Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: March 2013

Thursday, March 7, 2013

My New Year 2013

Salam and hey uolls..
Pada 4 March 2013, baru nak update etry about My New Year 2013. Sudah lama ku tinggalkan dunia blogger. Teringan nak update tapi penyakit 'M'. Bukan 'M' lah, tapi bo free time. Masuk Upper Secondary, Form 4 memang banyak kerja. SPM candidate 2014. Tak sangka lagi setahun lagi before tamat alam persekolahan ku.

Kenapa Nonie masuk Kelas Akaun ?
Sebenarnya, takde terlintas di fikiran Nonie nak ambik course akaun. I want to be a Geology Officer ( Pegawai Geologi ). Nonie dapat result PMR yang cemerlang. Tak dapat 8A but 2A5B1C. First, can't accept the reality but lama kelamaan sudah terima dengan redha dan hati terbuka. Gred yang belakang tuh dapat subjek Bahasa Inggeris. Taktau la dimana silapku. Gred yang excellent tuh dapat subjek Sejarah dan Geografi. My favourite subject :D Taksuka ungkit balik sebenarnya.

Adakah Nonie terpisah dengan Buddyz 3Bestari ?
Jawapannya : Yes. Sebab berpisah kawan kembar Nonie iaitu Athirah and Afiqah and also my more than friend, Anas. Sebab juga Buddyz 3Best banyak kenangan yg terindah ( the best memories). Dapat tahu Nonie masuk kelas lain, pun takdapat terima jugak. Sampai menangis dalam diam. Sebenarnya name yg kena masuk same kelas dengan aku ialah Zulaikha and Adha. 3orang termasuk aku.  Tapi Alif and Hilman nak masuk kelas aku. Hatiku gembira sekali ^_^

Kenapa Nonie jadi sedih balik ?
Sebab my buddyz pergi sekolah yang diorang dapat. Athirah & Zakiah pergi Kolej Tunku Kurshiah, sekolah kedua terbaik tuh at Negeri Sembilan. Nonie teringin pergi sekolah tuh tapi tak kesampaian. Hakim pergi SMS Muar, Afiqah pergi SMS Sembrong, Fatin pergi MRSM Muar, Anas, Alif, Faiz, Syafiq, Danial Haziq, Irsyad pergi SMTJB. Fiqiri pergi SMS Batu Pahat. Aku jealous dengan mereka sebab dapat pergi. Maybe rezeki aku di sini and ada hikmah nya :)

Sampai disini Nonie share this entry. Banyak lagi but busy sangat. Banyak homework. Bye.
Please be my followers at my blog. Thanks :)

Be more mature than before. I'm still be myself. Next week, 12.3.2013 have a first exam for my course. Pray for my success :)



Teruskan membaca post saya

Monday, March 4, 2013

15 Tips Hilangkan Jerawat

1. Jika anda inginkan kulit muka yang cantik, jangan sentuhnya!
Bunyinya kedengaran mudah, tetapi tahukah anda kajian mendapati manusia menyentuh mukanya sendiri berkali-kali dalam sehari dan majoriti daripada sentuhan adalah tanpa sedar? Antara sebab kita menyentuh muka kita adalah untuk menggaru, mengusap, mengelap peluh, memegang bibir atau hidung dan banyak lagi.
Mengapa? Tangan adalah anggota utama perhubungan kita dengan dunia di sekeliling kita. Malangnya dunia persekitaran kita tidaklah bersih. Peluh, daki dan minyak (yang membawa bersama mereka bakteria dan virus) tersebar melalui permukaan yang kita sentuh seharian seperti tombol pintu, pemegang sinki, alat tulis yang dikongsi dan banyak lagi.
Oleh kerana sentuhan pada kulit muka sendiri hampir mustahil untuk dielakkan, langkah terbaik adalah memastikan tangan dibasuh secara kerap sepanjang hari.
2. Basuh muka dua kali sehari
Luangkan sedikit masa dua kali dalam sehari untuk membasuh muka secara teliti kerana ia merupakan cara terbaik untuk menghilangkan kotoran dari wajah (dan menghalang jerawat dari bermula!).
Pastikan anda tidak keterlaluan dalam membasuh muka. Dua kali dalam sehari adalah memadai, sekali di pagi hari dan sekali di waktu petang. Gunakan kain yang bersih, air suam dan sabun atau pencuci muka.
Aktiviti-aktiviti ini dapat menghilangkan daki dan minyak yang berkumpul di muka anda, ditambah dengan asap rokok, pencemaran udara dan pelbagai ejen kotoran lain.
3. Keluarkan peluh
Cara berkesan untuk membantu mencantikkan muka anda – di samping fizikal, mental dan emosi – adalah dengan bersenam. Senaman selama setengah jam tiga hingga empat kali seminggu sudah mencukupi bagi mereka yang sibuk.
Tekanan atau stress menyebabkan kulit anda meningkatkan pengeluaran minyak, oleh itu sebarang aktiviti mengurangkan stress membantu menghalangnya dari berlaku.
Peluh yang keluar sewaktu bersenam juga membantu membersihkan liang-liang kulit anda, sekaligus memudahkan sel-sel kulit mati untuk keluar ke permukaan sekaligus mengurangkan risiko jerawat.


Teruskan membaca post saya

12 Perkara Penting Tentang Cinta!



Tentang Cinta

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Teruskan membaca post saya

Andainya Kaum Wanita Tahu..


kekasih hati
  

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah ALL BOYS!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini..
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan! :)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! :)
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi.
  • Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
  • Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! :)




Teruskan membaca post saya