Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: Review : Dilwale

Friday, January 15, 2016

Review : Dilwale

Assalamuaikum and hye uolls
Akhirnya, sempana tahun baru, bulan baru ini nak terfikir nak update blog ini. Selamat tahun baru walaupun dah terlambat and terlepas berapa hari. Okay, tarik nafas dan hembus. Nonie mula menaip entry ini pasal Review : Dilwale. Tahun lepas, Nonie ada update pasal Dilwale, Taksabar Nak Tengok. Rasa nye masa tuh ramai yang taktau kot. Movie tuh ditayangkan pada 18 December 2015. Memang tiptop MeleTOP tau. Filem paling MeleTOP. Trending Worldwide tau.

Pada 8Jan, Hari Jumaat. Hari cuti takde kelas. Mulalah girls day out. Nonie, Aina and tambah lagi sorang Maslinda. Mereka nie semua kawan ku sejak sekolah. Bukan senang nak keluar sama2. Kalau masing2 busy, memang payah lah.

Okay, kita sambung tajuk tadi. Nonie yakin demam Dilwale semakin merebak sampai sekarang. Lagi2 lagu Janam janam kan. Bila dapat tau movie ini bakal keluar, Nonie orang yang paling excited tapi agak lambat dapat tengok secara live di panggung wayang. Nonie peminat hindustan. Sejak kecik, dah diajar tengok Kuch Kuch Hota Hai. Shah Rukh Khan and Kajol memang hati rasa berkobar-kobar nak tengok.

Dilwale kali ini sangat lain. Taksama macam Dilwale Dulhania Le Jayenge yang dikeluarkan pada 1995. Nonie belum lahir lagi masa tuh. Dilwale ini mengisahkan cinta Gangster. Taksangka Kajol jadi watak gangster menjadi. Tambah2 lagi Kajol semakin cantik. Memang flawless and kurus.

Okay, teks dibawah Nonie ambik dekat Murai.com.my

Sebaliknya, ia adalah sebuah filem aksi mengenai hubungan akrab dan kasih sayang di antara abang dan adik bertunjangkan gangsterism yang memiliki babak-babak kereta drift ala The Fast & The Furious, peralatan kereta mewah yang dicuri dan dijual beli, letupan kereta, pertarungan di antara mafia, penyeludupan dadah, rampasan emas tetapi disulami dengan pelbagai elemen emosi, romantik serta komedi. 

Babak percintaan di antara Shah Rukh-Kajol hanya diselitkan kira-kira setengah jam selepas filem ini dimulakan dengan babak kereta drift oleh Varun Dhawan sebagai Veer iaitu adik kesayangan kepada Shah Rukh Khan (Raj / Kali). 

Rohit Shetty memang diketahui gemar menyelitkan babak kereta drift di dalam filemnya serta gemar menggunakan lokasi di Goa dan sekali lagi dia menggunakan elemen dan lokasi yang sama untuk Dilwale. 

Walaupun ada yang mengkritik Rohit Shetty tentang hal ini, namun bagi saya pemilihan Goa yang berlandskapkan pantai, laut serta tebing-tebingnya yang cerun dan curam sangat sesuai sekali untuk mewujudkan babak kereta drift cemas yang mampu membuatkan adrenalin anda tak henti naik turun untuk seketika. 

Cuma saya tertanya-tanya, adakah ukiran patung Jesus yang terletak di tebing dan genting curam itu benar-benar wujud di Goa? Pertanyaan ini wujud kerana saya tidak pernah tahu tentang ukiran patung Jesus sebegitu sama ada menerusi pembaca mahu pun melalui beberapa teman-teman yang pernah menetap di Goa. 

Dan apabila seseorang pengarah dilihat terlalu meniru babak dalam The Fast & The Furious, penonton akan mula mempertikaikan originality filem itu. 

Babak The Fast & The Furious itu diwujudkan kerana Veer seringkali ditugaskan abangnya Raj untuk melakukan test drive untuk kereta-kereta mewah yang sudah dibaikinya. Raj menjalankan bisnes bengkel membaiki kereta-kereta mewah ini di sebuah pekan yang mana lokasinya adalah Panaji, Goa. 

