Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: 2017

Friday, December 29, 2017

Moments 2017


Assalamuaikum and hye uolls
Alhamdulliah hari ini menjadi jejari yang semakin runsing bila nak menaip pasal moments 2017. Tak sangka 2017 semakin hampir penghujungnya. Macam2 kenangan yang Nonie lalui sepanjang tahun ini. Dari bulan January sampai December. Terlampau banyak kenangan pada tahun tapi Nonie cuba pendekkan story.


Start January, bermula dengan azam kebangkitan aku untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang manusia yang berjaya. Tak banyak sangat kenangan yang dikongsikan pada bulan January . Cuma banyak gambar kenangan yang share di instagram nonie_aznida. Okay, habis story pada January.
Pasal February, Birthday Nonie Aznida yang ke 20 pada 23/2/2017. Takde celebrate pun or surprise pun takde. Duduk dekat uitm, siapkan video assignment subject Banking Operation. Menangis tau.. Hahaha. Bulan February pun tak banyak story sebab student life kan.
Bulan March, dipendekkan cerita study week and final exam pada semester yang lepas. Jalan2 cari makan dengan famili. Itu dah biasa. Segmen makan kan. Senang nak taip, bulan January sampai March tak banyak moment sangat sebab student life. Okay, habis. Hahaha



Bulan April, habis final exam dalam belas2 haribulan. Tak ingat date sebenarnya. Nonie habis final, terus pergi ke HSA. Yang ini, Nonie dah start sedih. Arwah atok sedara dah pergi buat selama-lamanya. Al fatihah untuk arwah atok saudara. Pada 23April, Nonie bercuti dengan my famili. Dekat Melaka je. Yang follow, 2 abang je. Sorang abang tak ikut sebab akak ipar masa tuh tengah sarat mengandung. Bermandi mandi dekat Gold Coast Malacca International Resort. Bila berjalan-jalan je mesti segmen makan2. Cakap pasal makan2 mesti bahagia sangat. Hahaha. Pada 29April, sorang kawan sekolah menengah kahwin. Congrats ye.



Bulan May sampai Ogos, cuti 5 bulan. Macam2 benda yang Nonie dah buat. Jadi bibik buat kerja rumah, jadi sukarelawan konvokesyen UITM Segamat, foodhunter, berjalan², BerMaryKay and semua lah. Jalan2 Terengganu dah 2 kali. Tak pernah sampai Terengganu jadi tahun ini dah jejak Terengganu. Masa raya, dugaan sakit datang. Masa puasa, capai berat badan 53kg. Sekarang, jangan cerita berat berapa sebab tengah bahagia and stress study mesti nak kunyah2. Okay, habis story 4 bulan cuti. 



Oh lupa nak cerita bulan May, Nonie start join FF masa tengah start puasa Ramadan. Bulan Ogos start join event FF Gathering Raya. Masa tuh Memang excited tapi nervous. Pasal FF Gathering Raya, semua dah share dalam blog ini.




Bulan September, start jadi student life. Bulan October ada kenangan pasal Lepak Bowling FF. Semua nya dah share. Buat hal pergi KL sorang. 1st time tau beranikan diri dari Segamat.. Hahaha. Bulan November, Nonie diuji dengan macam2 dugaan. Allah nak uji Nonie lagi. Hanya Tuhan yang Tahu. Dengan test, assignment, quiz, presentation and event HR masa tuh. Taknak update yang down2. Nanti Nonie tiba2 jadi down. 


Oh pasal 18/11/2017 Nonie belum share dekat sini. Nonie jumpa angah Fitri Haris. Yeahhh !! Happy sangat. Nonie minat sejak umur 5 tahun and berharap sangat suatu hari nanti dapat jumpa. Pada 18/11/2017 itu date 1st time jumpa. Masa tuh ada Santai Showcase Fitri Haris. SSFH. Alahai, rinduu sangat. Angah nyanyi depan mata. Hahaha. Tumpang tidur dekat rumah Eiqa. Thanks Eiqa and Thanks kak Miza jadi driver and Thanks semua layan perangai Nonie Aznida. Terpaksa short story sebab dah lupa jalan perjalanan Nonie ke Seremban and USIM. Weyh, 1st time masuk USIM. Hahaha.







