Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata

Friday, June 14, 2013

MIJ9 2013


Hye and salam readers..
Cuti sekolah dah habis, baru nak update blog. At fan page, sendiri cakanp "Blogging is my hobby. This is a part time when the school break ". Tapi sekarang dah lain pulak. Ikut mood nak update blog nie. It's okay, tetap nak teruskan entry nie jugak. 

My 1st week, aku menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka ke 9 atau dikenali sebagai 9th Malacca International Jamboree. Start from 25-30June 2013 at Kem Pengakap, Bukit Katil. Tapi Nonie
pergi 26 haribulan sebab 25 haribulanpakcik Nonie kahwin. Yang best pergi lambat nie, khemah semua dah pasang. Tinggal tidur and masa balik, bukak khemah saja. Sampai sana, Nonie nervous sangat. Ada malu sikit sebab budak2 lain standby nak beratur untuk perasmian. Dengan bawak beg besar and baldi. Memang malu giler ! 

Sekolah Nonie menyertai 13 orang saja. Perempuan pergi 7orang. Antara nya : Nonie, Nisa, Shima, Nazirah, Atirah Fitri, Huda and Sahira. Lelaki berapa orang eah. Cuba kira 13-7. Itulah budak lelaki yang pergi. Sikit kan. Tapi kontijen Johor, kontijen yang paling ramai. Sub-kem  Kota Tinggi semua nya 138 orang kalau taksilap lah.

Yeah ! Mybuddyz joined also. Antaranya : Faiz, Irsyad, Danial Haziq and my lovely MTF, Anas. Nonie berjanji dengan MTF Nonie nak pergi bersama. Akhirnya, lega dapat jumpa dengan diorang yang dah jadi budak Larkin and melepaskan rindu with my MTF. Berpandangan mata tuh. 

Moments yang Nonie takboleh lupa masa MIJ9 ialah jumpa budak Segamat yang suka memekak, dari siang sampai malam. Sebelum nak balik tuh, mereka nyanyi lagu menggunakan gitar. Terharu. Semua orang tengok tempat aku yang menjadi popular. Second, Nonie being friendly when each person waiting to enter the toilets. Antaranya : budak Melaka and kontijen lain. Lupa pulak nama budak tuh siapa. Macam2 yang aku bual. Eh, banyaklah moments yang best. 

Oh, lupa nak cakap. At sana, Nonie jumpa negara Indonesia only. Pramuka Indonesia. Pakai uniform warna coklat. Nonie ade bergambar satu budak perempuan. Name dia, Britney. Bukan 'Britney Spears' tau. 

Malam kebudayaan atau dikenali malam pengakap. Dah macam stadium and Iera pernah cakap macam parti liar. Wow, it was really awesome. Macam2 persembahan from kontijen2 lain. Kalau Nonie list, dah macam essay 3000 words. Tapi karangan takpernah buat sampai beribu-ribu. Kalau pernah, memang tabik hormat or tabik spring. Haha xD

Nak dapat lencana jamboree, mesti buat 8 aktiviti only. Nonie buat sampai apa yang arahan suruh lah. Antaranya : Lawatan is my feveret. Trekking, makanan & permainan tradisional, pameran, sahabat jamboree, macam kawad2 sikit, malam pengakap and tarian tradisional. "Tepuk2, pusing kanan, pusing kiri " Lodeh ala Mak Lodeh. Lodeh anak Pak Saleh. Itu yang best giler !

Nonie balik malam Rabu selepas malam kebudayaan pukul 2 pagi tuh. 2pagi tuh dah masuk hari Khamis. Mata dah mengantuk + tak larat nak menunggu bas. Yang tak bla, bila cikgu cakap aku tidur berdiri. Malu seyh. Nonie bukan tidur berdiri tapi mataku mengantuk. Eish, CR and CF nie. Kacau aku saja.

Mukadepan MIJ9

Nak pergi persiapan untuk kedatangan ke tempat kontijen Johor

We were 7girls. MIJ9

Conclusion : Jamboree is the best for all the scouts. Nonie get many information about scouts. Nonie nak sangat pergi for JIJ25. Hope get attend again. "Once Scouts, Forever Scouts". Salam Pengakap ! Johore Contingent, widen your power ! Kontigen Johor, Luaskan kuasamu. Lautan biru :)






Teruskan membaca post saya

Friday, May 24, 2013

Mid Year School Holidays

Salam and hey readers..
Baru sekarang Nonie nak update blog. Teringat blog Sweetaznida dah lama tak update. Malas sangat nak memikir cerita yang best and menaip. Awal cuti pertengahan tahun, pakcik aku kahwin pada 25.5.2013 di kampungku sendiri iaitu Felda Chemplak Barat, Labis, Segamat, Johor. Plan nak snap pics banyak2 sampai habis memory camera. Tapi sampai pun.. Haha xD

After, aku join Jambori pengakap at Melaka pada 25-30 May 2013. Hope jambaori yang paling best pada cuti nie. Tapi aku pergi 26 May. Senang kan. Aku datang je, khemah dah pasang and tak memeningkan kepala.. Haha :P

Lepas nie, plan nak bercuti mane2. Hope become a reality and dapat travelog jugak aku..

Okay, sampai di sini sahaja. Semoga kita berjumpa lagi :)








Teruskan membaca post saya

Thursday, March 7, 2013

My New Year 2013

Salam and hey uolls..
Pada 4 March 2013, baru nak update etry about My New Year 2013. Sudah lama ku tinggalkan dunia blogger. Teringan nak update tapi penyakit 'M'. Bukan 'M' lah, tapi bo free time. Masuk Upper Secondary, Form 4 memang banyak kerja. SPM candidate 2014. Tak sangka lagi setahun lagi before tamat alam persekolahan ku.

Kenapa Nonie masuk Kelas Akaun ?
Sebenarnya, takde terlintas di fikiran Nonie nak ambik course akaun. I want to be a Geology Officer ( Pegawai Geologi ). Nonie dapat result PMR yang cemerlang. Tak dapat 8A but 2A5B1C. First, can't accept the reality but lama kelamaan sudah terima dengan redha dan hati terbuka. Gred yang belakang tuh dapat subjek Bahasa Inggeris. Taktau la dimana silapku. Gred yang excellent tuh dapat subjek Sejarah dan Geografi. My favourite subject :D Taksuka ungkit balik sebenarnya.

Adakah Nonie terpisah dengan Buddyz 3Bestari ?
Jawapannya : Yes. Sebab berpisah kawan kembar Nonie iaitu Athirah and Afiqah and also my more than friend, Anas. Sebab juga Buddyz 3Best banyak kenangan yg terindah ( the best memories). Dapat tahu Nonie masuk kelas lain, pun takdapat terima jugak. Sampai menangis dalam diam. Sebenarnya name yg kena masuk same kelas dengan aku ialah Zulaikha and Adha. 3orang termasuk aku.  Tapi Alif and Hilman nak masuk kelas aku. Hatiku gembira sekali ^_^

Kenapa Nonie jadi sedih balik ?
Sebab my buddyz pergi sekolah yang diorang dapat. Athirah & Zakiah pergi Kolej Tunku Kurshiah, sekolah kedua terbaik tuh at Negeri Sembilan. Nonie teringin pergi sekolah tuh tapi tak kesampaian. Hakim pergi SMS Muar, Afiqah pergi SMS Sembrong, Fatin pergi MRSM Muar, Anas, Alif, Faiz, Syafiq, Danial Haziq, Irsyad pergi SMTJB. Fiqiri pergi SMS Batu Pahat. Aku jealous dengan mereka sebab dapat pergi. Maybe rezeki aku di sini and ada hikmah nya :)

Sampai disini Nonie share this entry. Banyak lagi but busy sangat. Banyak homework. Bye.
Please be my followers at my blog. Thanks :)

Be more mature than before. I'm still be myself. Next week, 12.3.2013 have a first exam for my course. Pray for my success :)



