Thanks for viewing my blog =)

Thursday, December 25, 2008

pelancongan malaysia(johor)

Johor

Gerbang Selatan

Johor adalah negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia, dengan kawasan pesisiran pantai tepi Selat Melaka di bahagian barat dan Laut China Selatan di timur. Ibu negerinya, Johor Bharu terletak di bahagian paling selatan.

Turut kelihatan dalam landskapnya yang luas ialah kawasan ladang nanas, getah, kelapa, kelapa sawit selain taman negara, perkampungan nelayan serta pusat peranginan tepian laut lima bintang.

Negeri ini berjaya mengekalkan sebahagian khazanah alam semulajadinya, dengan pantai bersih berbatu-batu, selain pulau yang memilik air jernih.

Tempat ini sesuai untuk menyelam dan juga perikanan laut dalam. Malah, negeri ini turut mempunyai beberapa hutan simpan yang diiktiraf antarabangsa. Pencinta alam semula jadi akan teruja dengan pengalaman yang diperolehi di Taman Negara Endau-Rompin yang terletak di sempadan Johor-Pahang.

Kawasan hutan hujan jenis dipterocarp yang belum diterokai ini turut dihuni oleh pelbagai haiwan yang dilindungi, termasuk badak sumbu Sumatra bertanduk dua.

Johor turut mempunyai padang golf dan pusat peranginan mewah terbaik di Malaysia.

___________________________________

Gunung Ledang

Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan dan para pelancong.

Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.

Apabila Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini.

Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.

Dari kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.

Tips
Di sini terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak.

Top
Pengangkutan
Bas atau Teksi
Bas untuk ke Gunung Ledang boleh dinaiki di Tangkak, sejauh kira-kira 16 km. Perkhidmatan teksi ke sini juga boleh didapati di Tangkak.

Kereta
Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Johor Bahru, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Johor (JOTIC) di talian 607-2242000.
Top
Penginapan
Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.
____________________________________

Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar

Istana Besar Johor ini mula dibina pada 1864 dan siap pada 1866. Ia dijadikan muzium pada 1982, dan merupakan salah satu bangunan tertua di Johor Bahru.

Istana Besar Johor juga merupakan tempat kediaman Sultan Johor ketika itu. Malah, Sultan Abu Bakar yang mengarah pembinaan istana ini mahukan ia dibina dengan pengaruh Renaissance.

Kebanyakan perabot di istana ini ditempah khas dari England dan baginda sendiri juga telah memantau pembinaan taman di istana.

Terdapat pelbagai koleksi unik keluarga DiRaja Johor ditempatkan di sini, termasuk hadiah-hadiah dari pembesar dunia, koleksi barangan perak serta pakaian. Ada juga koleksi gambar-gambar lama keluarga DiRaja bermula dari zaman Sultan Abu Bakar.

Hari ini, muzium ini digunakan untuk acara rasmi kerajaan negeri dan negara dan menjadi salah satu peninggalan sejarah yang sangat berharga bagi negeri Johor.

Tips
Waktu lawatan: Dibuka setiap hari, kecuali Jumaat. Mulai 9 pagi hingga 5 petang. Kaunter tiket ditutup pada 4 petang.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500 Johor Bahru. Johor. Tel: 07- 223 0555/ 07- 223 0222 Faks: 07- 224 8476
Top
Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan penginapan bagi para pengunjung ke bandaraya Johor.
___________________________________


Taman Negara Pulau Kukup Johor

Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia. Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor.

Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.

Suatu legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.

Pulau itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.

Hari ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.

Nikmati kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor!

Tips
Gunakan pakaian serta kasut yang selesa untuk berjalan. Bersedia juga untuk menaiki dan turun dari bot.

Top
Pengangkutan
Pengangkutan Awam
Perkhidmatan teksi biasa boleh didapati di antara stesyen bas Pontian, di pusat bandar, ke Kukup.

Kereta
Dari Johor Bahru, gunakan lebuh raya Jalan Skudai menuju ke Pontian/Pontian Kechil. Ikut papan tanda jalan ke Kukup.

Kereta
Dari Kuala Lumpur/ Utara, gunakan lebuh raya Utara-Selatan dan ambil susur keluar di tol Simpang Renggam (selepas Machap). Belok ke kiri menuju ke Pontian/Benut. Ikut papan tanda jalan ke Kukup.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Pulau Kukup Johor National Park, Lot 139, Mukim, Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor. Tel: 607 - 696 9355 Faks: 607- 696 9366
______________________________________

Ladang Burung Unta

Ladang ini diasaskan pada bulan Mac 2001 dan menawarkan lawatan berpandu yang menyeronokkan bagi pelawat melihat burung yang unik ini. Pelawat dapat mempelajari lebih dengan mendalam mengenai spesis burung yang tidak berupaya terbang ini, dan berpeluang memerhati burung ini pada jarak dekat.

Kanak-kanak dan juga orang dewasa pasti akan tertarik dengan lawatan berpandu serta peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai burung unta ini. Tahukan anda bahawa burung unta menghasilkan telur yang terbesar di dunia? Pada kebiasaannya telur ini seberat 1.5kg dan isipadunya sama seperti 24 biji telur ayam.

Burung unta bukan sahaja diternak untuk hasil telurnya, bahkan ianya juga diternak untuk hasil daging, bulu burung unta, serta kulitnya yang diguna untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan kulit.

Burung unta berasal dari Afrika dan kini boleh dijumpai di berbagai negara di serata dunia.

Tips
Ladang ini dibuka untuk lawatan dari hari Isnin hingga Ahad; 10 pagi hingga 6 petang. Lawati laman web
Talian Untuk Dihubungi
Ladang Burung Unta, EMR 15 Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor Tel / Faks: 07-8265846 Res: 07-8263536
_______________________________________
Pulau Sibu

Pulau Sibu merupakan sebuah destinasi terasing yang menawan dengan tumbuhan subur menghijau, pantai keemasan yang bersih serta air laut yang jernih membiru. Terdapat juga gua-gua yang diukir ombak laut. Pukulan ombak tanpa henti membentuk mukabumi pinggiran pantai yang kasar namun mempesona.

Laut di sekeliling Pulau Sibu mengandungi terumbu batu karang yang dipenuhi hidupan laut yang berwarna-warni. Tidak jauh dari pantai Pulau Sibu juga terdapat beberapa tapak kapal karam. Pada zaman dahulu, tongkang-tongkang Cina dan kapal lanun kerap bertembung di perairan ini, dan peninggalan pertembungan ini terdapat di merata dasar laut di sini.

Kemudahan dan kelengkapan untuk aktiviti-aktiviti menyelam, snorkel, papan layar, kapal layar dan memancing tersedia di sini. Pelancong boleh mengembara merentas hutan menuju ke hutan paya bakau atau melawat kelong ikan dan jeti di mana ikan bilis ditangkap. Pelancong juga boleh melawat ke kampung untuk melihat sendiri bagaimana buah kelapa dipetik dan dikeringkan untuk dijadikan kopra.

Tips
Jika anda membawa anak-anak atau sekiranya anda bukan perenang yang bagus, anda disarankan supaya menghadkan aktiviti anda di pantai barat pulau ini di mana air laut lebih tenang dan tidak terdedah kepada Laut Cina Selatan.

Top
Pengangkutan
Jalan Darat dan Laut
Untuk ke Pulau Sibu, anda boleh menaiki bot dari jeti Tanjung Leman di selatan Mersing. Dari pekan Mersing, hala ke selatan melalui lebuhraya Mersing - Kota Tinggi (Lebuhraya 3) sejauh kira-kira 44 km dan belok ke kiri. Jalanraya tersebut akan melewati kawasan ladang kelapa sawit dan agak sempit dan berbelok-belok di sesetengah tempat. Dari Johor Bahru, hala ke pekan Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi, tuju ke utara menggunakan jalanraya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3) sejauh 48 km dan belok ke kanan di persimpangan yang sama seperti di atas. Pulau Sibu terletak sejauh 20 minit perjalanan bot dari jeti Tanjung Leman.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Sibu, sila hubungi Pusat Penerangan Taman Laut Johor di talian 607-7991161 atau Pusat Penerangan Pelancongan Mersing di talian 607-7995212.
Top
Penginapan
Kemudahan penginapan di pulau ini terdiri dari calet mewah yang lengkap hingga pondok asas. Terdapat juga restoran-restoran yang menyajikan hidangan Asia dan Barat.
______________________________________
Dusun Buah Desaru

Dusun Buah Desaru dipenuhi pelbagai jenis pokok buah-buahan tropika seperti belimbing, nangka, durian belanda, limau madu, durian dan lain-lain. Kawasan dusun yang ditanami dengan pokok buah-buahan ini seluas 160 ekar.

Dusun Buah Desaru juga mempunyai sebuah zoo mini, kolam ikan dan berbagai jenis tarikan yang lain!

Cubalah menaiki kereta lembu, meneroka dusun buah yang luas atau bermalam sehari dua di dusun ini menerusi pakej-pakej lawatan yang ditawarkan.

Dusun ini juga telah menerima beberapa anugerah peringkat kebangsaan daripada Kementerian Pertanian, termasuk Anugerah Khas Pertanian, Hotrikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) bagi kategori Agro-Tourism pada tahun 2006.

Silalah berkunjung ke sini dan sertailah lawatan berpandu pendidikan agro. Terokai dusun ini dan nikmati berbagai jenis buah-buahan yang ada. Pelawat juga boleh membeli dan membawa pulang buah-buahan tersebut untuk dinikmati di rumah.

Tips
http://www.desaruff.com

Top
Pengangkutan
Kereta atau Teksi
Untuk ke Dusun Buah Desaru, tuju ke arah Kota Tinggi. Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya utama Johor Bahru-Kota Tinggi (45km). Dari pekan Mersing, gunakan jalan raya utama Mersing-Kota Tinggi; dari lebuhraya utara-selatan, ambil susur keluar di persimpangan Pasir Gudang atau Kulai, dan dari Kota Tinggi anda hanya perlu memandu sejauh 39km lagi untuk sampai ke Dusun Buah Desaru.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Dusun Buah Desaru, No. 1 Sungai Cemaran, Desaru, 81900 Kota Tinggi Tel : 607-822 3886 / 2886 Faks : 607-822 4886
____________________________________
Kota Johor Lama

Kota Johor Lama pernah menjadi kubu kuat kerajaan Johor Lama. Ia juga pernah menjadi medan perang antara penduduk Melayu setempat dan pihak penjajah ketika itu.

Kota ini sebenarnya dibina pada 1540, sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini adalah benteng pertahanan terbaik di sepanjang Sungai Johor.

Setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Sungai Johor menjadi pusat pemerintahan dan kubu pertahanan untuk menghadapi musuh Portugis di Melaka.

Persekitaran semulajadi kubu ini menjadikan ia tempat strategik untuk mengawasi pergerakan keluar masuk kapal, terutamanya menangani ancaman dari kuasa Aceh dan Portugis ketika itu.

Pada 1587, kubu itu jatuh ke tangan pihak Portugis. Kubu ini akhirnya terbakar dan semua harta benda termasuk senjata api diambil.

Tips
Jika anda menggunakan bas, kenderaan itu akan berhenti di persimpangan jalan dan anda harus berjalan beberapa ratus meter untuk ke pusat maklumat Kota Johor Lama.

Top
Pengangkutan
Kereta
Kota Johor Lama kira-kira 27km dari bandar Kota Tinggi di Teluk Sengat. Johor Lama dihubungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) melalui persimpangan Kulai (Pertukaran 252), kemudian ke jalan lama Johor Bahru-Kota Tinggi (lebuh raya 94 dan 3) dan seterusnya ke Desaru (lebuh raya 92). Laluan ini 77 km dari lebuh raya NSE.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Tourism Malaysia Johor, L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor. Telefon: +607-222 3590 / 3591 Faks: +607-223 5502
Top
Penginapan
Terdapat beberapa pilihan penginapan untuk pengunjung ke sini di kawasan berdekatan, iaitu Desaru.

____________________________________

Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.

Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai.

Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu.

Tips
Taman ini terletak di hujung benua Asia yang paling ke selatan.

Top
Pengangkutan
Teksi
Tanjung Piai terletak kira-kira 75 km dari Johor Bahru. Pada masa ini tiada perkhidmatan bas ekspress disediakan untuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Perkhidmatan teksi boleh didapati dari stesen bas Pontian di pusat bandar untuk sampai ke Sungai Belukang iaitu pintu masuk ke Tanjung Piai. Pastikan anda menempah perjalanan kembali ke pusat bandar dari Tanjung Piai dengan pemandu teksi tersebut.

Kereta
Dari Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman web : http://www.johorparks.com
Top
Penginapan
Taman ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.
_______________________________________
Kelip-kelip di Sungai Lebam

Memerhati kelip-kelip merupakan salah satu aktiviti utama di kawasan Perlindungan Sungai Lebam. Kagumi keindahan gemerlapan kelip-kelip yang mempesonakan di sini!

Ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya berhampiran pohon-pohon Berembang. Serangga ini tidak merbahaya sama sekali dan pengalaman melihat kelip-kelip ini buat pertama kali pasti tidak dapat dilupakan!

Berkunjunglah ke Sungai Lebam dan saksikan sendiri keindahan kelip-kelip di sini.

Tips
Pastikan anda berdiam diri ketika memerhati kelip-kelip di sini dan anda pasti dapat mengagumi keindahan pemandangan ini!

Top
Pengangkutan
Kereta
Kawasan ini terletak kira-kira 91km dari Johor Bahru

Top
Talian Untuk Dihubungi
Pelancongan Malaysia Johor, L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor Tel : +607-222 3590 / 3591 Faks :

_______________________________________
Taman Negara Endau - Rompin

Taman Negara Endau-Rompin merangkumi kawasan seluas lebih kurang 80,000 hektar yang mengandungi kekayaan tumbuhan dan haiwan eksotik termasuk kawasan takungan air Sungai Endau dan Sungai Rompin di mana taman negara ini mendapat namanya melalui nama kedua-dua sungai ini. Pintu masuk ke taman negara ini melalui sebuah perkampungan Orang Asli.

Walaupun telah banyak dipengaruhi dunia moden, penduduk di perkampungan ini masih lagi mengamalkan cara hidup lama seperti berburu dan mengumpul makanan di hutan. Mereka juga mempunyai pelbagai cerita dan legenda berkenaan hutan ini yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi.

Anda boleh berkhemah, meneroka hutan, menaiki sampan, menyusur jeram, meneroka gua, mendaki gunung, memerhati burung dan berenang di dalam taman negara yang menakjubkan ini. Taman Negara ini mempunyai spesis burung, haiwan mamalia, katak, serangga dan pelbagai jenis bunga orkid yang eksotik, tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat dan pelbagai jenis pokok.

Malahan, setiap kali kumpulan kajiselidik sains pergi menjalankan ekspedisi ke Endau-Rompin, mereka pasti menemui spesis yang baru!Dalam usianya yang lebih dari 130 juta tahun, hutan ini mengandungi tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui yang kebanyakannya tidak terdapat di kawasan tropika yang lain.

Antara spesis yang paling utama ialah Badak Sumbu Sumatera (Sumatran Rhinoceros). Penerokaan ke dalam hutan ini membolehkan pelawat melihat lotong, monyet, ungka, gajah, rusa, tapir dan kadang-kala harimau bintang. Pelawat yang gemar mengembara dan meneroka hutan dan sungai terdapat beberapa buah jeram dan air terjun di sini.

Bagi melindungi taman negara ini dari sebarang pencemaran, hanya tempat-tempat tertentu dibuka kepada pelawat untuk tujuan aktiviti eko-pelancongan. Pelawat perlu mendapatkan permit dari Johor National Park Corporation sebelum dibenarkan masuk ke dalam taman negara ini.

Permit kebenaran masuk juga boleh diperolehi dari Pejabat Daerah yang terletak di sebelah Ibupejabat Polis Daerah di Kuala Rompin sebelum sampai di simpang FELDA Selendang dari Pantai Lanjut. Sebaik sahaja memasuki kawasan taman negara, pelawat akan diiringi renjer hutan pada setiap masa bagi memastikan keselamatan pelawat.

Tips
Taman negara ini ditutup semasa musim hujan (November hingga Mac). Sila teliti syarat dan peraturan taman negara sebelum masuk ke dalam hutan.

Top
Pengangkutan
Kereta
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru menerusi Lebuhraya Utara-Selatan. Sampai di Kluang, ambil susur keluar menuju ke pekan Kahang. Di sini, kenderaan pacuan empat roda akan membawa anda menerusi trek sejauh 56km ke Kampung Peta yang merupakan pintu masuk ke Taman Negara ini.

Bot
Pelawat juga boleh mengunjungi taman negara ini dengan menggunakan bot menerusi Sungai Endau dimana perjalanan ini akan memakan masa selama tiga jam bermula dari Felda Nitar II. Terdapat kemudahan perkhemahan untuk 300 orang pelawat pada satu-satu masa. Kemudahan ini terletak di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : National Parks (Johor) Corporation. JKR 475, Bukit Timbalan, Johor, Malaysia. Tel : 07 223 7471.Faks : 07 223 1033
Top
Penginapan
Kawasan perkhemahan atau asrama merupakan satu-satunya pilihan tempat penginapan di sini.

_______________________________________
Pantai Desaru

Pantai yang sepanjang 25 kilometer ini amat bersih dan indah dibarisi pepohon ru. Pelawat boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan seperti memancing ikan, menaiki bot, berenang, berjalan-jalan, serta bermacam-macam aktiviti luar yang lain.

Ambillah peluang untuk bersantai atau menikmati kehangatan sinar matahari di tepi pantai, sambil dibuai bunyi deruan ombak dan bayu laut.

Anda boleh memilih tempat bermalam di salah satu daripada hotel, resort atau chalet yang berbagai jenis di kawasan ini.

Tips
Sila teliti maklumat musim hujan di kawasan ini yang lazimnya bermula dari bulan November hingga Mac, sebelum merancang aktiviti anda.

Top
Pengangkutan
Kereta
Dari Johor Bahru, gunakan jalan raya utama Johor Bahru – Kota Tinggi (45km). Dari pekan Mersing, gunakan jalan raya utama Mersing – Kota Tinggi. Dari Lebuhraya Utara Selatan, ambil susur keluar di persimpangan Pasir Gudang (Exit 256). Pekan Kota Tinggi terletak sejauh 57km dari Desaru.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Pelancongan Malaysia Johor, L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor Tel: +607-222 3590 / 3591 Faks

_______________________________________

Pulau Aur

Pulau Aur, seperti Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang yang terletak di Taman Laut Johor berhampiran Mersing terkenal sebagai salah sebuah destinasi menyelam skuba yang terunggul. Kawasan laut yang lebih dalam di sekitar pulau ini menjanjikan jarak penglihatan bawah laut yang jelas serta pelbagai jenis spesis hidupan laut yang mempesona yang dapat menarik ramai pelancong dan penyelam di hujung minggu.

Keadaan hidupan laut yang sihat dan pelbagai di sini juga menarik minat pemancing ikan yang berharap dapat menangkap spesis ikan besar seperti ikan mersuji atau ikan layaran di luar kawasan Taman Laut yang terlindung. Banyak kapal-kapal layar bersauh di perairan laut tenang antara Pulau Aur dan Pulau Dayang.

Terumbu karang utama terletak di sebelah selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian teratas terumbu di sini terletak di kedalaman lebih kurang 12 meter dan melandai ke bawah sedalam lebih 25 meter membuatkan lokasi ini amat menarik untuk diselam.

Tips
Sekiranya anda merancang untuk pergi menyelam di sini, anda boleh mengambil kesempatan pakej percutian yang merangkumi penginapan, makanan dan aktiviti menyelam skuba yang ditawarkan oleh pengendali tempat penginapan di pulau ini.

Top
Pengangkutan
Jalan Darat
Dari kesibukan pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalanraya Johor Bahru - Kota Tinggi hingga sampai ke jalanraya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan pandu terus menghala ke Kluang melalui Jalanraya Kluang-Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalanraya Kota Tinggi-Mersing menghala ke Mersing. Ikuti arahan papan-papan tanda yang menunjukkan jalan untuk ke Jeti Mersing.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Johor Bahru, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Johor (JOTIC) di talian 607-2242000.

_______________________________________

Ladang Buaya Teluk Sengat

Perhatikan buaya di sini pada jarak dekat – teradapat kira-kira 1,000 ekor buaya di ladang ini! Tahukah anda ladang buaya ini diasaskan pada tahun 1979 dan ia merupakan antara ladang yang tertua sepertinya di negara ini?

Semakin jauh anda meneroka ke dalam ladang ini, semakin besar saiz buaya yang dapat anda lihat! Buaya di ladang ini adalah dari spesis buaya Crocodylus Porosus.

Kagumi kelibat seekor buaya di sini yang dipercayai berusia 130 tahun di dalam kandangnya. Tetapi, pastikan anda tidak membuang kayu atau batu ke arah buaya-buaya ini.

Dan jangan lupa untuk menikmati keseronokan aksi pantas penjaga buaya di sini!

Tatkala anda meninggalkan ladang ini, anda pasti akan berbekalkan maklumat menarik mengenai buaya, serta cenderhati yang menarik dari ladang ini.

Tips
Pastikan anda bertemu Pemburu Buaya (Crocodile Hunter) Malaysia di ladang ini!

Top
Pengangkutan
Kereta
1 jam perjalanan kereta dari Johor Bahru dan 20 minit dari pekan Kota Tinggi.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Ladang Buaya Teluk Sengat, Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor Tel: 607-895 5220 Faks: 607-895 5137

____________________________________

Pulau Rawa

Pulau Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang lain.

Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.

Tips
Lautan di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan.

Top
Pengangkutan
Jalan Darat
Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Mersing.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Rawa, sila hubungi Pusat Maklumat Taman Laut Mersing di talian 607-7991161 atau Pusat Maklumat Pelancong Mersing (METIC) di talian 607-7995212.
Top
Penginapan
Rawa Safaris' mempunyai 63 buah calet dan banglo serta sebuah restoran dan pub. Le Club Rawa mempunyai pantai persendirian dan beberapa buah calet yang terlindung di pinggir hutan berhadapan laut yang membiru.

_________________________________

Galeri Mawar

Galeri Mawar mempamerkan gambar, lukisan, serta lakaran kejayaan wanita terkenal Johor. Ia ditempatkan di dalam bangunan berusia lebih 100 tahun di dalam kompleks Mawar, Johor Bahru.

Pameran yang diadakan di galeri ini dikatakan yang pertama di Malaysia, dan memberi penghormatan kepada wanita Johor yang telah menyumbang kepada kejayaan negeri ini.

Ia bermula dengan pengiktirafan kepada Sultanah Johor sejak 1886 sehingga ke hari ini, selain wanita dari keluarga DiRaja dan wanita terkenal lain dari Johor.

Galeri ini diharapkan menjadi pusat untuk seni budaya Johor selain memelihara khazanah kaya, warisan Johor.

Tips
Logo Galeri Mawar adalah hasil ilustrasi YAM Raja Zarith Sofiah, sebenarnya telah diambil dari lukisan asalnya tentang Puteri Gunung Ledang.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Galeri Mawar, 888 Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor. Tel: 607 - 221 4100/01. Faks: 607 - 221 4101
Top
Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan penginapan buat pengunjung ke bandaraya Johor Bahru.

____________________________________


__________________________________

Muzium Nanas

Mereka yang menggemari buah nanas pasti teruja melihat sejarah tanaman ini di Malaysia. Saksikan sendiri pameran koleksi dan maklumat mengenai industri nanas.

Terdapat juga tanaman nenas sebanyak 18 jenis yang ditanam di kawasan muzium, selain nanas yang ditinkan dipamerkan.

Saksikan juga teknologi yang digunakan untuk memproses nanas. Ditambah pameran maklumat berinformatif tentang bentuk, warna, kandungan gula, serta kegunaan nanas di sini.

Lawatan ke muzium ini pasti memberikan anda pengalaman yang berbeza, kerana dapat melihat sendiri sejarah pertumbuhan nanas berkembang di Malaysia.

Tips
Ruang agronomi menyingkap sejarah perkembangan buah nanas.

Top
Pengangkutan
Kereta
Muzium ini terletak 45 minit dari Johor Bahru.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Muzium Nanas Negeri Johor, Batu 32, Jalan Johor, Pontian, Johor. Tel: 607 - 686 8750/ 687 1249. Faks: 607 - 687 0607. email: pertanianjohor@doa.moa.my
Top
Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan penginapan bagi pengunjung ke Johor Bahru.

Pulau Sibu

Pulau Sibu merupakan sebuah destinasi terasing yang menawan dengan tumbuhan subur menghijau, pantai keemasan yang bersih serta air laut yang jernih membiru. Terdapat juga gua-gua yang diukir ombak laut. Pukulan ombak tanpa henti membentuk mukabumi pinggiran pantai yang kasar namun mempesona.

Laut di sekeliling Pulau Sibu mengandungi terumbu batu karang yang dipenuhi hidupan laut yang berwarna-warni. Tidak jauh dari pantai Pulau Sibu juga terdapat beberapa tapak kapal karam. Pada zaman dahulu, tongkang-tongkang Cina dan kapal lanun kerap bertembung di perairan ini, dan peninggalan pertembungan ini terdapat di merata dasar laut di sini.

Kemudahan dan kelengkapan untuk aktiviti-aktiviti menyelam, snorkel, papan layar, kapal layar dan memancing tersedia di sini. Pelancong boleh mengembara merentas hutan menuju ke hutan paya bakau atau melawat kelong ikan dan jeti di mana ikan bilis ditangkap. Pelancong juga boleh melawat ke kampung untuk melihat sendiri bagaimana buah kelapa dipetik dan dikeringkan untuk dijadikan kopra.

Tips
Jika anda membawa anak-anak atau sekiranya anda bukan perenang yang bagus, anda disarankan supaya menghadkan aktiviti anda di pantai barat pulau ini di mana air laut lebih tenang dan tidak terdedah kepada Laut Cina Selatan.

Top
Pengangkutan
Jalan Darat dan Laut
Untuk ke Pulau Sibu, anda boleh menaiki bot dari jeti Tanjung Leman di selatan Mersing. Dari pekan Mersing, hala ke selatan melalui lebuhraya Mersing - Kota Tinggi (Lebuhraya 3) sejauh kira-kira 44 km dan belok ke kiri. Jalanraya tersebut akan melewati kawasan ladang kelapa sawit dan agak sempit dan berbelok-belok di sesetengah tempat. Dari Johor Bahru, hala ke pekan Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi, tuju ke utara menggunakan jalanraya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3) sejauh 48 km dan belok ke kanan di persimpangan yang sama seperti di atas. Pulau Sibu terletak sejauh 20 minit perjalanan bot dari jeti Tanjung Leman.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Sibu, sila hubungi Pusat Penerangan Taman Laut Johor di talian 607-7991161 atau Pusat Penerangan Pelancongan Mersing di talian 607-7995212.
Top
Penginapan
Kemudahan penginapan di pulau ini terdiri dari calet mewah yang lengkap hingga pondok asas. Terdapat juga restoran-restoran yang menyajikan hidangan Asia dan Barat.

Untuk menempah pakej percutian, klik sini


Desaru

Desaru terletak 100 kilometer dari Johor Bahru, dan merupakan destinasi popular kerana pantainya yang cantik, padang golf yang terbaik dan tarikan pelancongan yang unik.

Walau ia terkenal sebagai kawasan pantai dan resort, ia mempunyai nama lain iaitu ‘Land of Casuarinas’. Ini kerana kita dapat melihat pohon casuarina dengan banyak di sepanjang pesisiran pantai di sini.

Kecantikan semulajadi dengan pemandangan Laut China Selatan menjadikan ia sebuah destinasi yang memikat pengunjung ke sini.

Antara tarikan di sini selain kawasan pantai ialah Muzium Nelayan di Tanjung Balau, Dusun Buah Desaru dan anda juga berpeluang untuk melihat sendiri keajaiban kelip-kelip di Sungai Lebam.


Top







Thanks Cause Read My Entry. Please like my entry. xoxo =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...