Gambar pun terpaksa masuk sikit sebab pening nak pilih. Terlampau banyak gambar :'D


Bulan December, Kita berdinner DIBA night of freight and dinner KKC desa night. Dinner DIBA, Nonie pakai serba hitam. 1st time pakai all black. Dinner KKC pakai baju kebaya zaman dulu..







Bulan December ini, Nonie diuji dugaan sakit yang boleh jadi murung. Orang lain study, Nonie tidur sebab sakit yang terlampau sakit sampai rasa nak menangis homesick terlampau sangat. Ada test, tapi tengah sakit Nonie boleh jadi down. Hampir 2 bulan sejak bulan 10 hari tuh tak boleh balik rumah. Sebab tuh boleh jadi homesick. Tahun ini Nonie jadi happy go lucky. Ramai ingatkan Nonie Aznida apa impian yang ku ingin capai. Nasihat positive bila Nonie down tiba2.




Final exam start 1 January - 24 January 2018. Harap2 dipermudahkan segala urusan. Doakan yang baik2 and doakan kesihatan Nonie. Nonie nak happykan famili Nonie. Nonie juga ada impian yang besar. Nak capai sampai PHD. Nak belajar bidang professional iaitu ACCA. 


Setakat ini daripada Nonie Aznida.
Ringkas tapi boleh jadi kenangan.
Wassalam.














Teruskan membaca post saya

Thursday, October 19, 2017

Lepak Bowling Fitri's Family

Assalamuaikum and hye uolls
Alhamdulliah malam ini diberi kesempatan menjadi jejari runsing sebab dah start share story pasal Lepak Bowling Fitri's Family. Okay, tarik nafas hembus sebab akan melibatkan emosi yang tak stabil bila nak share pasal this post. Okay, Kita dimulakan dengan bismillah.


Bulan September, lepas cuti awal Muharram. Nonie decided to bank in dekat Kak Situt. Sebab date 15th October tuh adalah midsem break. Memang plan habis baik punya. Hahaha. Macam biasa keluar bandar beli tiket lah. Takut habis. Maklumlah tiket bus ke KL sangat limited. Tak macam tiket balik JB. Always ada je. Paling penting, aku tanya kakak2 free ke tak. Nonie pergi 13th tuh, hari Jumaat yang lepas pukul 4.30 petang. Masa betul2 cuti sem. Nonie nak rasa berjalan sorang. Kena jadi orang berani sikit walaupun ramai risau. Maklumlah mana pernah datang KL sorang2. Huhuhu. Nonie nekad tau. Bukan senang tau. Sampai KL, tak silap Nonie dalam pukul 8 lebih. Nasib baik ada ayong sekali. Rasa lega lah at least ada teman. Kitaorang tunggu Kak Dayah sampai muncul. Ambil kitaorang. Kitaorang tidur hotel selama 2 hari. Kenal lah perangai Nonie Aznida bila tidur bersama.. Hahaha


Hari sabtu, 14th. Nonie dapat berjalan2 dekat Nu Sentral. Dapat berjalan naik LRT. Belajar naik LRT. Maklumlah dekat JB, Nonie tau naik bus je. Mana ada naik LRT. Last naik LRT masa Nonie form 2 iaitu 14 tahun dengan famili. Masa tuh abang stay KL lagi.. Huhuhu. Sekarang dia tak stay KL.  Makcik Nonie pun tak stay Selangor walaupun dia ada rumah dekat sana. Sebab pakcik Nonie kerja Pahang. Tunggu dia pencen baru stay sana agaknya. Okay, sambung cita tadi. Ayong tak ikut pergi Nu sentral sebab nak jumpa kawan dia dekat Shah Alam. So, Nonie Aznida dengan kak Dayah dengan sorang lagi kawan kak Dayah pergi jalan2 sana. Berjalan2 dekat situ sampai puas. Dah puas, berjalan kena tunggu ayong kejap. Lepas tuh Sesi mencari barang yang ingin dibeli. Eh, betul kan. Seronok dapat berjimba dengan diaorang. Hahaha. Dalam perjalanan, tiba2 kena marah dengan seorang hamba Allah.. *Guna bahasa yang elok sikit.. Huhuhu. Memang takboleh move on. Lawak pun ada. Aduh, terbawa-bawa sampai dalam blog nie. Ingatkan lupa, rupanya muncul jugak. Haish.. :') Habis story untuk hari sabtu yang lepas.


Kenangan bersama mereka. Nida. Kak Dayah. Ayong



15 October 2017, Sunday.


Tak sabar nak share story pasal Lepak Bowling iaitu hari Ahad yang lepas, 15th. Tak sangka dah 3 hari berlalu. Sebab tuh Nonie kena update cepat2. Sementara tengah cuti sem sekarang ini memang boleh update. Hari ahad lah, last day berada di KL. Taksangka tau berakhir short vacation dari Segamat - KL. Saat yang ditunggu2 nak jumpa semua orang dalam FF. Yang paling best, dapat jumpa kak El admin FFZ. Kak El bukan senang nak jumpa. Orang jauh tau. Masa tuh memang tak sangka dapat jumpa. Selama nie tengok gambar je. Okay, before bowling start, kita berwafie talkie dulu. Ada second time jumpa. Ada first time jumpa. Ramai join lepak bowling. Ada yang main, ada yang datang tengok bagi support. Tengok list name memang ramai. Ada 30 orang. Sangat WOW tau. Yang main dalam 20 lebih. Insan2 nak sangat main bowling terutama Nonie memang nak sangat main selama 2 tahun tak main. Weyh, sangat lama tuh..


Masa tengah main tuh, tiba2 ada surprise birthday Kak El. Memang plan baik punya. "Happy birthday Kak EL. Yang takboleh blah, tiba2 tengok number 33.. Memang celebrate 3tahun terus eh. Baru perasan, kak El sebaya dengan my 3rd brother.. Hahaha.


Happy birthday Kak El bersama Rayyan. 


Macam biasa lah kalau dah lama tak main, memang ke longkang selalu. Lama2 jadi pro sikit. Sikit jela.. Hahaha. Main 2 game. Oh, lupa nak luahkan. Sebenarnya, Nonie ada tulis birthday wishes dekat kad untuk Kak El tapi lupa nak bawak sebab letak dekat beg makeup. Stokin pun terlupa nak bawak masuk beg lagi satu. Tak pasal2 kena keluarkan RM4.. Sangat sadis. Lain kali ingat, nak main bowling siap2 bawak stokin masuk dalam handbag. REMEMBER THAT :')


Sambil main tuh, memang selfie wefie semua lah.. Kenangan tuh. Berbual-bual dengan kak El. Best nya dan berbual-bual dengan orang lain. Sorry lah FFA & FFZ, kalau Nonie Aznida tak sempat nak bual dengan korang. Tapi sangat bersyukur sebab dapat jumpa face to face dengan korang.


My team bowling : Kak Iera, Kak Dayah, Munirah and Ameer. Seronok lah main dengan korang walaupun kita semua banyak ke longkang tapi yang paling hebat ialah Ameer lah.. Bukan biasa2 tau. Hahaha. Habis bowling rasanya pukul 3 lebih. Berkumpul bersama untuk makan minum dekat Food Court Times Square.


My team.


Nonie kena balik sebab beli tiket online pukul 5.30 petang. So, Nonie keluar dari TS tuh pukul 4.20. Tiba2 Nonie ternangis depan diorang. Masa tuh hati tisu betul. Nak tahan akhirnya terkeluar air mata kasih sayang. Masa tuh kak El suapkan kek coklat. Kek coklat tuh sedap sangat. Macam nak habiskan je sebab my feveret tuh. Tapi takboleh sebab rushing nak balik. So, bye2 korang.