Panaji mahupun beberapa tempat di Goa memang dikenali dengan rumah-rumah serta kedai yang penuh warna-warni, namun rumah dan bengkel Raj yang begitu ketara nampak seperti baru saja dicat benar-benar menganggu penglihatan saya.  

Ketika sedang melakukan test drive bersama sahabatnya, Varun Sharma (Sidhu) dia terserempak dengan Kriti Sanon (Ishita) serta jatuh cinta. Dalam waktu yang sama, dia sanggup menghantar Ishita ke suatu tempat sehingga keretanya rosak kerana perlu sampai ke tempat itu dengan segera. Babak ini saya rasa tidak masuk akal tapi anda kena faham inilah yang tipikal tentang Bollywood. 

Perkenalan Veer dengan Ishita telah menyebabkan Veer terlibat dengan pergaduhan dengan geng penyeludupan dadah dan dalam diam-diam abangnya Raj, terpaksa campur tangan. Veer tidak tahu bahawa kisah silam Raj sebagai gangster yang bernama Kali. 

Ketika ini bermulalah flashback tentang penglibatan gansterism Kali di Bulgaria. Di sanalah dia bertemu Kajol (Meera Malik) dan mereka bercinta. Magis percintaan mereka tetap hebat dan Kajol dalam filem itu nampak begitu cantik sekali dengan outfit yang in serta trendy. Lebih-lebih lagi setelah dia kehilangan berat badan yang ketara. 

Tapi, andai kata flashback itu adalah 15 tahun yang dulu, outfit yang dipakai Kajol memang salah dan tidak kena pada latar masanya dan pada saat ini juga anda dapat melihat babak lagu Gerua yang dilakukan di Iceland. 

Ketika anda mula merasai magis cinta mereka, akhirnya berlaku twist di dalam cerita ini iaitu Kajol juga adalah gangster. Dia mahu membalas dendam terhadap Kali serta ayah Kali kerana merampas emas yang dicuri ayahnya, Veer Malik (Mafia yang sama hebat dengan bapa Kali). 

Banyak babak dalam filem ini yang kelihatan seperti Mission Impossible dan beberapa filem Hollywood lain yang dicedok dan diserap. Sebaik saja flashback berakhir, penonton di bawa ke dunia Raj semula.  

Pasti anda tertanya apakah yang berlaku kepada Kali dan Meera seterusnya? Adakah Meera akan muncul dalam dalam babak Dilwale ini? Bagaimana pula dengan Veer dan Ishita? Anda kena tonton! Tapi, biarlah saya beritahu anda bahawa Ishita sebenarnya adalah adik kepada Meera. Pasti, ia memberi anda harapan bahawa Meera akan kembali bertemu dengan Raj/Kali. 

Secara keseluruhan, Dilwale bagi saya adalah sebuah filem yang mungkin dihasilkan untuk memenuhi citarasa ramai golongan termasuklah peminat baru Shah Rukh. Namun, jalan cerita tidak begitu kukuh serta garapan Rohit Shetty yang berkecamuk tidak begitu solid itu yang menyebabkan filem ini dikritik hebat. 

Namun, atas nama Shah Rukh dan Kajol, saya percaya filem ini tetap akan mencapai kutipan yang hebat kerana peminat hanya mahu melihat Shah Rukh dan Kajol bersatu di layar perak semula. Yang lain-lain, akan jatuh di nombor dua. 

Tentang Dilwale 
Dilwale 
Arahan: Rohit Shetty
Lakon Layar: Yunus Sajawal
Dialog: Farhad & Sajid 
Muzik: Amar Mohile 
Pelakon: Shah Rukh Khan (Raj / Kali), Kriti Sanon (Ishita), Kajol (Meera Malik), Varun Dhawan (Veer), Kabir Bedi (Dev Malik), Boman Irani (King), Sanjay Mishra (Oscar Bhai)Johnny Lever (Money Bhai) Mukesh Tiwari (Shakti), Vinod Khanna (Randheer Bakshi) dan Varun Sharma (Sidhu) 
Produser: Gauri Khan 
Terbitan: Red Chillies Entertainment 

Betul jugak apa Murai buat review ini. Apa2 pun Dilwale ini Nonie bagi 10 bintang







Teruskan membaca post saya

No comments: