Assalamuaikum and hey readers..
Nonie nak share 7 janji yang sering di ingat oleh para gadis.
Jom ketahui 7 janji yang sering di ingat oleh para gadis :
1) “Saya janji saya akan setia dengan awak!”
Gadis paling pegang dengan kata-kata ini. Bagi mereka, janji ini adalah kunci utama kebahagiaan hubungan antara kamu dan si dia.
2) “Janji kita sahabat selamanya”
Persahabatan adalah segalanya. Bagi gadis, kebahagiaan dalam persahabatan lebih penting daripada kebahagiaan dalam perhubungan. Jadi, para gadis akan cuba yang terbaik mempertahankan persahabatan mereka.
3) “I janji, i akan belikan you nanti!”
Bab-bab pemberiaan, gadis-gadis akan sentiasa ingat. Jika kamu pernah berjanji untuk dapatkan sesuatu semperna hari lahirnya baik kamu dapatkannya segera. Si dia berdiam diri bukan bermakna si dia lupa tetapi itu tandanya si dia sedang uji ingatan kamu secara diam. Jadi jangan hampakan si dia!
4) “okay, janji jumpa esok!”
Jangan sesekali batalkan janji untuk berjumpa dengannya. Percayalah si dia pasti akan merajuk selama seminggu dengan kamu. Jika tidak boleh terus terang sahaja padanya. Sekurang-kurangnya perasaan marahnya tidak selama kamu tipu dirinya.
5) “selagi awak bersama saya, saya janji akan lindungi awak”
Faktor utama seorang gadis jatuh cinta dengan kamu adalah kerana sifat kamu yang melindungi serta membuatkan si dia rasa selamat. Andai kata kamu mungkir janji, si dia pasti akan rasa tertipu dan jangan terkejut jika tiba-tiba si dia cuba menjauhkan diri.
6) “you perempuan terakhir yang i akan cinta”
Jika kamu tidak pasti jangan cuba ungkapkan ayat ini di hadapannya. Ini kerana, mereka akan pegang dengan kata-kata kamu. Jika tiba-tiba kamu ada pengantinya pasti si dia akan tidak keruan kerana si dia benar-benar percaya kata manis kamu!
7) “janji i tak tipu, i bahagia dengan you”
Bila berpisah, jangan guna ayat “i rasa i akan bahagia tanpa you”. Keadaan ini akan membuatkan si dia rasa keliru dengan kata sebenar kamu. Ini kerana, apabila kamu kata kamu memang bahagia dengannya si dia menganggap hubungan kamu berdua dalam keadaaan yang selesa.