Thanks Kak El sebab suapkan chocolate cake 
dengan penih kasih sayang 


Kak Dayah dengan kawan dia, Imi hantar Nonie Aznida sampai TBS. Itulah orang yang terakhir. Thanks kak Dayah dan Imi hantar sampai gate 19. Nonie pun naik bus sampai Segamat sebab semata-mata nak tengok Senior uitm konvo. Tidur rumah kak Atikah dekat Kampung Kuala Paya.




Sorry kalau ada kekurangan dalam share story dalam blog ini. Dah terlebih panjang tau. Selama ini pendek2 je. Kali ini terlebih panjang. Kenangan terindah haruslah kita berkongsi cerita bersama. Nida letak gambar sikit je. Takmampu nak letak semua. Banyak sangat.. Huhu


My Geng belang2.


Lepak Bowling Fitri's Family


Bila my phone rasa nak selfie...



Dengan kak Ana.

Sekian, terima kasih.
*Menaip dalam keadaan bersin + selsema. Siapa suruh langgar pantang makan :'(










Teruskan membaca post saya

Friday, September 8, 2017

Student Life Is Back

Assalamuaikum and hye uolls
Permulaan bulan 9 yang baik. Tak sangka weyh. Nak tau sebab apa ? Sebab nak jadi student Uitm. Cuti 5bulan dah habis. Esok petang balik ke Segamat. Tak sangka nyaaa. Kena tidur rumah atokmak dulu dekat Felda Chemplak Barat, Labis before balik uitm di hatiku..


Nonie nak share dekat sini cuti 5 bulan, macam² benda yang Nonie dah buat. Jadi bibik buat kerja rumah, jadi sukarelawan konvokesyen UITM Segamat, foodhunter, berjalan², BerMaryKay and semua lah. Tak sangka cuti Nonie tinggal beberapa hari lagi. Back to student life. Positive vibes only. Teruskan capai impian dalam pelajaran and kerjaya. Apapun, Nonie tetap terus bantu anda untuk mencantikkan muka anda.


Student life is back. Remember, my target mesti capai dengan sebaik-baiknya. Kena pencapaian yang terbaik untuk diriku, keluarga aku. Kisah silam yang mengajarku untuk terus bangkit. Bila teringat bila nak menangis. Nonie harap naik sem baru ini akan berjalan dengan lancar. Nonie taktau nak luahkan apa dekat sini. Yang penting, doakan yang baik. Husnuzon.





Setakat ini saja Nonie share. Insha Allah, ada masa ada idea nak menaip panjang kita bertemu lagi. 












Teruskan membaca post saya

Monday, August 28, 2017

FF Gathering Raya

Assalamuaikum and hye uolls
Tiba2 ada idea nak menaip post yang lepas. Pada 23 July 2017 hari Ahad bersamaan syawal yang nak dekat habis. Detik permulaan yang pertama bersama FitrisFamily Balqis. Kebetulan hari tuh kawan akak sedara ada wedding. Aku ambik kesempatan yang ada untuk membayar gathering cepat2 dekat Kak Sya. Serious, rasa happy bila dapat bayar and bermula menghitung hari nak berjumpa mereka semua. Excited sangat tau.


Nonie datang KL pada hari 23 tuh jugak. Pagi2 tau bertolak ke sana. Sharp pukul 8.15 pagi. 4 jam perjalanan ke KL tau. Masa dalam perjalanan tuh, buat story IG tag dekat angah. Dalam perjalanan tuh, sangat excited tapi berdebar-debar tangan sejuk betul.. Hahaha. Taksangka Nonie Aznida jadimacam tuh sekali. Sampai dalam pukul 12.12 tengah hari macam tulah. Sampai sana, nak call sebab taktau tempat nya kan. Terdetik nak call phone kak Hana masa tulah 1st time dengar kakhanalepastuh kak hana pass phone dekat kak dayah. Baru lah dapat jumpa tempat tuhh.



Bila dah sampai restoran tuh, 1st aku jumpa Kak yen tak silap aku lah sebab diaorang ambik air dekat luar. Macam tulah. Lepas tuh jumpa kak Muni, jumpa kak Bas, jumpa kak dayah and lain-lain. Disitu lah perkenalan kitaorang jumpa face to face. Selama nie bercakap dekat ws je. Macam dah lama kenal padahal tak pernah jumpa face to face. Datang2 terus makan. Maklumlah orang datang dari jauh kan. Wakil Johor satu satunya datang nak jumpa kakak2 kesayangan semua.



1st game, kita main whisper challenge. Selalu kita tengok artis buat challenge. Masa tuh diri sendiri dah challenge. Well done Nonie Aznida. Yang lain semua lambat nak teka apa orang bagi word. Nonie sangat kejap. Sebenarnya, Nonie ada sejarah sakit telinga tapi Nonie dapat dengar apa orang cakap. whisper challenge nie caranya buka lagu kuat2 dekat headphone or earphone and then teka lah. Bila tengok video2 diorang teka sangat lawak.. Kenangan tau. Itulah yang Nonie ingat.



Lepas solat Zohor, buat sesi taaruf. Selalunya kitaorang introduction dekat group ws or personal ws. Masa tuh, kita keluarkan suara yang tak pernah dengar selama ini.


"Selama ini, ku mencari-cari

empunya suara yang kita tak pernah dengar
Siapakah orang itu"


Eh, buat lagu pulak kita. Hahaha. Sambung story ini. Lepas dah sesi perkenalan, menunggu video call dari angah. Kesian angah tak tidur sebab semata-mata nak tengok kitaorang. Okay, cite seterusnya.
2nd game, tak ingat game apa. Nonie tak main pun. Nonie just relax and ada berapa orang pun tak main pun. Jadi geng pemerhati je. Hahaha. Memang nak ketawa bila ingat balik. Rindu sangat.
Okay, kita pendekkan story. Last game, apa barang yang ada dekat diri sendiri pastuh sambungkan tengok group mana yang paling panjang. Itulah menang.


Before nak balik, kita selfie dulu. One by one. Save as my memory. Rupanya ada jugak yang aku lupa selfie. Memang rasa ruginya masa tuh. Hahaha. Nak buat ucapkan terima kasih kepada kak dayah, alang, ateh and kak sya sebab diaorang berjaya buat satu event yang penuh bermakna. Penat diaorang cari tempat, tarikh and semua sebab nak semua berkumpul. Mereka nie memang terbaik lah.


Akhir kata, inilah post story pasal 23 July yang paling bermakna dalam hidupku. Memang short je. Sebab terdetik nak post sebab lagi 14hari nak balik uitm. Ambik masa lama selama sebulan lebih. Eh, dah sebulan lama kita. Tak sangka kan. Apapun, maaf salah silap Nonie Aznida dalam share post ini. Nonie Aznida rindu dengan korang. Harap2 next event kita dapat bertemu semula.


"Cinta telah menzahirkan sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji dengan perpisahan
Kini ditakdirkan bertemu semulaaa
Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
Hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja "




Sekian, Terima kasih
*Actually, menaip story nie sambil dengar lagu angah. Always support angah :)




Teruskan membaca post saya

Sunday, July 9, 2017

A Long Semester Break


Assalamuaikum and hye uolls
Akhirnya, Nonie dapat memunculkan blogger sweetaznida selama 6 bulan menyepikan diri dari blogger. Tahniah ye :'D Bila check balik, 2009 sampai 2017 mesti ada update walaupun dapat update sikit. Jadi lah dari tak jadi langsung. Macam dah tak pandai nak update blog sekarang.

Okay, sekarang Nonie tengah semester break dari pertengahan April lepas habis exam sampai bulan Ogos. Awal September, Nonie akan menjadi student life semula.. Hahaha. Nak share aktiviti sikit masa cuti yang sangat panjang.

Akhir bulan April, Nonie pergi bercuti dengan famili dekat Melaka. Semua adik beradik ikut kecuali abang ke 2 tak ikut sebab bini dia tengah sarat mengandung masa tuh. Rasa nak bercuti lagi. Agak2 dekat mane ? Maybe KL and Selangor. Insha Allah.

Bulan May, Nonie join sukarelawan istiadat konvokesyen UITM Johor ke 86. Tugas Nonie ialah pengurusan jubah. Memang best jaga jubah tapi penat masa sebelum konvo semua orang nak ambil jubah. Suka tengok orang dapat ANC. Target Nonie memang nak dapat ANC tapi takde rezeki. Takpe, Nonie cuba masa degree pulak. Insha Allah. Aminnn.

Bulan Jun, 2hari sebelum raya. Nonie join ESRS class. Alhamdulliah. Nonie akan cuba buat yang terbaik. Lepas tuh, kita raya. Raya sakan Nonie tahun ini tapi tak sakan sangat. Macam mana tuh. Hahaha. Akhir bulan lepas, raya ke 5 kita pergi na na na ganu kita. Pergi Terengganu lah. 1st time tau sampai ganu. Visit Terengganu 2017. Nak jejak lagi memang lambat lagi. Pantai Timur memang jarang jejak. Pahang pun dah jarang tapi pernah lah sampai.

Itu jela dapar share sikit. Selebihnya di Instagram saya : nonie_aznida.

Image result for semester break quotes














Teruskan membaca post saya

Friday, January 13, 2017

8 Tahun Blog Sweetaznida

Assalamuaikum and hye uolls
Lepas update entry tadi, tiba-tiba rasa nak throwback post entry yang lama. Dari 2009 sampai 2016. Dah 8tahun rupanya. Sepatutnya blog ini semakin maju and dikenali. Rupanya tidak :') Disebabkan kemalasan nak upgrade balik. Reviews pun tetap sama. Tak berubah sampai 100k.

Baca enrty lama, rasa kelakar pun ada. Maklumlah masa tuh, penaip nya budak kecik yang bernama Nonie Aznida. Ehh, aku lah tuh.. Hahaha. Cerita2 yang lama yang tak patut di update, dengan tulisan sms lagi dengan ejaan yang pelik. Haish. Itulah yang jadi kenangan selama 8 tahun ini. Yang betul2 rasa menyampah, memang terus DELETE. Menyemak dalam blog ini. Rasa upgrade template baru tapi aku macam samar2 nak edit balik.


Image result for blogger quotes tumblr


Akhir kata, dari saya. DO YOU EVEN STILL THINK ABOUT ME ? KNOW ABOUT MY BLOG. I'M STILL A BLOGGER walaupun kejap update kejap tidak. 


Wassalam.






Teruskan membaca post saya

My New Post 2017

Assalamuaikum and hye uolls.
Nonie dah lama tak buka blog Sweetaznida sejak bulan September 2016. Kini, cuba lah update entry baru walaupun takde idea nak menaip panjang2. Jejari runsing kata kan, Tahun lepas, banyak kenangan yang pernah lalui. Antaranya gembira sedih dan pahit manis. Apapun, kena teruskan kehidupan yang lebih baik untuk memajukan diri pada masa akan datang.




Bina piagam baru, azam baru pada 2017. Nonie minta maaf sekiranya tersilap kata and tingkah laku selama ini. Kali ini kena sentiasa ingat matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya, saya kurang bergaul, bercakap dengan korang. Sejuta maaf dari saya. Saya tetap kasar and feminin girl. Kali ini, nak gembirakan hati seluruh keluarga saya. Mereka mengharapkan Nonie berjaya sebab Nonie adalah seorang anak perempuan. 


Target nak capai ACCA and belajar sampai Phd. Insha Allah.


Setakat ini saja dari saya.
Apapun follow ig saya : nonie_aznida
Wassalam. 




Teruskan membaca post saya