Teruskan membaca post saya

Monday, March 4, 2013

15 Tips Hilangkan Jerawat

1. Jika anda inginkan kulit muka yang cantik, jangan sentuhnya!
Bunyinya kedengaran mudah, tetapi tahukah anda kajian mendapati manusia menyentuh mukanya sendiri berkali-kali dalam sehari dan majoriti daripada sentuhan adalah tanpa sedar? Antara sebab kita menyentuh muka kita adalah untuk menggaru, mengusap, mengelap peluh, memegang bibir atau hidung dan banyak lagi.
Mengapa? Tangan adalah anggota utama perhubungan kita dengan dunia di sekeliling kita. Malangnya dunia persekitaran kita tidaklah bersih. Peluh, daki dan minyak (yang membawa bersama mereka bakteria dan virus) tersebar melalui permukaan yang kita sentuh seharian seperti tombol pintu, pemegang sinki, alat tulis yang dikongsi dan banyak lagi.
Oleh kerana sentuhan pada kulit muka sendiri hampir mustahil untuk dielakkan, langkah terbaik adalah memastikan tangan dibasuh secara kerap sepanjang hari.
2. Basuh muka dua kali sehari
Luangkan sedikit masa dua kali dalam sehari untuk membasuh muka secara teliti kerana ia merupakan cara terbaik untuk menghilangkan kotoran dari wajah (dan menghalang jerawat dari bermula!).
Pastikan anda tidak keterlaluan dalam membasuh muka. Dua kali dalam sehari adalah memadai, sekali di pagi hari dan sekali di waktu petang. Gunakan kain yang bersih, air suam dan sabun atau pencuci muka.
Aktiviti-aktiviti ini dapat menghilangkan daki dan minyak yang berkumpul di muka anda, ditambah dengan asap rokok, pencemaran udara dan pelbagai ejen kotoran lain.
3. Keluarkan peluh
Cara berkesan untuk membantu mencantikkan muka anda – di samping fizikal, mental dan emosi – adalah dengan bersenam. Senaman selama setengah jam tiga hingga empat kali seminggu sudah mencukupi bagi mereka yang sibuk.
Tekanan atau stress menyebabkan kulit anda meningkatkan pengeluaran minyak, oleh itu sebarang aktiviti mengurangkan stress membantu menghalangnya dari berlaku.
Peluh yang keluar sewaktu bersenam juga membantu membersihkan liang-liang kulit anda, sekaligus memudahkan sel-sel kulit mati untuk keluar ke permukaan sekaligus mengurangkan risiko jerawat.


Teruskan membaca post saya

12 Perkara Penting Tentang Cinta!



Tentang Cinta

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Teruskan membaca post saya

Andainya Kaum Wanita Tahu..


kekasih hati
  

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah ALL BOYS!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini..
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan! :)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! :)
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi.
  • Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
  • Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! :)




Teruskan membaca post saya

Saturday, December 29, 2012

Cara Menghilangkan Jerawat Dalam 30 Hari (Secara Semulajadi)


Jerawat sememangnya masalah yang kerap berlaku dan sememangnya boleh menimbulkan rasa rimas, malu dan rendah diri bagi yang mengalaminya. Adalah mudah untuk menganggap bahawa masalah jerawat sukar dikawal dan dirawati.


Tahukah anda masalah jerawat biasa boleh diatasi dan dihilangkan secara semulajadi? Kadangkala tubuh badan anda hanya perlukan pengambilan nutrisi seimbang dan penjagaan kulit yang sempurna. Berikut disenaraikan cara mudah menghilangkan jerawat secara semulajadi. Dalam kebanyakan kes, kesan boleh dilihat seawal 4 minggu
Gunakan masker madu pada muka sekali atau dua kali seminggu
Madu mengandungi bahan anti-bakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Malah ianya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada pemilik kulit sensitif
Basuh muka dua kali sehari dengan sabun jerawat
Anda perlu membasuh muka anda dengan sabun berasaskan sulfur yang sesuai untuk rawatan jerawat. Basuh sekali ketika bangun tidur di waktu pagi dan sekali lagi sebelum masuk tidur di waktu malam. Pastikan anda membasuh muka anda dengan berhat-hati dan lembut, jangan sesekali menekan/genyeh atay menggunakan kain yang kasar untuk membasuh muka anda. Basuhan secara kasar sebaliknya boleh menyebabkan jerawat semakin merebak.
Jauhkan rambut anda dari muka
Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ianya tidak menutupi bahagian muka dan sentiasa terikat ke belakang. Ini adalah kerana rambut mengandungi minyak dan boleh membantu menambah kepada masalah jerawat. Selalulah basuh rambut anda setiap hari dan selepas melakukan aktivit lasak seperti bersenam
Ambil multivitamin
Jerawat merupakan penanda bahawa ada sesuatu yang kurang dalam nutrisi badan anda. Ini adalah kerana kulit bergantung kepada nutrisi. Jika kulit tidak mendapat nutrisi secukupnya, ia menyumbang kepada berlakunya masalah kulit seperti jerawat, ruam, bintik hitam di samping melemahkan kemampuannya untuk menentang bakteria.
Makan lobak/minum jus lobak untuk vitamin A
Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Ia berupaya mengurangkan penghasilan sebum kulit berlebihan yang menjadi salah satu punca jerawat. Vitamin A turut berfungsi merawat dan menyelenggara tisu kulit di samping mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Vitamin A boleh didapati daripada lobak merah
Elakkan dari memakai alat solek
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, elakkan dari memakai alat solek. Ini adalah kerana produk solekan boleh menyumbang ke arah lebih banyak jerawat dan bintik hitam. Jika masih perlu memakai alat solek, cari yang berasaskan air.
Jangan picit jerawat dan bintik hitam
Biarpun geram, jangan picit, garu, gosok ataupun sentuh jerawat dan bintik hitam di muka anda. Tindakan ini boleh menambah penghasilan sebum. Malah dengan memicit jerawat, anda sebenarnya merosakkan membran di bawah kulit anda, menyebabkan berlaku jangkitan dan menyebarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak jerawat akan timbul!
Basuh sarung bantal anda secara kerap
Anda meletakkan muka anda kepada bantal setiap kali anda tidur. Sarung bantal anda akan menyerap minyak dari muka anda. Ditambah dengan daki dan kotoran, minyak ini akan kembali ke muka anda seterusnya menyebabkan jerawat semakin merebak. Basuh sarung bantal anda secara kerap

Teruskan membaca post saya

Sunday, November 4, 2012

咔嚓 Ka-Chiak With JumBo Photo Contest


Salam and hey readers !
Ada satu contest yang disertai oleh Kak Zedah, my sis in law.. Tukar emas yang baru. Pekerja Mega Jumbo tuh cakap, you mau join contest nie tak ? My sis fikir masak2 macam berbelah bagi sama ada nak or tak nak. Akhirnye, join jugak contest nie pada 21 October.


Ini Mega Jumbo yang ada at Kota Tinggi, Johor.


咔嚓 Ka-Chiak With JumBo Photo Contest
dan syarat2 nya 


Hadiah contest nie agak lumayan



Pic Nonie pun ada sekali :D

Cara2 nak LIKE pic nie ialah 

Please 'Like'






Senang dan mudah..




Teruskan membaca post saya

Monday, October 29, 2012

Madah Mutiara Erti Pengorbanan


Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.


Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.
Copy and paste : http://pakarcinta.com




Teruskan membaca post saya

Thursday, October 25, 2012

Aidiladha Coming Back !


Salam and hey readers !
Hari Khamis nie merupakan Hari Arafah pada 9 Zulhijrah. Jemaah haji di Mekah mesti pergi Wukuf di Arafah untuk mendapatkan haji yang sempurna. Hari Arafah jugak disunatkan berpuasa..




Nonie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. Hari raya haji tahun nie Nonie tak balik Segamat. Just stay at home only. Lagipun sebelah rumah ade buat korban lembu.


Sumber : Google

That's wishes for Today.. Cheer up kay ! =)







Teruskan membaca post saya