Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: Kini Kembali Menaip Blogger

Monday, November 30, 2015

Kini Kembali Menaip Blogger

Assalamuaikum and hye uolls
Rindu nak menaip blogger ini. Maklumlah sekarang ini busy nak fokuskan pelajaran di universiti. Nonie sekarang ambik Diploma Pengajian Perbankan. Alhamdulliah, ramai yang mendoakan Nonie supaya belajar banking. Sebenarnya, hati ini nak ambik Accounting tapi Nonie sedar yang Nonie tak mampu ambik course itu.

Bila teringat balik masa pra diploma yang lepas, rindu dengan classmate, akak2 roomate dulu. Mengenang kenangan silam. Masih terasa lain di hati sebab tiada diorang berada di sisi Nonie. Kita kena biasakan diri dengan benda baru. Barulah kita dapat teruskan hidup untuk mencapai matlamat dan cita-cita yang kita inginkan.

Second intake ini, ramai yang ambik Banking. Hampir semua wing aku ambik course tuh. Walaupun lain kelas, kita boleh share and study sama2.

Tiba2, tengah malam terasa nak update blog. Bak kata akak ipar, Nonie nak jadi keknis yang kedua. Sebab dulu keknis update blog masa dia study di uitm.. Hehe

Itu sajalah yang mampu aku update. Esok ada kelas. Kena tidur cepat and bangun awal.
Sekian.















Teruskan membaca post saya

No comments: