti daripada sentuhan adalah tanpa sedar? Antara sebab kita menyentuh muka kita adalah untuk menggaru, mengusap, mengelap peluh, memegang bibir atau hidung dan banyak lagi.
Mengapa? Tangan adalah anggota utama perhubungan kita dengan dunia di sekeliling kita. Malangnya dunia persekitaran kita tidaklah bersih. Peluh, daki dan minyak (yang membawa bersama mereka bakteria dan virus) tersebar melalui permukaan yang kita sentuh seharian seperti tombol pintu, pemegang sinki, alat tulis yang dikongsi dan banyak lagi.
Oleh kerana sentuhan pada kulit muka sendiri hampir mustahil untuk dielakkan, langkah terbaik adalah memastikan tangan dibasuh secara kerap sepanjang hari.
2. Basuh muka dua kali sehari
Luangkan sedikit masa dua kali dalam sehari untuk membasuh muka secara teliti kerana ia merupakan cara terbaik untuk menghilangkan kotoran dari wajah (dan menghalang jerawat dari bermula!).
Pastikan anda tidak keterlaluan dalam membasuh muka. Dua kali dalam sehari adalah memadai, sekali di pagi hari dan sekali di waktu petang. Gunakan kain yang bersih, air suam dan sabun atau pencuci muka.
Aktiviti-aktiviti ini dapat menghilangkan daki dan minyak yang berkumpul di muka anda, ditambah dengan asap rokok, pencemaran udara dan pelbagai ejen kotoran lain.
3. Keluarkan peluh
Cara berkesan untuk membantu mencantikkan muka anda – di samping fizikal, mental dan emosi – adalah dengan bersenam. Senaman selama setengah jam tiga hingga empat kali seminggu sudah mencukupi bagi mereka yang sibuk.
Tekanan atau stress menyebabkan kulit anda meningkatkan pengeluaran minyak, oleh itu sebarang aktiviti mengurangkan stress membantu menghalangnya dari berlaku.
Peluh yang keluar sewaktu bersenam juga membantu membersihkan liang-liang kulit anda, sekaligus memudahkan sel-sel kulit mati untuk keluar ke permukaan sekaligus mengurangkan risiko jerawat.


Teruskan membaca post saya

12 Perkara Penting Tentang Cinta!



Tentang Cinta

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Teruskan membaca post saya

Andainya Kaum Wanita Tahu..


kekasih hati
  

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah ALL BOYS!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini..
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan! :)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! :)
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi.
  • Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
  • Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! :)




Teruskan membaca post saya

Saturday, December 29, 2012

Cara Menghilangkan Jerawat Dalam 30 Hari (Secara Semulajadi)


Jerawat sememangnya masalah yang kerap berlaku dan sememangnya boleh menimbulkan rasa rimas, malu dan rendah diri bagi yang mengalaminya. Adalah mudah untuk menganggap bahawa masalah jerawat sukar dikawal dan dirawati.


Tahukah anda masalah jerawat biasa boleh diatasi dan dihilangkan secara semulajadi? Kadangkala tubuh badan anda hanya perlukan pengambilan nutrisi seimbang dan penjagaan kulit yang sempurna. Berikut disenaraikan cara mudah menghilangkan jerawat secara semulajadi. Dalam kebanyakan kes, kesan boleh dilihat seawal 4 minggu
Gunakan masker madu pada muka sekali atau dua kali seminggu
Madu mengandungi bahan anti-bakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Malah ianya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada pemilik kulit sensitif
Basuh muka dua kali sehari dengan sabun jerawat
Anda perlu membasuh muka anda dengan sabun berasaskan sulfur yang sesuai untuk rawatan jerawat. Basuh sekali ketika bangun tidur di waktu pagi dan sekali lagi sebelum masuk tidur di waktu malam. Pastikan anda membasuh muka anda dengan berhat-hati dan lembut, jangan sesekali menekan/genyeh atay menggunakan kain yang kasar untuk membasuh muka anda. Basuhan secara kasar sebaliknya boleh menyebabkan jerawat semakin merebak.
Jauhkan rambut anda dari muka
Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ianya tidak menutupi bahagian muka dan sentiasa terikat ke belakang. Ini adalah kerana rambut mengandungi minyak dan boleh membantu menambah kepada masalah jerawat. Selalulah basuh rambut anda setiap hari dan selepas melakukan aktivit lasak seperti bersenam
Ambil multivitamin
Jerawat merupakan penanda bahawa ada sesuatu yang kurang dalam nutrisi badan anda. Ini adalah kerana kulit bergantung kepada nutrisi. Jika kulit tidak mendapat nutrisi secukupnya, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kulit seperti jerawat, ruam, bintik hitam di samping melemahkan kemampuannya untuk menentang bakteria.
Makan lobak/minum jus lobak untuk vitamin A
Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Ia berupaya mengurangkan penghasilan sebum kulit berlebihan yang menjadi salah satu punca jerawat. Vitamin A turut berfungsi merawat dan menyelenggara tisu kulit di samping mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Vitamin A boleh didapati daripada lobak merah
Elakkan dari memakai alat solek
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, elakkan dari memakai alat solek. Ini adalah kerana produk solekan boleh menyumbang ke arah lebih banyak jerawat dan bintik hitam. Jika masih perlu memakai alat solek, cari yang berasaskan air.
Jangan picit jerawat dan bintik hitam
Biarpun geram, jangan picit, garu, gosok ataupun sentuh jerawat dan bintik hitam di muka anda. Tindakan ini boleh menambah penghasilan sebum. Malah dengan memicit jerawat, anda sebenarnya merosakkan membran di bawah kulit anda, menyebabkan berlaku jangkitan dan menyebarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak jerawat akan timbul!
Basuh sarung bantal anda secara kerap
Anda meletakkan muka anda kepada bantal setiap kali anda tidur. Sarung bantal anda akan menyerap minyak dari muka anda. Ditambah dengan daki dan kotoran, minyak ini akan kembali ke muka anda seterusnya menyebabkan jerawat semakin merebak. Basuh sarung bantal anda secara kerap

Teruskan membaca post saya

Sunday, November 4, 2012

咔嚓 Ka-Chiak With JumBo Photo Contest


Salam and hey readers !
Ada satu contest yang disertai oleh Kak Zedah, my sis in law.. Tukar emas yang baru. Pekerja Mega Jumbo tuh cakap, you mau join contest nie tak ? My sis fikir masak2 macam berbelah bagi sama ada nak or tak nak. Akhirnye, join jugak contest nie pada 21 October.


Ini Mega Jumbo yang ada at Kota Tinggi, Johor.


咔嚓 Ka-Chiak With JumBo Photo Contest
dan syarat2 nya 


Hadiah contest nie agak lumayan



Pic Nonie pun ada sekali :D

Cara2 nak LIKE pic nie ialah 

Please 'Like'






Senang dan mudah..




Teruskan membaca post saya

Monday, October 29, 2012

Madah Mutiara Erti Pengorbanan


Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.


Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.
Copy and paste : http://pakarcinta.com




Teruskan membaca post saya

Thursday, October 25, 2012

Aidiladha Coming Back !


Salam and hey readers !
Hari Khamis nie merupakan Hari Arafah pada 9 Zulhijrah. Jemaah haji di Mekah mesti pergi Wukuf di Arafah untuk mendapatkan haji yang sempurna. Hari Arafah jugak disunatkan berpuasa..




Nonie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. Hari raya haji tahun nie Nonie tak balik Segamat. Just stay at home only. Lagipun sebelah rumah ade buat korban lembu.


Sumber : Google

That's wishes for Today.. Cheer up kay ! =)







Teruskan membaca post saya

Monday, October 22, 2012

Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki






























Kan sering kita dengar, ada perkataan yang kalau perempuan cakap, so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10 Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki cakap dan makna tersiratnya…

(1) Ayat maut lelaki : 
Okeylah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

(2) 
 Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

(3)
 Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

(4)
 Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.

(5)
 Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.

(6)
 Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.

(7)
 Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.

(8)
 Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

(9)
 Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih

(10)
 Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..

*Copy n paste from http://penpatah.blogspot.com/







Teruskan membaca post saya

Novel Pencuri Cinta


Assalamuaikum and hye uolls !
Today, I'm back with my bloggie again. Selepas exam, I will update always. Demam datang kembali menyerang Nonie. Semalam, dalam keadaan demam nak pergi jalan2 at Jusco Tebrau City or dikenali sebagai Aeon. Dah lama tak beli novel. Sekarang ada mood nak baca novel. Mood : rajin dah datang. Yeah ! :)


Searching novel terbaru yang Nonie baca Yezz Magazine. Nama nye : PENCURI CINTA - Aini Effariza. Best jugak . Baru baca sedikit novel nie.

Ini sinopsis Pencuri Cinta

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafi z muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak. 



Ini pic novel terbaru di pasaran. 

So, belilah novel nie sekarang. Just nk promote .. hehe :)







Teruskan membaca post saya